"Apa hingaq pagi-pagi buta ni mak oii? Orang nak tidoq pun payah aihh.. Uwarghh.." Wany sudah mengaru-garu kepalanya sambil menguap. Rupa dia baru bangun tidur, hanya Allah je yang tahu betapa kusut-masainya.
"Ohh.. anak bertuah kesayangan mak dah bangun ya? Meh, sini sayang.." Mak Yah memanggil Wany dengan gaya yang manja. Sampai sahaja Wany disebelahnya, Mak Yah pun memulakan aksi. Apa lagi, ditariknya telinga Wany kuat-kuat.
"Aduh, mak! Sakitttt.. ampun, mak, ampunn.." rayu Wany banyak kali sambil membuat muka acah comel.
"Hah! Lain kali buatlah perangai macam tu. Ingat baguih lah anak dara bangun lambat lagu tu? Berapa kali mak nak pesan? Lambat masuk rezeki nanti, Wany oii.. Silap hari bulan tak kahwin nanti kamu tu.." Mak Yah sudah membebel lagi.
"Okay, okay mak. Nanti, Wany bangun awal. Wany janji!" Kata Wany bersungguh.
"Jangan berjanji, kalau susah nak ditepati, Ammar.." tanpa di sedari Vivi, kata-kata itu meluncur laju di bibirnya.
"V?" Wany terkejut mendengar kata-kata dari Vivi.
"Apa?" Soal Vivi sebelum berlalu pergi.
-----
Vivi masih lagi berdiam diri semenjak pagi tadi. Makan tengahari pun di abaikannya.
"Wany, pergi tengok V tu, pujuk dia makan. Dari pagi dia tak makan, ni dah malam. Mak risau lah. Demam tak habis lagi ni bertambah pulak dengan sakit perut nanti." Gusar Mak Yah apabila melihat Vivi yang seakan menjauh sejak dari pagi.
"Okay, mak." Wany mendekati Vivi bersama secawan susu suam. Dia memahami apa yang dirasakan oleh sahabatnya pada ketika ini. Vivi masih ralit termenung di bawah pokok rambutan seorang diri tanpa perasan kehadiran Wany disebelahnya.
"V.." sapa Wany perlahan. Apabila V berpaling, Wany pun menghulurkan susu suam tadi. "Kau minumlah, nanti perut kau masuk angin pulak. Dahlah kat luar ni, sejuk."
"Terima kasih.." Namun, Vivi hanya meletakkan susu tadi di sebelahnya sahaja. Lalu, kembali melayan perasaannya. Wany perasan ada sisa air mata di pipi mulus Vivi.
"V, kenapa ni? Kau teringat kat siapa-siapa ke?" Wany berbasa-basi.
"Takda apalah.." dalih Vivi.
"By the way, mama kau belum call aku lagi. Maybe later lah kot. Sabar kay?"
"Hmm.. okay." Riak mukanya juga bersahaja. Jadi, Wany membuat kesimpulan bahawa bukan hal keluarga yang difikirkan oleh Vivi.
"Hey, V! Ni bukan pasal family kau kan? Habis tu, pasal apa? Ammar??"
Dengan pantas Vivi menggelengkan kepalanya. Riak wajahnya disorokkan takut bila-bila masa sahaja akan berderai lagi air matanya.
"Betul ke ni? Habistu asal pagi tadi kau tersasul sebut nama Ammar?"
"Manaa ada..akuu.." tergagap-gagap Vivi ingin menjawab.
"Apa yang buatkan kau terfikir tentang Ammar ni, V?" Bersungguh Wany ingin mengorek rahsia.
"Takda apalah, Wany. Mungkin kau salah dengar tu.."
"Apanya yang aku salah? Mak aku pun dengar tau? Telinga aku ni tak pekak lagi.."
"Aku sakit kepalalah, aku masuk tidur dulu ya? Selamat malam! Assalamualaikum.. " Vivi berlalu masuk ke dalam rumah.
"Haishh.. V, V, V.. susahlah kalau kau jenis memendam ni. Bilalah ego kau yang tinggi melangit tu nak jatuh ke bumi haishh.." Wany hanya mampu menggelengkan kepala sambil menghantar Vivi dengan pandangannya.