PT48

1.8K 57 0
                                    

Pada pagi raya pertama..

Selesai sembahyang hari raya, mereka sekeluarga berkumpul pula di ruang tamu untuk sesi bermaafan.

"Selamat hari raya, ayah.. Maaf zahir dan batin. Minta halalkan makan minum Stella selama ini, ayah.. Terima kasih jugak sebab banyak berkorban demi Stella dan Bella.. Harap kita kosong-kosonglah ya?" Sempat Stella bergurau semasa bersalaman dengan ayahnya. Dato' Harun tergelak kecil melihat telatah anak sulongnya.

"Ya, ayah maafkan semuanya. Kosong-kosong, okay?" Sambut Dato' Harun juga bergurau. Dia mencium ubun anak sulongnya itu penuh kasih.

Dato' Harun teringat akan kisah lalu. Di curahkan sehabis baik kudrat bapanya untuk menyelamatkan kedua-dua anaknya itu. Merekalah satu-satunya kekasih di dunia yang mampu membahagiakannya setelah arwah isterinya pergi. Mereka jugalah penawar bagi setiap dukanya.

Lalu, mata tua Dato' Harun memandang pasangan kembar itu penuh kasih. Syahdu rasa hatinya cuba disembunyikan agar tidak merosakkan mood di pagi raya. Dia membuat imbasan pada karakter anak-anak kembarnya.

Walaupun Stella dan Vivi kembar seiras tetapi fizikal mereka amat berbeza. Stella bertubuh kecil molek manakala, Vivi tinggi lampai persis seorang model. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan? Arwah ibu mereka juga adalah bekas model terkenal dengan tubuh yang tinggi lampai. Jadi, Vivi mendapat gen itu daripada arwah ibunya.

Tiba pula turn Vivi. Vivi menghampiri ayahnya lambat-lambat. Air mata hangat setia mengalir di pipinya apabila terkenangkan semua dosa-dosa yang pernah dia lakukan dahulu. "Ayah.." seru Vivi dalam syahdu. Dia mengucup lama tangan tua milik ayahnya. Bagai tidak mahu dilepaskannya. Terlampau banyak yang mereka lalui dan tempuhi selama ini. "Selamat hari raya ayah.. Ampunkan Vivi, maafkan segala salah dan silap yang Vivi pernah buat dulu. Maafkan Vivi, ayah.." Vivi tidak mampu meneruskan kata-katanya lagi. Suaranya juga tersekat-sekat akibat sendu. Basah tangan Dato' Harun akibat terkena deraian air mata Vivi.

Dato' Harun merangkul tubuh anak keduanya itu erat. Lalu, di ciumnya ubun Vivi. Stella juga menangis di dalam pelukan Mama Suzanne melihat babak sedih antara adik kembarnya dengan ayah mereka. Stella sangat mengerti apa yang mereka berdua pernah lalui sepanjang dia terlantar sakit nun jauh di kota London.

"Ayah redhakan semua yang Vivi buat selama ini." Bisik Dato' Harun. Dia tahu apa yang selama ini Vivi buat. Selama ini, dia hanya membiarkan Vivi menjadi dirinya sendiri. Dia tahu Vivi pandai menjaga diri jadi, dia lepaskan Vivi untuk hidup secara bersendirian. Tetapi, di dalam masa yang sama, dia juga telah mengupah seseorang bagi menjaga Vivi dari jauh tanpa pengetahuannya sehingga sekarang.

"Ayah bangga dengan Vivi. Ingat tu.." kata Dato' Harun lagi sambil mengusap pipi mulus Vivi.

Vivi mengangguk. Selama ini, dia malu untuk meluahkan segalanya. Namun, dia mendapat kekuatan apabila Stella dan Mama Suzanne sentiasa memberikannya kata-kata semangat agar dia berterus-terang di dalam apa jua keadaan.

Sesi bermaafan diteruskan pula dengan Mama Suzanne. Sesudah itu, mereka sama-sama menikmati hidangan hari raya.

"Hah! Makan banyak-banyak, bukan selalu tau mama kamu ni nak masak lauk macam ni.." usik Dato' Harun sambil menarik kerusi untuk duduk.

Suzanne sudah mencerlung ke arah abangnya. Mana tidaknya, sepanjang berbelas tahun di perantauan, tiap kali raya Suzanne pasti akan memasak Nasi Ayam.

Nasi Ayam yang dimasaknya adalah resepi daripada arwah kakak iparnya. Nasi Ayam sememangnya adalah kepakaran arwah ibu Stella dan Bella, tiada siapa dapat tandinginya. Masakan itu di buat pun adalah kerana permintaan daripada Dato' Harun sendiri.

Putus TerpaksaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang