PT 1

6.9K 154 1
                                    

Sebuah senyuman ala-ala putera raja meniti di bibir Ammar. Dihatinya pula mekar bunga-bunga cinta. Tidak sabar untuk bertemu dengan kekasih hatinya.

Dari jauh, dia dapat menangkap satu susuk tubuh yang amat dikenalinya dan saat wajah itu berpaling, makin lebar senyuman yang terukir di bibirnya.

"Assalamualaikum, princess..." sapa Ammar penuh kasih.

"Waalaikumusalam, prince!" Ceria Vivi membalasnya.

Setelah mengambil tempat di hadapan Vivi, ditenung pula wajah kesayangannya itu. Semakin hari, semakin sayang.

"Maaf wak, saya lambat.." Ammar menjeling pada jam di tangannya sebentar. "5 minit.." Dia tersengih apabila melihat muka cemberut Vivi.

"Its okay, awak.. saya pun baru sampai 10 MINIT yang lalu.." gayanya seperti memerli dan ditekan-tekan juga suaranya.

"Amboii.. Amboii.. Amboii.. Amboii.. Amboii.. Amboii..~"  sempat juga Ammar membalas dengan nyanyian lagu Amboi. Saja menceriakan suasana dan memujuk Vivi.

Vivi ketawa kecil melihat reaksi Ammar. "Yelah, saya gurau jelahh.."

"Ehh, saya lupa pulak.. nah!" Ammar menghulurkan ice cream yang dibelinya tadi.

"Wahhh..." Tanpa menunggu lama, Vivi membuka balutan ice cream dan di 'ngap'nya rakus.

Ammar menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicara. Dan dia tahu, apa yang akan dibicarakannya sebentar lagi mampu mengecewakan kekasih hatinya itu.

"Sedap ice cream tu?" Tanya Ammar berbasa-basi.

"Sedap! Terima kasih, awak.." senyum simpul Vivi hadiahkan khas buat Ammar. "Eh, tadi awak cakap ada something nak bagitahu saya, apa dia?"

"Saya harap apa yang saya nak cakap ni, awak tak marahkan sayalah.."

"Hmm.. bergantung pada keadaannya?" Vivi mengenyitkan matanya sambil menikmati ice cream kegemarannya itu.

"Ishh.. awak makan comotlah!" Serentak dengan itu, tangan Ammar mengelap bibir mugil Vivi. Dia berhenti di situ dan di tatapnya pula lama.

"Weyhh! Agak-agaklah nak tenung saya kat situ!" Marah Vivi sambil menjauhkan dirinya.

"Ishh awak ni, ada pulak fikir sampai ke situ!"

"Haha.. tahu cuak! Apa bendanya yang awak nak cakap? Straight to the point jelah.."

"Kalau saya cakap saya akan balik ke Malaysia, hujung bulan ni. Awak okay ke??" Teragak-agak Ammar menyoal.

"Hah?!" Reaksi Vivi jelas terkejut.

"Saya betul-betul minta maaf. Saya tahu, saya dah berjanji dengan awak.. Tapi..." lama Ammar berjeda.

"Tapi, apa??" Vivi berubah riak.

"Papa minta saya uruskan syarikat family kami.. Vivi, maafkan saya, sayang.. Saya terpaksa.."

"Kalau awak dah buat keputusan, kenapa perlu awak cakap kat saya lagi?" Ice cream di tangannya di letak tepi. Selera untuk ice cream itu sudah lama mati saat Ammar memulakan bicara sebentar tadi.

"Princess.." Ammar menyeru Vivi.

Namun, Vivi tetap jua berdiam diri. Merajuk.

"Vivi.." di seru sekali lagi.

"Awak cakap, awak akan tunggu sampai saya habis final ni. Lagi sebulan lebih je, Amm. Takkan tak boleh?" Suara Vivi mulai mengendur. Dia benar-benar terasa hati.

Putus TerpaksaWhere stories live. Discover now