PT 2

5.1K 134 7
                                        

Punah segala harapan Ammar apabila Vivi tega memilih kerjayanya berbanding dengan hubungan mereka. Sakit, memang sakit hatinya.

"Saya pilih kita tangguhkan segalanya tentang kita, Amm.."

Ammar terpana. Dia berharap Vivi akan memilih hubungan mereka. Malangnya, tidak sama sekali. Semua harapannya musnah dan punah. Impian untuk sentiasa bersama Vivi juga terpadam buat seketika.

"Saya tak nak awak salah sangka. Saya pilih untuk teruskan impian saya semuanya demi arwah ibu saya. Hidup saya akan berganda kali bahagia kalau hati saya tenang. Saya harap awak faham. Dan bila waktunya tiba untuk saya berhenti, saya akan berhenti.. saya harap awak tunggu saatnya itu.."

Demi cinta dan sayang, Ammar sanggup menunggu Vivi. Walaupun, sakit hatinya..

"Okay, V. Untuk kali ni, saya akan sokong awak. Saya harap awak tak lupa janji awak." Ammar merenung ke syiling biliknya.

"Awak kena janji dengan saya, lepas impian awak tercapai, awak akan berhenti??"

"Saya janji." Vivi menyembunyikan riak wajahnya yang serba salah. 'Maafkan saya, Amm. Saya sayang awak tapi, saya jugak sayangkan impian saya.'

"Awak okay tak ni? Macam tak gembira ja? Hmm?" Ammar mengangkat keningnya lagi.

"Eh, takda apa-apalah. Saya okay je."

"Kalau ada sesuatu yang mengganggu, awak tahukan saya bersedia untuk menjadi pendengarnya?" Ammar memandang Vivi dengan penuh keterbukaan hati. Sememangnya, Ammar adalah pendengar yang baik.

Vivi menggelengkan kepalanya, tidak mahu berkata apa-apa lagi. Cukuplah itu sahaja buat masa ini.

Ammar meraup wajahnya apabila terkenangkan perbualannya dengan Vivi. Dia seperti tahu ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran buah hatinya itu.

Lama-kelamaan, Ammar terlelap di dalam bayu malam yang kedinginan. Esok dia akan pulang ke tanah air untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak tunggal kepada Dato' Adam dan Datin Aqilah. Esok juga adalah hari terakhir untuk dia meluangkan masa bersama dengan kekasih hatinya itu.

Sebulan berjauhan, boleh merana jadinya.

-----

Semua barang-barang dan pakaiannya sudah siap kemas di dalam bagasi. Lalu, dua bagasi besar itu diletakkan di hujung katil.

Selepas itu, Ammar duduk bersandar pula di kepala katil sambil bermain game di  telefon bimbitnya. Di dalam fikiranya, sudah membuat perkiraan, mestilah Vivi akan menemaninya buat kali terakhir sebelum mereka berjauhan sebulan.

Jarinya pantas mendail nombor telefon Dato' Adam. Ada khabar ingin disampaikan. "Hello, papa!" Sapa Ammar girang.

"Waalaikumusalamwarahmatullahiwabarakatuh, Ammar.." sambut papanya seakan-akan menyambut 'salam' dari Ammar. Tenang dan bersahaja. Padahal, dia sedang memerli anaknya itu.

"Okay, my bad. Sorry, papa.. Assalamualaikum, papa?" Kali ni di maniskan pula ayatnya.

"Waalaikumusalam. Haii, takkan dah lupa kata sapaan orang Melayu kot? Ke nak papa sekolahkan balik kamu kat Malaysia ni nanti ke?"

Putus TerpaksaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang