PT41

1.8K 65 6
                                    

Vivi balik ke rumah dengan hati yang girang sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Dia telah mendapat tanda-tanda bahawa misinya bakal berakhir tidak lama lagi. 'Wahh! Tak sabar nak satukan diorang!' Jerit Vivi di dalam hati sambil tersenyum bahagia.

"Vivi Syabilla!"

Angan Vivi musnah. Di fokuskan pada suara yang sedang memanggilnya dengan nama penuh itu.

"Kau dah kenapa??" Kedengaran agak kasar di telinga Vivi. Tersentak seketika dibuatnya.

"Kenapa? Kenapa apa? Tak pernah-pernah panggil aku dengan nama penuh bagai.. " tenang Vivi membalasnya.

"Aku panggil kau banyak kali tapi, kau duk tersengih-sengih kat situ." Suara Wani masih kedengaran dingin. Mukanya masam, tiada senyuman dipamerkan.

"Ohh.. sorry.. kau panggil aku ada apa?" Vivi tayang muka bersahaja. Tenang.

"Aku cuma nak tanya, kau buat apa kat rumah umi tengah hari tadi??" Soal Wany tiba-tiba setelah lama berdiam. Nadanya juga jelas-jelas cemburu.

"Kan aku dah cakap, aku pergi jumpa Ayie, saja nak berborak dan kenal-kenal dengan dia.." selamba badak Vivi membalas. Vivi menjeling sekilas untuk melihat reaksi Wany.

"Kenapa kau pergi senyap-senyap? Seorang-seorang pulak tu. Aku ingat kau keluar ke bandar. Call tak berjawab, mesej tak di balas.."

"Chilllah, Wany.. Sebelum aku pergi, aku dah bagitahu Mak Yah. And, kau jugak yang nak aku bercampur dengan semua orang kan, takdalah duk terperuk dalam rumah ni jerr.. Tak salah kan?" Di angkatkan keningnya sebelah sambil merenung penuh pengharapan ke arah Wany. Harapan supaya Wany cemburu dan akhirnya mengaku tentang perasaannya terhadap Ayie.

"Kalau ye pun, beragaklah.. kau pergi tu rumah ada orang lelaki. Apa kata orang kampung ni nanti.." perli Wany. Terasa juga hati Vivi.

"Wany, aku dah besarlah.. aku tahu semua tu, bukannya umi takda kat rumah masa aku pergi tu kan. Kau jangan risau kayy.. aku pandai jaga diri.." kata Vivi sebelum berlalu ke dapur membiarkan Wany terkulat sendirian di ruang tamu.

Wany hanya mampu terdiam mendengar kata-kata dari Vivi. Tidak mampu lagi bertikam lidah, pasti ada saja idea Vivi untuk menang. Wany juga tahu dan kenal benar dengan perangai Vivi yang satu itu. Keras kepala.

Sebenarnya, Wany sudah lama terasa hati dengan kelakuan Vivi yang seakan-akan berubah semenjak berjumpa dengan Ayie. Tambahan lagi, Ayie juga sedikitpun tidak menghiraukan tentang dirinya apabila berhadapan dengan Vivi.

Hati siapa yang tak sakit hati apabila melihat orang yang di sayang bermesra dengan orang lain di hadapan kita?

Perasaan cemburu menikam-nikam dadanya. Wany tertunduk lemah dan menghayunkan langkah ke luar rumah. Tidak sanggup dia melihat Vivi buat seketika ini. Dia perlu bersendiri.

-----

Beberapa hari selepas itu..

Hubungan di antara Wany dan Vivi juga semakin renggang. Mereka kurang bercakap. Adapun hanya bercakap hal-hal yang penting sahaja. Masa juga banyak dihabiskan secara berasingan. Vivi sibuk melayan kerenah Ayie dan Wany pula sibuk makan hati apabila melihat keakraban mereka berdua.

Mak Yah semakin risau melihat keadaan itu. Lalu, dia mencari masa yang sesuai untuk menegur Vivi. "V, Mak Yah tengok makin hari hubungan kamu berdua macam lain jer. V okay ke tak dengan Wany tu? Mak Yah risaulah tengok keadaan kamu berdua macam ni. Tak seronok rasa.." jelas kerut di dahi Mak Yah. Risau mungkin.

"Hishh, Mak Yah ni.. Sabarlah.. Ini salah satu dari plan V. Mak Yah tunggu dan lihat je okay?"

"Tapi, Mak Yah risau kalau Wany betul-betul marahkan kamu, Wany tu lain tahu bila dia dah marah nanti?" Kata-kata Mak Yah sedikit memberikan peringatan kepada Vivi. Dia kenal benar dengan perangai anaknya itu.

Putus TerpaksaWhere stories live. Discover now