PAGI itu,Damia turun awal untuk menyediakan sarapan.Dia tak tahu nak sediakan apa untuk Hairil.Lama juga lah dia termangu di hadapan peti sejuk.Buatnya kalau dia masak makanan yang salah dan tak kena pada tekak Hairil,membazir pula makanan tu nanti.Jadi,dia sediakan roti bakar,coffee dan nasi goreng.Lantaklah.. kalau Mr Dino tu tak makan,aku sumbat juga dalam mulut dia.Kisah apa aku.
"Kereta kau kat mana?", Hairil akhirnya memecahkan kesunyian di ruang makan."Dekat rumah Fisya", jawab Damia perlahan sambil mengerling pada Hairil yang asyik bermain dengan telefon bimbitnya.Ni lah manusia zaman sekarang,makan pun sibuk dengan telefon.Kenapa tak makan je terus telefon tu? Kan habis cerita.
"Kalau macam tu,nanti aku hantar kau kat rumah Fisya.Then kau pergi kerja naik kereta kau",
"Kita tak boleh pergi sama-sama?", Damia terus mengigit bibir bila tersedar keterlanjuran kata-katanya tadi.Aih.. macam mana pula dia boleh tersoal soalan bangang macam tu? Kalau ikut rasa malu,nak je dia tampar mulut sendiri sekarang ini. Malunya!!!
Hairil memandang Damia dengan sebelah kening yang terangkat."Mana boleh! nanti kalau rahsia kita ni terbongkar,memang gawat satu KL.Ingat eh,aku tak nak sesiapa pun orang dalam office tu tahu tentang kita.Sampai ada yang tahu,siap lah kau!"
Damia menjuih bibir.Eleh.. biarlah kalau orang lain tahu pun.Diorang ada ikatan yang sah,bukannya buat salah.Betul tak?
"Dengar tak?!", Hairil menyoal lagi bila tiada respon yang diberikan oleh isterinya.
Damia mengangguk sekali sebelum menghabiskan suapan terakhirnya.Dia bangun ke sinki dan diikuti oleh Hairil.
"Tolong basuhkan sekali ye?", Hairil meletakkan pinggan kotornya tadi ke dalam sinki.Damia mengecilkan matanya memandang suami sendiri yang sedang membasuh tangan di sebelahnya.
Kurang gula punya suami! Dia yang makan,aku pula yang kena basuh.Dah lah 'thanks' pun takde.
"Cepat sikit! nanti lambat aku tinggal!", laung Hairil dari ruang tamu.Cepat-cepat Damia mencuci pinggan yang kotor di dalam sinki tadi.Isy! mamat ni memang tak reti sabar betul lah!
"NANTI bila kat office,kau jangan buka mulut langsung.Faham?!", Hairil mengingatkan buat sekelian kali.Damia hanya mengeluh perlahan.Nampak sangat yang Hairil ni tak ikhlas langsung dengan perkhawinan ni.
"Cakap sekali sudah lah", Damia membuka seatbelt nya.Mereka sudah pun sampai di rumah Fisya ketika ini.
"Alah.. kau tu kalau cakap sekali bukannya masuk dalam kepala otak pun kan?", Hairil memandang Damia.Hm.. harini gadis itu nampak comel dengan blouse merah jambu bercorak bunga dengan palazo putih dan dikenakan dengan padanan shawl berwarna purple.
Damia hanya tersenyum sumbing."Encik Hairil lunch kat mana harini?",
Hairil diam untuk berfikir."Aku tak lunch kut.Ada kerja sikit",
"Ohh,dinner nak makan apa?",
"Anythings..",
Damia mengangguk sebelum dia membuka pintu kereta.Namun beberapa saat dia menutup kembali pintu kereta.Hairil sudah memandangnya dengan kerutan di dahi."Why?",
Sebuah senyuman dilemparkan buat Hairil sebelum mulutnya bergerak untuk berbicara "Walaupun perkhawinan ni tanpa rela Encik Hairil dan akan berakhir tiga bulan lagi,tapi buat masa ni Encik Hairil tetap suami saya yang sah.Jadi saya sebagai seorang isteri wajib untuk menghormati suami",
Wajah mulus Damia dipandang dengan kening yang terangkat tinggi.Tak faham dengan kata-kata yang disampaikan oleh isterinya itu.Dah kenapa pula tiba-tiba je nak bagi ceramah kat sini?
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
De Todo#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..