BAB 14

4.1K 167 1
                                    

PUIH!!

Hairil memandang Damia dengan pandangan membunuh.Gelas kopi ditangannya diletak kasar di atas meja kaca.Berdenting bunyinya apabila kaca bertemu kaca.Nasib saja lah tak pecah.Damia yang berdiri di hadapannya diselubungi rasa geram walaupun pada masa yang sama dia hairan dengan perubahan Hairil.Tadi lelaki itu yang memesan air kopi,lepastu dia ludah pula.Dah kenapa?tak sedap cakap je lah tak sedap,ni nak main tuih!tuih pulak.Heish!

"Kau pekak ke?!", sekali lagi,bergema bilik kaca itu dengan suara garau Hairil.Damia sudah tidak terkejut dah seperti sebelum ini kerana dia dah jemu dengan teriakan itu.Mana tak jemu jika hari-hari dia terpaksa menadah telinga mendengar bibir merah itu complain itu dan ini,sana dan sini.Dimata lelaki bermata kelabu itu,ada saje yang tak kena.Tolong lah!dia dah tak tahan!!

"I told you I want a glass of coffee without sugar!are you understand or not?or you deaf?!",

Tanpa gula?bila masa pula dia minta air kopi tanpa gula? Damia berteka teki sendiri.Ingatannya mengingat kembali arahan yang diberikan oleh Hairil tadi sebelum ini..

"Aku nak kau buatkan aku a glass of coffee without sugar.Now!",

Erk!alamak!!dia yang tersalah dengar lah.Alahai..masalah betul lah.Damia memandang Hairil dengan wajah bersalah.Okay,dia admit ni salah dia sebab tak dengar arahan."Err..saya..minta maaf,Encik Hairil.Tadi saya tak dengar..", dia menunduk.Takut kalau dia pandang wajah Hairil,kang ada juga dia pengsan kat sini.

Kedengaran suara Hairil ketawa sinis.Pulak dah.."Easy,right?buat salah sikit lepastu minta maaf then buat salah lagi.Memang kau ni spesis orang yang macam tu eh?tak reti nak bersyukur dengan kemaafan orang?", sindir Hairil.Kata-katanya itu memang pedas di telinga Damia.Terus dia memandang Hairil dengan pandangan yang penuh dengan kegeraman.Eee..kecik besar,kecik besar je aku tengok mat salleh ni!

"Kenapa kau tengok aku macam tu?tak puas hati?", sebelah kening Hairil terangkat.Rasa hilangnya pada Damia sudah hilang.Yang ada sekarang ini cumalah rasa nak mengenakan gadis itu secukupnya.Biar dia tahu siapa Hairil Zaeil Darwish!

Damia mengetap gigi.Tengok muka si Hairil ni buat dia rasa macam nak korek-korek je biji mata kelabu lelaki itu.Lepastu jual dekat tauke.Hati pun tak sakit dan duit pun dapat.Senang!

"Saya dah minta maaf,kan?Encik Hairil nak saya buat apa lagi?", Damia ambil jalan mudah.Dia malas nak bertekak dengan lelaki yang menyakitkan hati dan ususnya ini."Hm..let me think..", Hairil menggosok dagu tajamnya.Idea nakal dah mula berlumba-lumba masuk ke dalam sangkar fikirannya."Okay,first.I want you to make another a glass of coffee.But this time please..no sugar at all ", jari telunjuknya digoyangkan ke kiri dan kanan di hadapan Damia.Kalau ikut geram di hati Damia,dia nak je gigit jari Hairil tu!tergoyang sini,tergoyang sana.Aku ngonyeh macam french fries nanti baru tau!

Damia mengeluh perlahan.Hairan dia jadinya.Dia ni sebenarnya kerja sebagai PA ke atau tea lady?setiap hari dia kena buat bergelas-gelas air yang berlainan.Kalau berterusan macam ni,boleh kalah kedai mamak!

"Second?", soal Damia.Malas.

"Yang kedua tu nanti aku bagitahu.Kau pergi buatkan aku kopi tanpa gula dulu,ye Mia?", kata Hairil dengan suara yang sengaja dilembutkan.Mungkin kalau wanita lain boleh tergoda,tetapi tidak bagi Damia.Dia tahu jika begitu lah gaya Hairil,maka mesti lelaki itu sedang merancang sesuatu untuk mengenakannya.Hm..nasib kau lah,Damia.Damia berpusing untuk melangkah keluar dari bilik sengsara itu.Dalam dua langkah dia bergerak.Hairil memanggilnya.Hisy!apa lagi lah mamat ni?! dia menoleh.

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now