PT20- Hanya dia!

3.8K 102 0
                                        

Semenjak sampai di pejabatnya, Ammar tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja-kerjanya. Semuanya tergendala.

"Kenapa aku macam ni?"

Ammar cuba membaca maklumat di dalam file-file projeknya. Namun, masih tidak berkesan. Fikirannya terus-terusan bercelaru. Dadanya menjadi semakin sesak.

'Knock! Knock!' (Pintu bilik Ammar diketuk)

"Masuk!"

"Tuan, ni kopi tuan." kata PAnya sambil meletakkan secawan kopi di hadapan Ammar.

"Berapa kali saya nak pesan? Ketuk pintu tiga kali then, beri salam baru masuk. Tak payah tunggu saya kata masuk, baru nak masuk. Saya banyak kerja lagilah dari nak layan awak tu.." kata Ammar sambil menunjukkan wajah yang serius. Tiada mood.

"Errkk.. Maaf tuan.. Assalamualaikum dan selamat pagi, tuan."

"Waalaikumusalam. Ada apa?"

"Harini tuan ad.."

Satu patah perkataan pun, Ammar tidak mampu memberikan fokus dan dia langsung tidak dapat mendengarnya. "Batalkan apa sahaja. Saya tak mahu di ganggu."

"Tapi tuan.."

"Tak ada tapi-tapi. Saya pening kepala. Please, keluar.." kata Ammar perlahan.

"Maaf tuan, baiklah." PA baru Ammar itu pun mengorak langkah ingin keluar dari bilik Ammar.

"Fazlin, maaf saya kasar.." Ammar sempat meminta maaf sebelum kelibat Fazlin hilang disebalik pintu.

"Takpe, tuan. Saya faham.." Fazlin tersenyum.

Walaupun Ammar sedikit bercelaru namun, dia masih waras untuk meminta maaf di atas kesalahannya tadi. Lagi pula, Fazlin itu lebih tua daripadanya. Jadi, Ammar harus menghormati Fazlin walaupun, dia berjawatan lebih tinggi.

"Bagi saya, maaf itu penting. Maaf tu boleh jernihkan sesuatu keadaan yang kelam. Maaf tu boleh perbaiki sesuatu perhubungan menjadi lebih baik. Kesimpulannya, maaf tu boleh membantu kita dapatkan semula apa yang kita nak. Mungkin takkan sama macam dulu tapi, benda tu akan tetap jadi yang terindah buat kita. In shaa Allah.."

Terngiang-ngiang suara halus itu di mindanya. Ammar tertunduk sambil melepaskan keluhan kecil. Fikirannya masih bercelaru dan hatinya tidak tenang. Ammar bangun dan membuka lagu pula di telefonnya.

Lakaran lukisan tak berwajah
Merontaku di dalam kesunyian
Tak relaku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiriku di sini pilu

Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampuku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesalmu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

"Aishhh!" marah Ammar. Lagu pun tidak mampu mengurangkan tekanan yang di rasanya. Malah, lirik lagu Hidup Dalam Mati oleh Syamel itu seakan-akan sama dengan apa yang di rasakan oleh Ammar di saat ini.

Putus TerpaksaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang