BAB 5

4.8K 195 1
                                    

"HATI-hati sikit bawak kereta tu.Kang aku takut tak sempat sampai pulak nanti.Tak merasa lah kau nak jadi PA", usik Fisya yang sedang berdiri di hadapan pintu masuk.Damia yang sedang menyarung kasut heels wedges 2 inchi itu sempat memberi jelingan maut kepada nya.

"Mulut kau ni kan.Kalau aku sumbat dengan kasut aku nanti,aku takut kau pulak yang tak menyempat nak jalankan misi memikat Mukhris tu nanti", hah!amik kau.Sekali dibagi oleh Damia,terus merona warna kulit Fisya.

"Hish!apa kau ni?jangan lah cakap luat-kuat sangat.Nanti kantoi", Fisya memperlahankan suara nya.

"Ada sesiapa sebut nama saya ke?",

Satu suara yang muncul secara tiba-tiba telah membuatkan dua kepala yang sibuk berbual dari tadi menoleh memandang empunya suara.Fisya sudah tersenyum sampai ke telinga manakala Damia hanya berpura-pura tak nampak.

"Hai,Mukhris.Takde lah.Mia ni tersebut nama awak tadi",

"Oh iya?patut lah masa saya tengah breakfast tadi,saya tersedak air kopi.Rupa nya ada yang memanggil", Mukhris tersenyum sambil memandang Fisya sebelum beralih pada Damia.

Damia menjuih bibir.Eeyek!fikir sweet?puih!!tak langsung.Kau tu tersedak air kopi sebab ada orang tengah mengata kau.Menggatal!

"Awak berdua ni nak pergi kerja ke?", Mukhris menyoal lagi setelah tiada sebarang respons dari Damia.Takenjadi nampak nya usikan dia tadi."Saya cuti hari ni.Damia ni yang kerja.First day masuk", Fisya yang tolong menjawabkan pertanyaan dari Mukhris.Seperti selalu,wajahnya pasti akan tersenyum bagai nak terkoyak mulut nya.

"Ohh..awak kerja kat mana,Mia?",

"Kat office.Okay lah.Saya nak mintak diri dulu,ye?nanti kang takut lambat pulak", Damia mengelat.Bagi nya,Mukhris tidak perlu tahu pun di mana tempat dia bekerja.Menyibuk betul!

"Okay,take care,Mia", pesan Fisya sambil tangan nya melambai-lambai ke arah Damia.

Damia hanya membalas dengan segaris senyuman sebelum dia meloloskan diri masuk ke dalam perut kereta Suprima - S berwarna merah milik nya.Fuh!lepas jugak aku dari mamat miang buluh tu.

-------

  HAMPIR 15 minit Damia hanya berdiri di hadapan sebuah bangunan tinggi dengan reka bentuk yang amat menarik.Di hadapan pintu masuk itu,tertulis dengan warna emas perkataan RIL-ZIEL HOLDINGS pada sebuah papan besi yang besar.Dia teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam.Entah kenapa hati nya jadi tidak enak pula.Apa kena lah ni?

Setelah lelah berdiri,akhir nya Damia melangkah masuk juga ke dalam bangunan itu.Seketika,dia terkesima dengan keindahan lobi di dalam bangunan itu.Sungguh cantik!semua hiasan nampak simple tetapi tetap elegant.Sangat memukau.Dan juga persekitaran nya bersih dan sangat teratur.Wau..memang dia salute pada pemilik syarikat ini.

Langkah diatur menuju ke arah sebuah meja recepsonist yang terletak tidak jauh dari pintu masuk.

"Ye cik,ada apa-apa yang boleh saya bantu?", soal seorang wanita muda yang berwajah cina yang berada di meja recepsonist tadi.Wanita itu nampak cantik,rambut ikal mayang paras bahu yang dibawa ke tepi nampak sangat sesuai dengan bentuk muka nya.

"Err..saya nak..mm..saya..", Damia gagap.Ish!apa aku ni?nak cakap pun payah ke?tadi kau kemain excited sangat kan nak datang sini?ni apesal pulak dah macam tertelan biji durian?

Wanita di hadapan nya masih sabar menanti dengan segaris senyuman.

"Saya..nak..",

"Cik Damia!",

Belum sempat Damia menghabiskan ayat,satu suara nyaring terlebih dahulu memanggil nya.Dia berpaling untuk melihat pemanggil nya tadi dan terus segaris senyuman dilemparkan kepada seorang lagi wanita yang sedang menuju ke arah nya.

"Hai,cik Kirana",

"Hai,cik Damia.Dah lama sampai?",

"Takde lama sangat.Baru je ni", Damia membetulkan sedikit beg sling nya yang hampir terjatuh.

"Oh ye.Vee,ni Nur Damia Irwani.Dia pekerja baru kat sini.Starting from today,she gonna be a personal assistant to our boss", Kirana memperkenalkan Damia kepada wanita di meja receptionist,Vee.Dengar sahaja 'PA baru boss',terus senyuman di wajah Vee semakin lebar.Akhir nya,dapat juga dia berjumpa dengan PA baru bos nya.."Hai Damia,sorry lah.I tak kenal you tadi.By the way,welcome to RIL-ZIEL HOLDINGS and nice to meet you",

Damia tersenyum."Nice to meet you,too.Vee",Dalam hati dia memanjat kan rasa syukur.Rupa nya,bukan semua orang yang berkerja di tempat kerja yang terkenal ini sombong.Ada juga yang baik nya.

"Okay la cik Mia.Jom.Saya bawak cik Mia ke tempat kerja cik Mia",

Damia mengangguk.Sebelum dia mengekori langkah Kirana ke arah pintu lif,sempat dia tersenyum kepada Vee.

-------

SETELAH Damia diperkenalkan oleh Kirana kepada semua staf-staf yang berada di tingkat 20,mereka naik pula ke tingkat 21.Di situ lah tempat di mana letak nya meja Damia berkerja.

"Okay,this is your place", kata Kirana setelah mereka tiba di sebuah meja kaca yang bersederhana besar yang terletak di dalam sebuah bilik yang berdindingkan kaca.

Damia tersenyum puas walaupun die sedikit keliru.Aku ni CEO syarikat atau PA dalam syarikat ni?bilik aku kemain besar lagi mengalah kan syarikat ni aku punya pulak.Kalau macam ni,untung nau aku.

"Oh ya.Lagi satu,kat sana tu bilik bos kita dan cik Mia akan jadi PA kepada dia lah", telunjuk Kirana terarah pada sebuah bilik yang juga berdindingkan kaca dan terletak betul-betul di hadapan bilik yang mereka berada sekarang ini.

Kegembiraan yang baru sahaja dikecapi oleh Damia seakan lesap dalam sekelip mata.Air liur yang ditelan bagai menelan air kopi tanpa gula.Pahit.

Ni bahaya ni.Apehal pulak bilik aku menghadap bilik bos?dah lah dinding aku dengan dinding dia ni kaca.Dia boleh nampak aku dan aku pun boleh nampak dia.Macam mana aku nak curi tulang sikit nanti?hadui..masalah,masalah.Oh ya!cakap pasal bos..aku tak nampak pun bos tu.Dalam bilik dia pun kosong je.Takde ke?atau belum sampai lagi?

"Cik Kirana.Err..mana bos?dalam bilik tu saya tengok macam takde je", Damia beralih pada bilik yang jelas nampak luas di hadapan.Kerusi di dalam nya kosong.Tapi tak tahu lah kut-kut bos nya itu berada di sudut yang lain di dalam bilik itu.

"Bos hari ni tak dapat masuk sebab dia ada tiga important meeting.Kalau dia masuk pun maybe petang ni.But don't worry,esok saya akan kenalkan cik Mia dengan dia",

"Eh,tak payah lah panggil saya cik Mia.Rasa awkward pula.Panggil je saya Mia",

"Baiklah.Mia,jom.Saya nak bagi tugasan pertama untuk Mia.Dan sambil tu,saya boleh bagitahu pantang larang bila Mia mula berkerja dengan bos kita esok", kata Kirana sebelum dia melangkah keluar dari bilik.Dahi Damia yang mendengar sudah berkerut.Pantang larang?motif?lain macam aje bunyi nya.Aku ni nak berkerja dengan CEO syarikat ke atau dengan Perdana Menteri?sampai nak berpantang larang lah bagai.

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now