PT55

2K 59 2
                                    

Vivi memandang kotak hadiah yang dihulurkan oleh Ammar. Lambat-lambat tangannya menyambut kotak tersebut.

"Untuk apa?"

"Saya nak awak tahu, saya betul-betul sayangkan awak. Dari dulu hingga sekarang ni. Tak pernah berkurang sedikit pun.. Saya tak nak buang masa dah, saya akan perbetulkan balik SEMUAnya.. Everything, Vivi Syabilla.. " Kata Ammar serius.

Vivi diam tidak berkutik. Hatinya bergetar saat Ammar melafazkan sayang. Mata Ammar ditatap dalam mencari kejujuran di dalam katanya. Dia hanya mampu berserah semuanya pada Allah SWT. Moga Allah SWT menunjukkan jalan yang benar kepadanya.

"Kotak tu, Faziera yang bagi pada saya untuk saya berikan pada yang berhak. Awak boleh baca sendiri permintaan arwah dalam kotak tu." Tambah Ammar lagi. Dia menghadiahkan lagi sebuah senyuman manis apabila terperasankan sepasang anak mata Vivi yang menatap matanya.

Bukan senang untuk dia berhadapan dengan Vivi. Suatu ketika dahulu, dia pernah menghancurkan hati wanita itu. Dia juga pernah menghancurkan hatinya sendiri. Saat terlafaznya akad antara dia dan Faziera, dia menyangka jodohnya dengan Vivi telah berakhir. Tetapi, Allah SWT masih memberikannya kesempatan buat kali kedua. Dan kali ini, dia berharap akan dapat memperbetulkan semuanya semula.

Tiba-tiba, Ammar teringat kata-kata terakhir antara dia dan Aris.

"Amm, kita buat perjanjian. Kalau kau jumpa Vivi dulu, okay aku akan lepaskan Vivi untuk kau. Tetapi, kalau aku yang jumpa Vivi dulu, aku nak kau lepaskan dan lupakan Vivi buat selama-lamanya. Deal?" Kata Aris sambil tersenyum senget.

Kata-kata dari Aris itu tengiang-ngiang di mindanya membuatkan dia teringat akan insiden semalam.

Ammar kalut meneliti semua dokumen kerja di tangannya sambil berjalan menuju ke keretanya. Dalam kekalutan, sempat juga Ammar menjeling ke arah jalan raya. Dia terpandangkan satu susuk tubuh wanita bertudung sedang mencari sesuatu di dalam beg tangannya sambil melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanannya.

Ammar sempat menoleh ke arah jalan raya, sebuah kereta yang dipandu secara sederhana laju sedang menuju ke arah wanita itu.

Wanita itu langsung tidak menyedari akan bahaya yang bakal menantinya.

"Bella!"

Satu nama diseru dari seberang jalan. Mungkin nama wanita yang sedang melintas jalan itu. Entah kenapa, dia merasa terpanggil untuk menyelamatkan wanita itu.

Ammar cepat-cepat meletakkan dokumen kerjanya di atas bonet kereta dan berlari untuk mendapatkan wanita itu.

Alhamdulillah, Ammar sempat menyelamatkan wanita itu dari dirempuh dan si pemandu itu pun meminta maaf kerana hampir sahaja melanggar mereka berdua. Tidak semena-mena, wanita itu pengsan di dalam dakapannya. Dia merangkul tubuh lemah wanita itu dan apabila dia cuba meneliti wajah wanita yang diselematkannya, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati siapakah gerangan wanita tersebut.

"Vivi?" Seru Ammar tidak percaya.

"Vivi, awak okay tak? Vivi?" Ammar menepuk-nepuk lembut pipi Vivi. Namun, Vivi tidak juga tersedar. Ammar berpaling ke arah seberang jalan dan melihat wanita yang di sana juga telah lama pengsan. Ada juga beberapa orang yang melihat keadaan wanita di seberang jalan. Ada juga yang seperti membuat panggilan telefon.

Ammar gagal mengamati wajah wanita tersebut dari jauh. Dia hanya berfikir bahawa mungkin wanita itu kawan atau saudara Vivi.

Lantas, Ammar menghubungi nombor kecemasan.

Sebelum Vivi terjaga, Ammar sempat melawatnya tetapi, tidak lama. Semuanya dengan bantuan Wany. Hanya Wany dan Ayie sahaja yang tahu siapa yang telah membantu pasangan kembar itu.

Putus TerpaksaWhere stories live. Discover now