Tiga bulan kemudian..
Majlis resepsi persandingan pasangan Vivi dan Ammar serta Stella dan Hafiz berlangsung meriah sekali dengan bertemakan dalam taman yang diadakan pada waktu malam. Suasananya kelihatan romantik diterangi dengan pencahayaan lampu yang memukau serta ditemani bayu angin malam yang nyaman sekali rasanya. Kedua-dua pasangan telah bersetuju dengan memilih tema perkahwinan dalam taman yang lebih dekat dengan alam semula jadi.
Pelamin mereka sarat dengan bunga-bungaan yang terdiri daripada bunga ros dan bunga matahari yang segar. Bunga ros mewakili Stella manakala bunga matahari pula mewakili Vivi. Memang itu adalah pilihan Stella dan Vivi sejak dari mula.
Suasana majlis tersebut meriah sekali kerana dihadiri oleh ahli-ahli keluarga yang terdekat mahupun yang jauh, teman-teman artis Vivi, rakan-rakan sekolah serta sahabat-sahabat Dato' Harun. Tidak menang tangan Dato' Harun dan Mama Suzanne kerana sibuk melayan tetamu-tetamu yang hadir. Tidak lekang juga senyuman dibibir mereka serta jelas terpancar kebahagiaan di wajah mereka berdua untuk menyambut orang baru di dalam keluarga mereka.
Mak Yah dan Wany tidak kurang hebatnya. Mereka sangat rajin membantu bagi melengkapkan keperluan yang ada. Sama sibuk dengan ahli keluarga mereka.
Tiba masa yang dinantikan, 'dua pasangan merpati empat sejoli' itu bersedia ingin berarak masuk menuju ke pelamin mereka. Semua mata-mata tetamu tertumpu ke arah pasangan Stella dan Hafiz yang berjalan dahulu. Pasangan itu memilih pakaian yang bertemakan warna kelabu merah jambu sebagai persalinan persandingan mereka. Stella tampak manis sekali apabila mengenakan tudung bawal yang berwarna merah jambu sepadan dengan baju gaunnya yang serba kelabu. Hafiz pula kemas berbaju melayu berona sama dengan gaun kembang yang dipakai oleh Stella. Mereka kelihatan sama cantik dan sama padan apabila berpimpinan tangan sambil berarak masuk ke pelaminan.
Seterusnya, diikuti dengan pasangan Vivi dan Ammar yang bagai pinang dibelah dua, memakai pakaian serba putih suci. Sama seperti Stella, Vivi juga memakai gaun kembang berwarna putih dan bertakhtakan manik yang berkilauan untuk menambahkan seri pada gaun tersebut. Vivi mengenakan selendang berwarna krim lembut untuk dipakai bersama veil yang tidak begitu sarat disertakan juga dengan tiara yang menaikkan lagi seri pengantin Vivi untuk kelihatan lebih elegan. Make-upnya juga kelihatan polos dan simple.
Saat Vivi dan Ammar beriringan masuk, seakan terhenti masa. Semua yang melihatnya kehilangan kata-kata. Ammar pula dengan yakinnya menggenggam erat jari-jemari Vivi sambil mereka berjalan beriringan masuk menuju ke pelaminan mereka yang sarat dengan bunga matahari. Vivi tersenyum semasa mengemaskan lagi tautan jemari mereka berdua. Bahagia ini yang dicari selama ini.
"I love, love, love you so much, my princess.." Bisik Ammar sambil memandang sekilas ke arah isterinya yang berada disebelah. Almaklumlah, mereka lebih kurang sahaja tingginya.
Vivi tersenyum membalas, "I love you too, my prince."
Sebelum mereka berdua duduk, jurugambar telah meminta mereka untuk bergambar. Jurugambar meminta mereka membuat pose-pose yang mesra dan sweet untuk dirakamkan. Jadi, Ammar memilih untuk posing secara berpelukan dari belakang. Vivi kaku apabila merasakan deruan nafas Ammar begitu hampir dipipinya.
"Hei, janganlah blank ja. Senyum sikit please, sayang.." bisikan Ammar mendebarkan lagi hati Vivi. Malu tapi mahu. Hehehe.. Apabila tersedar, dia membetulkan kedudukannya yang kaku dipeluk dari belakang oleh Ammar.
"I love you, matahari.." bisik Ammar lagi yang seakan membuaikan suasana romantis di antara mereka berdua. Tidak bosan menuturkan ayat itu. Malah, semakin mekar rasa itu di dalam hatinya.
Vivi bahagia. Dia ke alam khayalan. Terbuai dengan perasaannya disaat ini. "I love you too, my prince!" Tanpa disedari, Vivi telah mencium pipi Ammar secara spontan. Ammar tayang wajah nakal. Terkejut campur bahagia apabila mendapat kucupan pertama daripada isterinya itu.