PT 51

1.9K 60 0
                                    

Selesai menunaikan solat Subuh, Wany terus ke dapur untuk menyediakan sarapan seorang diri. Manakala, Vivi, Stella dan Mak Yah pula masih berehat di dalam bilik.

Wany menyediakan bahan-bahan masakan untuk membuat nasi goreng. Sepinggan bahan-bahan yang berisi lada, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ditumbuk sendiri di letakkan di sebelah kuali. Dipetik pula api untuk memanaskan minyak di dalam kuali. Lalu, ditumiskan bahan-bahan tersebut sehingga betul-betul masak. Seterusnya, dia memasukkan nasi ke dalam campuran bahan tadi.

"Dah siap!" Puji Wany setelah dia merasa semua bahan yang dicampurkan tadi menjadi satu hasil yang boleh dibanggakannya. Wany menepuk tangan tanda kegembiraan.

"Hah! Buat apa tu?!" Sergah Stella.

"Oh pocot mak kau!!" Latah si Wany. "Hishh, Stella ni! Boleh mati katak macam ni kalau tiap-tiap hari kena sergah tau?! Baik pergi tolong buatkan air sana."

"Nak buat air apa?"

"Air kopilah, Stella minum kan?"

Stella mengangguk laju. "Okay, boleh!"

Tidak lama selepas itu, sudah tersiap hidang seteko air kopi dan semangkuk besar berisi nasi goreng yang dimasak oleh Wany. Alhamdulillah, cukup untuk mereka sekeluarga menikmati sarapan pagi mereka.

"V mana?" Tanya Wany sambil meletakkan pinggan di atas meja.

"Sebenarnya kami semua dah lama bangun tapi, taknak kacau kamu yang tengah beraksi kat dapur tu.." celah Mak Yah yang tiba-tiba keluar dari bilik air.

"Ehh, tak dengar pun mak masuk bilik air?"

"Mana nak dengar? Bunyi sudip berlaga-laga dengan kuali dah macam medan perang bisingnya.." perli Mak Yah lagi.

"Hahahaha..!" Mengekek Vivi dan Stella di hujung meja.

"Dah, jom duduk makan." Arah Mak Yah.

Sepanjang makan, Wany lebih banyak berdiam diri. Sejujurnya, dia masih berasa serba salah untuk berhadapan dengan Vivi. Apa yang terjadi begitu pantas untuk dia mengerti dan menerimanya.

Belum sempat Wany membuka mulut, Vivi terlebih dahulu bersuara. "Aku tahu, aku faham apa yang kau fikirkan. Lepas sarapan, kita bercakap. Okay?" Tenang Vivi menuturkan kata sambil tersenyum.

Sesudah mengemas meja, Vivi dan Wany sama-sama duduk di pangkin depan rumah.

"V.." Wany cuba memulakan bicara. Namun, pantas dicelah oleh Vivi.

"Okay.. Pertama sekali, aku nak minta maaf kat kau. Semua ni memang rancangan aku. Aku bertanggungjawab atas semua yang berlaku ni. Aku minta sangat-sangat, kau jangan salahkan orang lain."

"Tapi, kenapa V? Aku tak faham.."

"Aku nampak dan faham sangat dengan perasaan kau, kau akan cemburu bila aku bercakap dengan Ayie. Aku perasan kau akan hilang mood satu hari tu kalau aku bercerita pasal Ayie dengan Mak Yah depan kau. Aku dapat rasakan sesuatu dari situ. Takkan kau pernah lupa kot, apa yang pernah kau ceritakan pada aku dulu?" Vivi kekal riak tenang.  Dia tersenyum memandang Wany yang bingung. Mungkin dia cuba mengingat kembali apa yang dia telah lupa.

Lima tahun yang lalu..

Vivi memerhatikan tingkah Wany yang lebih banyak berdiam diri semenjak mereka sampai di kota London semalam. Wany banyak termenung seperti memikirkan sesuatu.

"Kau kenapa, Wany?"

"Takda apa.." mendatar Wany membalas.

"Aikk.. Kau tak selalunya macam ni la, jangan nak tipu aku. Ada apa ni?"

Putus TerpaksaWhere stories live. Discover now