BAB 42

4.6K 174 4
                                    

MATANYA dibuka perlahan-lahan bila menyedari lengannya digoyang lembut.Wajah Hairil dapat dilihat dalam keadaan samar-samar cahaya bulan pada waktu pagi begini.

"Bangun pun.Ingatkan nak terus tidur sini", omel Hairil sambil menggaru lengannya.Habis merah tangannya dikerjakan oleh nyamuk-nyamuk yang tak bergaji di dalam hutan itu malam tadi.

Damia menggosok matanya yang masih berat untuk dibuka.Dia menggeliat sedikit sebelum wajah tampan Hairil dilihat betul-betul.Kini pandangannya lebih jelas.Ditenung lama wajah Hairil yang sedang membuang kotoran di baju sendiri.Berkerut-kerut mukanya tatkala lelaki itu cuba membuang pasir yang entah bagaimana boleh melekat di t-shirt hitam yang dipakainya.

Tiba-tiba Damia tergelak.

Hairil mengangkat wajah dan memandang isterinya dengan kerutan di dahi."Kenapa gelak?", Dia memandang pada perlakuannya sekarang ini.Ada yang kelakar ke? Aku buang kotoran kat baju je pun.Nampak macam aku tengah menari ballet ke apa?

"Tak adalah.Semalam saya ada mimpi..", Damia menggantungkan ayat.Dia memandang Hairil lagi.Haih.. masih segar di ingatannya mimpinya semalam.Ni kalau cerita dekat Hairil,pasti kena sindir sampai tujuh keturunan.

"Mimpi apa?", Hairil menyoal dengan sebelah kening terangkat.Mimpi apa pula yang melucukan sangat ni?

"Saya mimpi..", tiba-tiba tangan Damia naik dan membantu Hairil membuang kotoran yang melekat pada baju lelaki itu.Kesian pula dia tengok Hairil berkerut-kerut cuba untuk menghilangkan kesan kotoran tu.

"Encik Hairil tukar panggilan kita.Masatu Encik Hairil panggil saya 'awak' dan Encik Hairil pun suruh saya panggil Encik Hairil 'awak'.Dan nak tahu apa yang lebih mengejutkan?", dengan teruja Damia bercerita.Entahlah tapi dia ingin berkongsi mimpinya dengan Hairil.Walaupun sekadar mimpi tapi cukup untuk menggembirakannya.

"Apa dia?", soal Hairil lagi.Layankan je lah!

Damia tergelak kecil sebelum bersuara,"Masa tu Encik Hairil senyum pada saya.Pertama kali saya tengok Encik Hairil senyum", dia menyambung lagi tawanya yang masih bersisa.Bila difikir balik,rasa kelakar pula bila tengok Mr Dino nya ni senyum.Walaupun dalam mimpi,tapi tak sangka Hairil pandai senyum juga.

Hairil tersenyum meleret sebelum tangan Damia yang sedang ligat membuang kotoran di bajunya,diambil dan digenggam erat.Tersentak Damia dengan perlakuan drastik suaminya.

"Kalau saya cakap yang awak tak mimpi,macam mana?", Hairil melemparkan senyuman buat Damia yang jelas terpanar dengan kata-katanya tadi.

Damia hilang kata-kata.Biar betul? Tu semua bukan mimpi? Serius lah? Tipulah.. Tak mungkin!

"Tak.. takkanlah.Encik Hairil ni main-main je.Tak baik tau", Damia cuba untuk ketawa walaupun jelas kedengaran ianya tawa yang dibuat-buat.Tangannya ditarik dari genggaman Hairil.

Hairil masih tersenyum sambil belakang tengkuknya diusap lembut.Macam mana nak cakap ni eh?

"Look,Damia.Seriously awak tak mimpi.Semua tu betul.Memang saya nak kita tukar panggilan.Awak kena panggil saya 'awak' dan saya pun sama.Dan senyuman yang awak nampak dalam mimpi tu,bukan ke senyuman ni..", Hairil sekali lagi melemparkan senyuman.Kali ini dia siap mengenyit mata lagi.

Damia tersentak.Jadi.. betul lah semua ni? Maksudnya perkara yang berlaku semalam bukan mimpi? Tapi mustahil sebab.. sebab.. dalam mimpi tu Hairil mencium dahinya.Itu mimpi atau kenyataan?

Tiba-tiba tegak semua bulu romanya bila terbayangkan jika ciuman Hairil bukanlah satu mimpi.Tapi mustahil lah..

"Dah.. bangun cepat,pergi ambil wudhuk dan kita sembahyang subuh.Dah lewat ni", arah Hairil sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada Damia.Air itu dia bawa di dalam beg galasnya semalam.Masih ada baki air yang cukup untuk Damia berwudhuk selepas dia berwudhuk.Dia kemudiannya bangun untuk melangkah pergi namun tangannya ditarik Damia.Dia menunduk ke bawah.

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now