BAB 9

4.4K 195 0
                                    

ERK!

Damia masih lagi menjadi 'tiang bendera' sebaik sahaja kaki nya melangkah masuk ke dalam bilik lelaki mat salleh celup yang menggerunkan itu.Air liur dan saluran pernafasan nya seakan sudah disekat oleh sesuatu.Suhu di dalam bilik itu pula terasa seperti berada di dalam sauna yang sedang membakar kulit nya.Walaupun di dalam bilik itu sudah ada sebuah alat penghawa dingin yang besar.

Buat kali kedua,Damia mengangkat wajah dan memandang Hairil yang sedang duduk bersandar di atas kerusi sambil sepasang mata kelabu nya menusuk tepat mengenai wajah comel nya ini.Perkara ini lah yang membuatkan jasad Damia bagaikan terpisah dengan roh nya.Memang seram pandangan lelaki itu sampaikan tegak semua bulu roma nya.Jantung pula?hmph!usah cakap lah.Dah meloncat ke Ireland agak nya.Kus semangat!

Tidak berani lagi untuk bertembung mata dengan Hairil,Damia menjatuhkan pandangan sekali lagi ke arah jari jemari kaki nya.Buat masa ini,dia tidak sedikit pun dia ingin membuka langkah mahupun mengangkat wajah.Ye lah,siapa yang mampu nak angkat muka bila melihat wajah Hairil yang tegang tu.Gerun!tambahan pula,dengan sepasang mata yang bagaikan ingin menyembelih diri nya sebelum mencampakkan daging nya yang telah diracit halus ke dalam kawah yang dipenuhi dengan air yang sedang menggelegak saje gamak nya.

Err..macam melebih-lebih pulak pemikiran si Mia ni kan?

"So..I guess you already know who I am,right?", tiba-tiba Hairil bersuara.Suara garau lelaki itu telah mengecutkan hati perempuan Damia.Dengan penuh ketakutan,Damia terpaksa mengangkat muka nya memandang wajah Hairil di hadapan.Kalau tak nak angkat,takut kena karate free pulak nanti.

"Ye..yes",

"Why are you standing over there?come and let sit a little bit closer", kata Hairil bersama dengan segaris senyuman sinis di wajah nya.Wajah Damia yang sudah memerah dipandang lama.Tahu pun kau nak kecut!tadi kemain sedap lagi kau kutuk aku,kan?tunggu..kau takkan kemana!

Alamak!!

Damia terpinga-pinga memandang Hairil.Perlu ke aku duduk sana?tak nak lah.Nanti mata kelabu dia tu tikam mata aku.Huih!seram..

"I still waiting for you..", kata Hairil meleret.

Akhir nya,Damia terpaksa jug melangkah perlahan-lahan menuju ke meja kaca di hadapan.Dia duduk setelah diarahkan oleh Hairil.

Ibu!!tolong Mia..ada mat salleh celup nak rebus daging Mia!!

"So,you are my new PA,right?",

Damia mengangguk.

"Ohh,dear.Kenapa diam ni?takut?", senyuman sinis di wajah Hairil semakin panjang.Suka dia bila dapat kenakan balik minah sorang ni.Tu lah..ada hati nak kutuk aku ni mat salleh celup?mata aku tak original?berlagak?degil?biar aku tunjuk dekat kau macam mana berlagak aku ni boleh pergi!

Damia yang mendengar kata-kata yang baru dilepaskan oleh Hairil agak sedikit tersentak.Terkebil-kebil dia memandang Hairil.Betul lah kata Kirana.Hairil ni pandai cakap melayu.Ini maksudnya..daging aku akan dipanggang dan bukan direbus!oh tidak!!!

"Okay,macam ni lah.I thought that you already know what is your mistake,right?", soalan Hairil dijawab dengan anggukan lambat dari Damia.

"So,boleh tak kalau kau bagitahu aku apa kesalahan nya?",

Bagitahu pulak?untuk apa?hish!mamat sorang ni.Takkan dia lupa kut apa yang aku kutuk dia tadi?perlu ke aku remind balik?aku pun dah tak ingat apa yang aku kutuk tadi.

"Can or not?", Hairil bersuara lagi setelah tiada sebarang respon dari Damia.

"Hah?can..can..", Damia sudah terangguk-angguk bagai burung belatuk sambil fikiran nya mengimbas kembali kutukan nya pada Hairil."Saya kutuk Encik Hairil.Saya cakap Encik Hairil ni mat salleh celup,degil,berlagak,mata kelabu yang tak original..err..apa lagi eh?", Damia menggaru kepala nya.Rasa nya banyak yang dia kutuk tadi.Tapi lupa pulak.

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now