24 Februari.Satu..dua..26 Februari,aku kena resign.Then,satu..dua..hm..tiga hari lepastu kena bawa 'bakal suami' jumpa ibu.Argh!! mana pulak lah aku nak korek cari bakal suami ni?
Tulah kau! Pandai sangat buat cerita kan? padan muka!
Kalau aku cakap 'bakal suami' aku tu kena langgar dengan lori simen,boleh tak? Agaknya masuk dek akal tak? Eh,tak boleh! Kalau bagi alasan tu,nanti tak pasal-pasal pula aku kena jadi pelakon air mata nanti.Yelah,'bakal suami' accident sebelum sempat jumpa dengan bakal mentua,mestilah kena sedih kan? Aku ni pula dah lah tak suka sangat melelehkan air mata.Okay,reject alasan tu.
Hm..apa lagi eh? nak cakap 'bakal suami' aku tu kena kebas dengan ex-girlfriend dia dulu? Let me think first.Macam logik je alasan ni.Nanti bolehlah aku tokok tambah yang kononnya bakal suami aku tu handsome gila mengalahkan Justin Bieber.Then,sebabtulah dia kena kebas.Tambahan pula aku ni tak berapa lawa.Memang senang lah dia cakap 'bye'.Hah! amacam alasan ni? Logik,kan? Hohoho.Tahniah,Nur Damia Irwani.Otak anda memang bergeliga.
PAP!
Bagai terloncat keluar jantung Damia saat ini.Pen dan kalendar di tangannya tadi juga sudah tergolek di bawah meja.Dia berdiri saat melihat Hairil dengan muka menyinga sedang berdiri di hadapannya.Err..one question.Sejak bila Mr Dino ni berdiri kat depan meja dia?
"Ye,Encik Hairil.Ada apa yang boleh saya bantu?", soal Damia dalam nada cemasnya.Kertas-kertas yang bertaburan di atas mejanya disusun pantas."Berangan je kerja kau kan? Aku panggil berpuluh kali pun tak dengar!", tegas Hairil di telinga Damia.
Waduh,waduh.Boleh tak aku nak salotape mulut mamat ni? Aku kat depan dia ni bukannya 10 batu jauhnya.Dekat je pun.So,perlu ke jerit macam aku ni pekak?
"Sorry..",
"Tu je lah yang kau tahu! Kau tak keluar lunch?",
Damia mengerling jam tangannya.Lah! dah nak masuk lunch hour? Cepatnya masa berlalu.Dia berfikir untuk seketika.Kalau dia keluar lunch nanti,takut dia terserempak pula dengan Hafidz.So,ada baiknya dia stay je kat sini.Setakat tak makan setengah hari je mesti takpe,kan? Lagipun dia bukannya ada gastrik."Saya stay sini je.Kenapa?",
"Em..baguslah tu.Macam ni,aku nak pergi surau.So,kalau ada sesiapa datang,tolong bagitahu kat diorang aku takde kat dalam.Remember?! jangan asyik nak berangan je!",
Damia sekadar mengangguk mengiakan arahan Hairil.Setelah Hairil hilang dari pandangan,dia duduk kembali di atas kerusi.Sebelum itu,sempat dia mengutip semula pen dan kalendar yang tergolek di bawah meja sewaktu Hairil mengetuk mejanya tadi.Kalendar itu dilihat sekali lagi.Ada dua hari saje lagi tempoh dia berkhidmat di syarikat ini sebelum dia diberhentikan.Tapi layanan Hairil padanya tetap sama.Cuba lah layan aku elok-elok sikit di saat terakhir aku ni.Ni tak,tahu marah je!
"Hai,Mia", tegur Kirana.Vee disebelahnya melemparkan senyuman.Damia juga membalas senyumannya."Hai..korang tak pergi lunch lagi ke?", soal Damia.Fail yang baru sahaja dibuka seketika tadi,ditutup kembali."Belum lagi.Kitorang nak ajak you.You tak nak lunch ke?", soal Vee.
"Takpelah.Korang pergi je lunch berdua.Mia ada banyak kerja yang nak kena buat ni.Lagipun Encik Hairil takde.Dia suruh Mia jaga kat sini",
"Lah..Encik Hairil tak bagi Mia keluar lunch ke?",
"Eh tak.Dia bagi.Tapi Mia yang tak nak.Mia dah kenyanglah.Breakfast tadi Mia makan banyak", bohong Damia.Vee dan Kirana cuma mengangguk."Betul tak nak ni? Ke nak suruh kitorang bungkus?", soal Vee sekali lagi.Tapi perlawaannya ditolak oleh Damia.
"Okaylah.Kitorang pergi dulu.Bye", Vee dan Kirana pun pergi meninggalkan Damia.Maka,persekitaran di aras 15 itu pun menjadi sunyi.Waktu lunch begini,memang kebanyakan staf akan keluar.Yang tinggal pun tak ramai.Itu pun mungkin mereka perlu menyiapkan tugasan ataupun ada meeting selepas lunch.
![](https://img.wattpad.com/cover/58596560-288-k102144.jpg)
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Random#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..