"Akak, terima kasih sebab hadir dalam hidup saya." Faziera tersenyum. Dia bersyukur kerana Fazlin banyak membantu dia untuk terus kuat menghadapi dugaan hidup.
"Terima kasih juga pada Iera, sebab sudi jadi adik akak." ucap Fazlin sambil memeluk bahu Faziera.
"Macam jodoh pulak kan, kak? Saya anak tunggal, akak pun anak tunggal. Jadi, kita boleh sharing is caring.. Hee.."
"Ehh.. Nak sharing is caring dengan kita pulak. Sharing is caring dengan suami dia je dahlah! Ecececee.." usik Fazlin.
"Akak.. Kan Iera dah cakapp.." belum sempat Faziera menghabiskan ayatnya Fazlin sudah menyampuk.
"Iera, kan akak jugak dah cakap.. Selagi boleh pegang hati dia, Iera peganglah leklok(elok-elok). Jaga dia, jaga semua keperluan dan kehendak dia. Berikan yang seikhlasnya untuk dia. Iera jangan lupa jugak, berdoa pada Allah supaya dibukakan pintu dan lembutkan hati dia tu untuk Iera. Okay? Sama-samalah kita ya, berdoa.." nasihat Fazlin sambil membuang pandangan pada Ammar yang sedang menonton televisyen bersama suaminya, Fitri.
"Ii-iera.."
"Akak tahu, Iera sayang dan cintakan Ammar sangat. Apa kata, Iera luahkan je perasaan Iera pada dia? Ammar baik. Akak yakin, dia takkan tinggalkan Iera macam tu je. Kalau dia nak tinggalkan Iera dah lama dah dia buat, kan?"
"Iera tak tahu kak.."
"Akak tengok, Ammar berbeza sangat.. Ofis dan waktu sekarang ni.. Dia nampak bahagia sangat bila dengan Iera."
"Mana akak tahu dia bahagia bersama saya? Saya tahu kak, dia memang takkan pernah lupakan cinta pertama dia. Akak sendiri tengok kan macam mana dia bila sorang-sorang? Dia sengsara kak.."
"Akak taknak bagi Iera harapan. Tapi, akak macam nampak keikhlasan dalam pandangan mata dia bila dia pandang Iera. Kadang-kadang, sayang tu kita tak perlu ucap, cukup ditunjukkan dengan tingkah laku."
Faziera terdiam. Dia membuang pandangan lagi ke arah Ammar yang sedang bergelak ketawa bersama suami Fazlin, Fitri. 'Sangat lain..' bisik Faziera.
"Iera tak pernah cerita pasal ni pada sesiapa pun termasuk ibu dan abah. Apatah lagi, mama dan papa Ammar. Di mata kasar diaorang mesti tengok kami macam bahagia. Hakikatnya.. Hanya Allah sahaja yang tahu.." Faziera terdiam sejenak. "Dah lama Iera pendam sorang-sorang.. Iera kadang-kadang tak kuat, kak.. Iera malu nak cakap kat akak.. Iera malu sangat!" Faziera tertunduk dan seakan-akan mengesali apa yang bakal di ceritakannya nanti.
"Takpe, Iera cakap je kalau Iera rasa nak cerita pada akak. Akak sedia mendengarnya. In shaa Allah.." pujuk Fazlin pula. Dia mengusap lembut belakang Faziera cuba menyalurkan kekuatan.
"Sebenarnya.. "
"Ya??"
"Sebenarnya, ni yang paling sulit untuk Iera ceritakan pada akak. Iera tak tahulah keputusan untuk Iera cerita pada akak ni betul ke tidak.. Selama kami berkahwin ni, Ammar sekalipun tak pernah sentuh Iera, kak. Iera tahu, memalukan kalau Iera cerita benda ni pada akak tapi, Iera tak sanggup dah nak tahan sakit dan perit ni sorang-sorang." akhirnya, terluah juga apa yang ditahannya selama ini. Air matanya juga turut mengalir di pipi.
Fazlin memegang tangan Faziera. "Apa-apa pun, minta petunjuk dari Allah yang Maha Berkuasa. Allah yang berkuasa menggerakan hati manusia ni. Kalau Iera tak mampu buat dia mencintai Iera sebagai cinta pertama dia, Iera buatlah dan usaha supaya dia mencintai Iera sebagai isteri dia. Banyak-banyakkan berdoa dan bersabar, ya?"
'Kalau Iera tak mampu buat dia mencintai Iera sebagai cinta pertama dia, Iera buatlah dan usaha supaya dia mencintai Iera sebagai isteri dia..' kata-kata ini di tanam rapi ke dalam kotak fikirannya.
