PT26

3.5K 94 2
                                    

"V.."

"Ha, Kau okay tak ni?" Tanya Vivi cemas sambil memimpin Wany untuk duduk. "Aku risau tau?" Tambahnya lagi.

"Aku okay. Cuma.." kata-kata Wany tersekat di situ. Ada satu suara datang menegur mereka.

"Assalamualaikum.."

Vivi dan Wany terpana apabila melihat gerangan di sebalik pagar bergeriji.

"Encik Aris?!"

Soal mereka terkejut. Mulut mereka terkunci. Tiada perkataan yang mampu menggambarkan segalanya. Terkejut sangat.

"Wanyy.." seru Vivi perlahan sambil menahan amarah. 'Ini ke penyebab Wany balik lambat? Aduhh, Wany ni memang tak boleh simpan rahsialah!' Tuduh hati Vivi.

Namun, Wany membalas dengan gelengngan tanda bukan sebab dia. Habistu, macam mana Aris tahu?

"Erk, Assalamualaikum, kakak berdua?? Bisu ke??" Tegur lagi satu suara sambil melambaikan tangannya ke arah mereka berdua. Suara gadis!

Vivi dan Wany hanya memandang. Tiada reaksi diberikan.

"Abang, kita baliklah. Diorang ni macam tak suka jer kita datang.." perlahan gadis itu bersuara.

Namun, jelas di pendengaran Vivi. Dia kembali ke alam nyata.

"Jemputlah masuk.." pelawanya lembut cuba bermanis muka. Dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu. "Duduklah. Saya buat air sekejap."

"Eh, takpe! Takpe! Biar aku yang buat air, kalau kau buat kang jadi pelik rasanya. Baik kau duduk sini dulu.." sebenarnya lebih kepada memujuk Vivi. Dia tahu Vivi sedang menahan amarahnya. Belum habis satu masalah, satu masalah lagi yang timbul. Aduhaii, Vivi, Vivi..

Vivi duduk bersama tetamunya. Actually, Aris dan seorang gadis yang tidak dikenalinya. Muda.

"Sya, ni adik saya.. Raihana." Kenal Aris sambil tersenyum macho. Dia terlampau teruja kerana dapat berjumpa dengan pujaan hatinya itu. Tidak lekang senyuman dari bibirnya.

"Haii kak, nice to meet you. I'm Hana." Riang dan mesra sekali orangnya.

"Akak.." belum sempat Vivi habis bicaranya di potong.

"Akak ni Vivi kan? Pelakon dan supermodel terkenal kat Malaysia tu? Tak sangkanya saya, dapat jumpa dengan akak!" Kali ini, Hana sudah duduk di sebelah Vivi. Dia terpegun melihat Vivi yang cantik sekali di hadapannya.

"Semua tu dulu, Hana. Sekarang akak orang biasa-biasa jer." Balas Vivi merendah diri. "Macam mana Encik Aris tahu saya ada di sini?"

"Syaa.. kan saya dah cakap, jangan panggil saya Encik Aris, awkwardlah.. panggil A.R.I.S je.. simple!" Siap di eja perkatan ARIS itu.

Vivi tersenyum biasa menutupi rasa janggal. "Aris buat apa kat sini? I mean di London ni?"

Dalam banyak-banyak tempat kenapa mesti London ni jugak dia nak melawat?

"Kebetulan, saya melawat adik saya ni dia belajar di Universiti Cambridge. Masa jalan-jalan tadi, ternampak pula Wany then, saya ikutlah. Wany pulak tak dengar yang saya panggil dia. Tu yang saya sampai ke sini." Cerita Aris ringkas.

Ohh.. macam tu ke? Bukan sebab kau sengaja nak stalk Vivi?

"Yeke, encik Aris? Takda pula saya dengar orang panggil saya?" Wany mencelah setelah dia menghidangkan minuman.

"A.. awak jauh sangat, tu tak dengar kot?" Janggal sekali bunyinya.

"Ooo.. ha, minumlah. Air bujang jerr.." balas Wany lagi. Lalu, dia duduk di sebelah Vivi sambil merenung tingkah Aris di hadapannya. 'Eleh, yelah tu kebetulan nampak aku. Poyo betul..' gumam Wany.

Putus TerpaksaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang