*Kalau ada yang perasan,lepas bab 24 terus bab 26,kan? Sebenarnya takde apa yang salah pun cuma wani tersalah tulis.So,anggap bab 26 yang pertama tu sbg bab 25.Dan bab ni bab 26
"RIL,esok mummy dengan daddy nak balik KL dah tau", ujar Datin Luthfiya saat mereka bertiga duduk di ruang tamu.Puan Suri,Darisya dan Damia sedang menyediakan makan malam di dapur.Bukan dia tak nak tolong mereka sediakan makan malam,cuma dia dilarang oleh Puan Suri.Katanya,dia perlu simpan tenaga untuk esok.
Hairil yang sedang melangok di hadapan televisyen,segera berpaling ke arah mummy dan daddy nya."Esok? Awalnya mummy.Kan baru semalam sampai.Stay lah sini lama sikit.Teman Ril eh?", Hairil buat muka menagih simpati.Gila weh! Takkan lah dia kena duduk seorang-seorang dengan keluarga Damia kat sini? Dah lah dia kena duduk sini sampai hujung minggu ni.Ada lagi empat hari kut."Lah..nak buat apa pula mummy dengan daddy kena teman Ril? Ril tu bukannya budak-budak lagi.Dah ada isteri dah pun kan?", sampuk Dato Mikhail.Wajah Hairil yang sudah berkerut seribu itu dipandang lama.
"Alah daddy..Ril tak biasa lah duduk sini.Dah lah tinggal dengan orang tak kenal.Lepastu rumah ni pula panas,banyak nyamuk,tv takde astro.Ril takut Ril mati kebosanan nanti kat sini", rungut Hairil sambil menarik muncung panjang.Suaranya diperlahankan juga.Takut-takut ahli keluarga Damia dengar nanti.Kang tak pasal-pasal bergaduh pula mummy dengan daddynya dengan keluarga Damia.
"Astaghfirullahalazim..Ril,keluarga Damia ni kamu kata orang yang kamu tak kenal? Ril memang nak kena cubit ye dengan mummy?", Datin Luthfiya menunjukkan muka garangnya.Keningnya bertaut memandang wajah anak keduanya yang sudah pun bergelar suami orang."Betul apa.Ril memang tak kenal dengan diorang pun", jawab Hairil selamba.
"Jangan nak mengada eh? Duduk je sini diam-diam.Lepastu,hujung minggu ni terus balik rumah kamu.Mummy ulang,RUMAH KAMU dan bukan rumah Mukhris",
"Tak boleh ke kalau Ril tinggal je dengan Mukhris?",
"Tak boleh! Ril tu suami orang,ingat elok sangat lah tu suami dengan isteri tinggal jauh-jauh?",
Keluhan berat dilepaskan dari mulut Hairil.Tangannya naik meraup muka.Jelas wajahnya sudah berubah merah.Argh! stress lah macam ni.Banyak betul syarat dan pantang larangnya.Rasa macam nak jatuhkan talak malam ni pun ada juga.
"Ril,aku tak pernah jumpa suami isteri macam korang ni.Dah khawin,tapi hubungan suam-suam kuku je.And the worst thing is,kau tak nak tinggal serumah dengan Damia? Like seriously? ", Hairul,abang kepada Hairil yang baru sahaja keluar dari bilik lekas menyampuk.Dia dengar perbualan antara mummy dan adiknya tadi.Hairul yang baru sahaja duduk di sebelah Hairil,dipandang.
"Apa yang teruknya? Biasalah tu.Kitorang kan dikategorikan 'khawin paksa'.So,adat lah tu kalau tinggal bilik asing or else kan?",
"Banyaklah kau punya biasa.Tu luar biaa tahu tak?",
"Rul,kau je lah yang temankan aku kat sini.Boleh?", Hairul pula yang menjadi mangsa Hairil.Habis semua orang disuruh temankannya."Tak boleh.Along ade hal lah esok.Meeting dengan clients.Ril duduk je lah sini.Apa susahnya? Lagipun kau tak pernah duduk kampung kan? Why not sesekali amik pengalaman",
Hairil hanya menjeling Hairul tajam.Malas lah nak cakap lagi.Dia tahu,bukannya ada orang yang nak setuju dengan kata-katanya.Menyampah betul!
"WEH! aku nak tidur ni.Tepi sikit!", Hairil menolak tubuh Damia dengan bantal ditangannya.Payah betul lah macam ni.Rumah je besar tapi bilik cukup-cukup makan je.Dah lah tu,katil pula macam tak boleh nak kecil lagi je.Ni macam untuk sorang je yang boleh tidur.Damia yang sudah pun berbaring di atas katil,berdecit."Isy,ape Encik Hairil ni? Kalau nak tidur,baring je lah diam-diam kat situ",
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Random#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..