BAB 29

4.3K 149 4
                                    

HAIRIL yang sedang asyik termenung dari jendela bilik dengan kedua tangannya menongkat dagu,langsung tidak menyedari kehadiran Damia di dalam bilik itu.

"Termenung apa tu? Jauh sangat perginya.Tengok itik ke?", Damia berjenaka walaupun dia tahu jenakanya itu bagaikan angin sahaja yang lalu bagi Hairil.

Hairil memandang kejap pada Damia yang sudah pun duduk birai katil."Hm.. boleh tak aku nak tanya?",

Damia segera mengangkat keningnya tanda dia memberi keizinan untuk Hairil bertanya.Jap! jap! sejak bila pula Hairil ni pandai minta izin kalau nak bertanya?

"Kau tengok aku sekarang ni dengan aku yang dulu,mana lagi handsome?",

Mak datuk!! bukan ke soalan tu terlampau direct? Dah kenapa pula lah mamat ni tiba-tiba tanya?

"Err.. kenapa Encik Hairil tanya?", sengaja Damia mahu mengelak dari menjawab soalan Hairil.Sebenarnya kalau ikut hati,dia memang nak jawab pun.Dan ini yang dia akan jawab..

"Dulu atau sekarang,Encik Hairil pernah handsome ke? Saya tengok sama je.Mungkin akan handsome kalau Encik Hairil senyum..",

Tapi jawapan itu hanya bergema di dalam hati Damia saje.Gila nak jawab macam tu?! Silap-silap jadi janda terus dia hari ni.

Hairil melepaskan keluhan berat."Tak lah.Aku rasa yang aku ni dah macam orang tak betul dah dalam rumah ni.Terperangkap dekat dalam hutan yang langsung takde kemudahan macam ni", rungut Hairil sambil matanya melirik wajah sendiri pada cermin di meja solek.

"Encik Hairil,bukan Encik Hairil seorang je tau yang tinggal dalam kampung ni.Ada beratus-ratus orang lagi.Selama saya duduk sini,lebih kurang 20 tahun macam tu,saya tak pernah dengar lagi orang mati sebab kebosanan.Atau Encik Hairil nak cipta sejarah baru?", amik kau! Kau kutuk kampung aku lagi,kan? Rasakan!!

"Kau orang kan dah biasa.Aku tak biasa lagi duduk sini.Dah empat hari kat sini aku rasa dah naik sawan tau.Celik mata,nampak muka kau.Lepastu keluar rumah,nampak ayam dan itik.Masuk bilik air pula asyik jumpa binatang sama je,lipas.Kalau tak lipas pun katak gemuk.Sampaikan aku pun dah penat dah nak menjerit tiap kali masuk bilik air tu.Sekarang ni aku dah advance dah port binatang-binatang tu dalam bilik air.Kalau katak gemuk tu selalu tercongok dekat belakang pintu atau baldi,lipas pula dekat dinding dengan getah paip", selamba sahaja Hairil membebel panjang.

Damia pula sudah tergelak kuat.Aduhai.. teruk sangat laki aku ni punya tahap kebosanan sampai dah hafal dah port katak dengan lipas dalam bilik air tu.Hebat juga ni.Aku yang bertahun duduk sini pun tak tahu menahu.

"Aku rindu dengan KL.Bau ekzos motor,asap kereta,bunyi hon kereta,bunyi keypad komputer..argghh.. agaknya apa dah jadi dengan Kuala Lumpur tu ye?", soal Hairil sambil tangannya kembali menongkat dagu di atas pemegang jendela.

"Encik Hairil,setakat baru empat hari tinggalkan KL tu,takde jadi apa-apa pun lah.Takdenya KLCC tu tiba-tiba 'beranak' lagi jadi tiga KLCC pula.Menara Eiffel tu pun takkan berpindah kat tengah-tengah Kuala Lumpur ni.So,Encik Hairil jangan risau ye?",

Hairil menjeling Damia.Aku cakap betul-betul tapi dia buat lawak hambar pula!

Damia diam.Dia pandang lagi Hairil.Nampak sungguh kebosanan yang melanda jiwa dan raga Hairil.Kalau macam ni kena buat something!

"Encik Hairil sakit perut lagi?",

"Tak..",

"Kalau macam tu,jom..", Damia sudah tegak berdiri di hadapannya.Hairil mengangkat muka memandang isterinya dengan kening bertaut."Jom? Jom nak buat apa?",

"Kata bosan kan? Encik Hairil bersiap sekarang,lepastu ikut saya",

"Pergi mana?", Hairil masih tidak berganjak dari duduknya.

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now