BAB 12

4.5K 170 2
                                    

#Media di atas ala-ala bayangan mata Hairil Zaeil Darwish.Mata kelabu..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

DAMIA yang sedang sibuk mencuci pinggan pantas berlari anak mendapatkan telefon bimbit nya yang berada di ruang tamu saat ianya 'memekik' untuk diangkat.Tertera nama 'Ibu' pada skrin telefon IPhone 4 milik nya.Sebelum ikon hijau ditarik,dia menarik nafas dalam dan terus telefon itu ditekapkan ke telinga nya.

"Hello,assalamualaikum", salam dihulur buat ibu nya di hujung talian.

"Waalaikumussalam.Lama tak telefon ibu.Sibuk sangat ke jadi PA orang?", kata Puan Suri.Ada nada sindiran terselit disebalik ayat nya.Damia yang mendengar hanya tersenyum kelat.Sebenarnya bukan dia tidak mahu menelefon Puan Suri tetapi dia tahu jika dia berbuat demikian,itu maknanya dia sengaja nak cari nahas.Dia tahu sangat soalan yang bakal diajukan oleh Puan Suri setiap kali dia menelefon.Tidak lain dan tidak bukan,tentulah soalan nya pasal khawin,khawin,dan khawin.Soalan ni lagi susah dari soalan SPM.Silap hari bulan,boleh mati tercekik si Damia ni jika hari-hari terpaksa menghadap pertanyaan dari Puan Suri.

"Err..sibuk lah juga,ibu.Lagipun Mia baru mula kerja kat situ.So,kerja tu agak bertimbun sikit", jawab Damia walaupun pada hakikatnya dia tidak lah terlalu sibuk di tempat kerjanya.Cuma seperti tadi lah,dia gerun dengan soalan 'KBAT' dari Puan Suri.Sebab itu lah Damia jarang untuk menelefon Puan Suri.

"Hmm,sabar lah.Mia kan masih baru.Nanti dah lama sikit,mesti dah berkurang kerja yang Mia dapat.Ni,ibu call ni sebab nak tanya Mia.Bila Mia nak balik sini?",

"Itu tak pasti lagi lah,ibu.Kalau Mia free,Mia balik.Tapi bukan ke Mia baru je balik bulan lepas?selama ni kan dua bulan sekali baru Mia balik",

"Tu ibu tahu lah.Tapi ibu nak kamu balik ni sebab nak bincang hal penting",

Damia berkerut.Hal penting?apa lah hal yang terlalu penting ni sampai ibu paksa aku balik?takkan Darisya nak khawin dah kut?

"Hal penting apa ni,ibu?Risya nak khawin?",

"Tak..",

"Habis?takkan lah ibu nak khawin lagi kut?!", tebak Damia dengan riak terkejut tahap masuk longkang!mustahil..takkan lah dia akan menerima bapa tiri pula tak lama lagi?waduh..teruk ni.Sejak bila ibu bercinta?dengan siapa?

"Bukan lah!haish..sampai ke situ pulak pergi nya.Ibu tak nak pun khawin lagi lah.Ibu suruh Mia balik ni sebab nak berbincang dengan Mia tentang majlis perkhawinan Mia nanti", kata-kata Puan Suri tadi menyebabkan mulut Damia terbuka luas.Agaknya bangunan KLCC tu pun muat kalau disumbat ke dalam.Apa yang baru dia dengar tadi?majlis perkhawinan?dia?aku?Nur Damia Irwani?serius?

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now