PT27

3.5K 92 14
                                    

Pemergian Faziera tidak di sangka-sangka. Dia pergi sewaktu sedang tidur. Tenang sekali wajahnya. Itulah kali terkahir Faziera dan Ammar tidur bersama.

Untuk satu hari yang melakarkan puing-puing kenangan terindah di dalam hidup Ammar. Dia redha dengan ketentuan Ilahi. Yang pergi tetap pergi. Kini, sudah seminggu Faziera meninggalkannya.

"Ammar.. Bersabarlah ya? Ni semua ketentuan Tuhan. Kita yang masih hidup ni kena teruskan kehidupan kita juga. Jangan toleh ke belakang lagi, majulah ke hadapan." nasihat papanya sambil memeluk tubuh lemah Ammar.

Ammar hanya mengangguk. Dia tidak mampu bersuara ketika ini. Ini adalah berita kedua yang amat memeritkan hati dan perasaannya. Berita yang menyeksa jiwa dan raganya. Dia kehilangan orang yang amat dia cintai lagi sekali. Sakit. Itu yang di rasanya.

"Kami semua dah tahu yang dia akan pergi. Tapi, dia sendiri yang minta kami rahsiakannya daripada kamu, Ammar. Maafkan kami.." terang abah Faziera. "Dia terlalu sayangkan kamu, Amm. Dia tidak mahu kamu risau akan keadaannya." sambungnya lagi.

"Ammar berbahagialah untuk dirinya, ya? Jangan menangis mahupun bersedih masa dia dah tiada. Carilah kebahagiaan Ammar yang sebenar. Ibu tahu, Ammar kuat hadapi ni semua. Demi Faziera ya, nak.." tambah ibu Faziera lagi. Ibu Faziera dan mama Ammar saling berpelukan melepaskan tangis.

Malam ini adalah malam ketujuh bacaan Yasin dan tahlil buat arwah Faziera. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Ammar hanya mampu berdiam diri sambil mendengar nasihat dan kata-kata semangat dari ahli keluarganya.

"Jom, makan sayang?" pujuk mama Ammar. Sejak pagi lagi Ammar tidak mahu makan. Dia tidak menyangka yang Faziera akan pergi dengan begitu cepatnya. Dalam sekelip mata, Faziera meninggalkannya. Sakitnya sama seperti waktu Vivi meninggalkannya. Bezanya cuma satu, jasad Faziera kini kaku di telan tanah manakala, Vivi masih ada tetapi, jauh di matanya.

Ammar hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu makan. Dia tidak mampu bersuara. Suaranya juga hilang, hilang di bawa pergi oleh Faziera.

Terasa seperti baru semalam dia mengecap bahagia. Baru semalam dia mengaku cinta. Baru semalam dia memeluk dan mengucup Faziera. Baru semalam juga dia membuang rasa egonya jauh-jauh. Harini, waktu ini, detik ini, semuanya telah hilang dan terkubur bersama-sama Faziera.

"Okay, kalau Amm taknak makan, Amm masuklah berehat dulu. Ya?" pujuk mamanya lagi. Ammar terus sahaja menuruti pujukan ibunya. Dia penat.

-----

"Amm.. ada orang nak berjumpa dengan Amm ni." Panggil mamanya. "Turunlah, dia sedang menunggu di bawah." Kini, Ammar duduk bersama mama dan papanya semenjak ketiadaan Faziera.

'Siapa?' Soal hatinya.

Ammar tersenyum lemah. Lalu, dia menukar pakaiannya dan turun ke ruang tamu di mana tempat tetamunya sedang menunggu.

"Assalamualaikum.." tegur Ammar. Dia melihat gerangan si tetamu. "Eh, Amir? Apa khabar?" Tanyanya lagi berbasa basi.

"Waalaikumusalam, khabar baik. Kau?"

"Alhamdulillah, macam nilah aku."

"Takziah, Ammar. Haritu aku ada datang masa hari pengkebumian tapi, tak sempat nak berjumpa kau."

"Takpa." Balas Ammar pendek.

"Jemputlah minum ya, Amir." Pelawa mamanya mesra membawa air teh panas bersama kuih karipap.

"Terima kasih makcik." Balas Amir mesra. "Sebenarnya aku datang ni nak bagi barang ni pada kau. Amanat arwah." Kata Amir sambil menghulurkan satu beg kertas.

Putus TerpaksaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang