SELEPAS kejadian yang berlaku di chalet Hairil tadi,Damia terus menuju ke kawasan lapang,tempat semua staf-staf dari syarikat Ril-Ziel Holdings berkumpul pada malam terakhir mereka di Pangkor untuk menjalankan aktiviti-aktiviti terakhir mereka.
Damia mengambil tempat di salah sebuah bangku kecil yang menghadap sebuah pentas kecil yang diperbuat daripada kayu pallet untuk kegunaan kepada sesiapa sahaja yang ingin berkaraoke atau membuat pengumuman.Waktu itu,semua syaf-staf sedang sibuk menjalankan aktiviti-aktivit pada malam itu.Ada yang sedang makan makanan laut yang baru sahaja dibakar,ada juga yang sedang bermain bola tampar di tepi pantai dan tidak ketinggalan juga ada yang edang berbual sesama sendiri.
Dari tempat duduknya,dia nampak Vee dan Kirana sedang mengambil makanan.Dia melemparkan senyuman ketika mereka berdua melambai tangan padanya.
Ketika dia sedang sibuk melihat sekeliling,dia nampak kelibat Hairil yang sedang menuju ke kawasan itu.Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.Sejak sesi 'meluahkan' perasaan tadi,entah kenapa dia rasa malu pula untuk bersemuka dengan lelaki itu walaupun sepatutnya Hairil lah yang perlu berasa malu padanya.
Bila bangku di sebelahnya ditarik oleh seseorang,dia berubah menjadi patung cendana buat seketika.Takkanlah..
"Awak dah makan ke belum?",
Dengar sahaja suara garau yang amat dikenali di sebelah,dia menoleh lambat-lambat.Terus sahaja wajah polos Hairil menyapa matanya.Dia sekadar menarik senyum tipis sebelum dia menggeleng perlahan.
"Kenapa tak makan lagi? awak nak saya suap macam dalam bas hari tu ke?", usik Hairil.Dapat dia lihat wajah Damia yamg sudah pun merona merah bila dia menyoal gadis itu tadi walaupun tempat yang mereka sedang duduk itu agak gelap dan jauh sedikit.
"Saya tak lapar lagi", jawabnya ringkas.Jujurnya dia terseksa sekarang ini.Kalau ikut hati,mahu saja dia layan Hairil dengan baik seperti dulu.Tapi dia takut.Takut kalau Hairil akan benar-benar jatuh cinta padanya.
"Ye lah tu awak tak lapar? atau awak nak saya tolong ambilkan makanan?", Hairil masih tersenyum mengusik.
"Eh tak apa.Kan saya dah cakap saya tak lapar lagi.Kalau saya rasa lapar,nanti pandai-pandailah saya pergi ambil sendiri",
Hairil terdiam seketika.Dia tahu yang perangai Damia mula berubah sejak dia meluahkan perasaannya tadi.Mungkin saja gadis itu masih tidak dapat menerima kebenaran ini.
"Awak masih tak percaya yang saya cintakan awak?",
Soalan yang terpacul dari bibir Hairil membuatkan Damia menoleh memandangnya seketika sebelum dia menggeleng perlahan.Terdengar keluhan halus dilepaskan dari mulut Hairil.
"Kenapa awak masih tak percaya?",
"Sebab awak dah ada Nayli.Jadi untuk apa awak cintakan saya?", soalan dibalas dengan soalan.
Hairil memandang Damia lama.Bibir bawahnya digigit sikit.Menyesal sungguh dia cakap yang Nayli itu kekasihnya dulu!
"Damia,look.Saya tak permah cintakan Nayli.Saya cintakan awak seorang saja.Percayalah cakap saya",
Damia menjuih bibir,menandakan dia tidak percaya dengan kata-kata suaminya itu.Eleh.. ayat sampah je tu!
"Kalau awak ni tak cintakan dia,habistu segala adegan romantis yang saya nampak selama ni tu apa maknanya? Bukan ke tu tandanya awak cintakan dia? Lagipun semua staf dah 'merestui' hubungan awak dengan dia", Damia meluahkan segala yang terbuku di hatinya.
"Ya Allah,tu semua kebetulan je.Saya betul-betul tak cintakan dia.Sikit pun saya tak cintakan dia.Masa awak tanya saya dulu,siapa Nayli dalam hidup saya,masa tu saya kata Nayli girlfriend saya kan? tapi saya tipu je.Dia bukan siapa-siapa pun dalam hati saya", beria-ria Hairil meyakinkan Damia.Susah sangat ke gadis itu hendak percaya yang dia benar-benar sudah jatuh cinta padanya?
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
De Todo#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..