PT 4

4.2K 125 5
                                    

Esok genap sebulan, Vivi sudah tidak sabar-sabar ingin pulang ke tanah airnya yang tercinta. Gambar Ammar di dalam telefon bimbitnya di tatap lama. Wany tersenyum pelik.

"Kau dah kenapa??"

"Tak sabarnya nak balik esok!!" Vivi menjerit keterujaan. Matanya bercahaya girang. Gembira.

"Amboii, excited benor nampak?! Tak sabar nak jumpa Ammar ke atau benda lain ni?" Usik Wany sambil ketawa kecil.

"Dua-dua!" Balas Vivi lagi sambil tersenyum simpul.

Tiba-tiba, telefon Vivi berbunyi lantang. Pantas Vivi menggapainya dan menekan punat hijau untuk menjawab panggilan.

Selepas 5 minit berbual di telefon, wajah Vivi yang ceria bertukar menjadi keruh dan hampa.

"Kenapa, V?"

"Miss Melissa.." balas Vivi perlahan. Wajahnya di tundukkan ke bawah. Ada sinar hampa di dalam sepasang matanya.

"Miss Melissa yang Esque agensi tu ke? Ha, kenapa dia call kau? Macam serius jer.." Soal Wany pula ingin tahu.

Vivi mengangguk lemah. "Miss Melissa cakap, sampai saja kita kat Malaysia nanti, immediately aku kena pergi tempat tu untuk casting and buat debut."

"Wow! That is great!" Wany pula yang terlebih teruja. Dan apabila dia terpandangkan wajah Vivi yang kelam, dia terdiam. Baru dia tersedar. "Sorry, beb. Jadi, macam mana janji kau dengan Ammar? Still boleh go on kan?"

"Go on? Hmm.. entahlah.. Ammar nak jemput aku kat airport then, bawak balik ke rumah dia untuk jumpa dengan parents dia."

"Weiii.. serius lah? Habis tu, macam mana? Kau nak pilih yang mana satu?" Wany juga kelihatan gusar dan terlebih cemas.

"Kau ada nampak aku main-main je??Aku buntulah, Wany. Aku tak tahu.. Aku sayang impian aku dan aku jugak sayangkan Ammar.. Kalau aku lepaskan casting ni, lepas ni takkan ada dah peluang lagi. Miss Melissa cakap ini mungkin peluang terakhir untuk aku sertai program tu. Dan.."

"Dan kalau kau lepaskan peluang untuk berjumpa dengan parents Ammar makin lambat lagi untuk kau tackle hati parents dia? Gitu?"

Vivi mengangguk lemah. "Lebih teruk lagi, mama Ammar memang tak suka orang yang kerja dalam dunia hiburan ni.. Aku takut mama dia tak boleh terima aku.."

"Kau janganlah fikir negatif macam tu.. Kau tak jumpa pun lagi mama dia kan? So, kau tak tahu apa pandangan mama Amm pada kau nanti, kan? Takkanlah teruk sangat kott.."

"Entah, aku rasa mama dia akan benci aku sebab nanti aku akan bekerja sebagai public figure yang orang akan tengok setiap masa.. Entahlah.."

"Kau kerja tak lama pun kan? Lepas kau capai impian kau, kau akan berhenti kan?"

"Kau pun tahu kan, nak capai semua tu bukannya ambil masa sekejap.. aku risau, hati Amm akan berubah nanti bila dia dah jemu tunggu aku.."

"Kau cantik V, tinggi lampai, rambut ikal mayang, pastu muka kau macam ala-ala Angela Baby, pelakon negara China tu.. Kau bukan setakat cantik luar je tau? Dalaman kau pon tip top! Kau suka tolong aku, kau kejut aku bangun Subuh, kau lanje aku makan, bla..blaaa.."

"Wany!" Vivi bengang apabila kata-kata Wany sedikit pun tidak membantu melegakan hatinya yang sedang gundah-gulana itu.

"Okay, okay.. Sorry beb! Sekarang kau tarik nafas dalam-dalam. Tenangkan fikiran tu. Pergi ambil wudhu', buat solat Hajat dan Istikharah. Minta petunjuk dari Allah. Okay?"

Putus TerpaksaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang