Vivi duduk termenung mengenang kisahnya yang tak sudah. Dia biarkan angin malam meniup rambutnya yang panjang. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan. Cuba melegakan rasa yang bersarang dimindanya. Dia tersenyum lagi dan lagi.
Senyum tak perlu apa-apa..
Kendengaran pintu bilik dikuak. Vivi berpaling. Lalu, tersenyum lagi ke arah Wany.
"Dah kenapa senyum macam tu? Seram tau dak?" Kecut perut Wany apabila melihat Vivi tersenyum begitu. Ditambah pula dengan gaya Vivi pada ketika itu. Rambut panjang mengerbang, berpakaian serba putih dan duduk di tepi tingkap. Angin malam juga seperti memainkan peranan penting pada ketika itu. Rupa Vivi sudah seperti Mrs. Ponti!
"Lahh.. aku senyum pun salah ke?" Vivi tergelak.
"Kau okay tak ni?"
"Okay. Kenapa? Nampak macam aku tak okay ke?"
"V, aku faham sangat apa yang kau rasa. Jangan pernah menyerah, kay? Kau tahu kan, kau ada family? Ada aku, ada Mak Yah.. Kau jangan pendam sorang-sorang. Ada apa-apa, kau sharelah dengan aku. Okay?"
"Thanks.. Thanks sebab dari awal kau sentiasa ada dengan aku. Aku sayang kau sangat-sangat dunia akhirat!" Vivi memeluk tubuh Wany lama. Terdengar bunyi esakan kecil. "Heii, kenapa kau menangis?"
"Sebab kau lah! Aku terharu tau tak?!" Marah Wany sambil menahan sebak. Berjuraian air mata dipipinya diusap oleh Vivi. Vivi tergelak.
"Kau ni tak pernah, tak over! Hahahaha.. Tapi, serious aku cakap ni. Kalau takda kau, takda Mak Yah aku tak tahu apa jadi kat aku sekarang ni. Mungkin awal-awal lagi aku dah bunuh diri macam orang takda agama. Hahahaha.."
"Hishh! Pantang betul aku orang cakap bukan-bukan ni! Baik kau pergi tidur, kau kalau buat kerja terkutuk tu, aku sembelih kau hidup-hidup!" Ugut Wany. Matanya mencerlung menahan amarah. Kesal apabila mendengar kata-kata dari sahabat baiknya itu.
Vivi tergelak kecil lagi. Kelakar melihat gaya Wany yang seperti naik hantu itu.
"Kau gelak? Kau boleh gelak lepas kau cakap semua nonsenses tu?"
"Hahahaha.. Kau ni overlah! Kan aku cakap, MUNG KIN. Mungkin awal-awal lagi aku dah bunuh diri macam orang takda agama. Tapi, tak pun kan??" Di ulang semula ayatnya tadi cuba memperbetulkan tanggapan Wany.
"Yelah, kalau kau fikir macam tu lagi, siap kau!" Wany memberi amaran. Vivi masih juga tergelak. Hilang rasa yang berkecamuk difikirannya buat sementara waktu.
-----
Usai Subuh, Vivi menyambung semula tidurnya. Malam semalam, dia tidur lewat kerana melayan Kdrama bersama Wany. Semenjak bertunang dengan Ayie, Wany lebih kebudak-budakkan. Hilang terus gaya guru besar dia tu.
"Biarlah V tidur, mesti dia penat semalam." Kata Wany.
Serba salah juga Wany untuk mengejut Vivi. Kerana dia, Vivi tidur lambat. Niatnya cuma satu, untuk mengalih perhatian Vivi dari memikirkan semua prasangkanya. Dia tahu dalam senyuman, ada kepahitan yang disorok oleh Vivi.
"Kamu buat apa dengan V semalam?" Mak Yah merenung anaknya.
Stella sudah tergelak. "Dia ajak V layan Kdrama dialah, Mak Yah. Almaklumlah tak lama lagi dapat suami ala-ala Korea gitu, tu nak layan kisah romantik tahap bersemut kerengga bagai tu.." usik Stella.
Wany tersengih. Dia buat gaya malu-malu kucing. Tu ada betulnya juga.
"Dah, cepat. Kita pergi tolong Umi. Biarkan V rehat." Kata Mak Yah.
![](https://img.wattpad.com/cover/74011919-288-k11102.jpg)