PT56

1.9K 60 2
                                    

Dalam kesibukan Vivi, dia terlupa seketika tentang kotak yang diberikan oleh Ammar. Lama kotak itu tersimpan kemas di dalam bonet keretanya. Tetapi, entah macam mana, dia teringat semula akan kotak itu apabila terpandangkan kotak-kotak yang bertimbun di dalam bilik stor yang dikemasnya bersama Stella dan Kak Siti.

Lantas, Vivi melangkah keluar ke arah keretanya yang di parkir di halaman rumah. Kotak itu pun diambilnya dari dalam bonet kereta dan kembali semula ke biliknya. Vivi sendiri tidak pasti apa isi yang ada di dalam kotak itu.

Vivi memutuskan untuk duduk di kerusi balkoni biliknya untuk mengambil angin. Kotak itu pula diletakkan di atas meja kopi dihadapannya. Lalu, ditenungnya lama kotak itu.

"Nak buka atau tidak?" Soalnya sendiri. Tetapi, rasa ingin tahu lebih menguasai dirinya. Jadi, tangannya pantas membuka kotak itu.

Terdapat satu nota yang diselitkan pada penutup kotak itu. Vivi mengambilnya dan membuka nota itu.

Assalamualaikum, abang.

Terima kasih atas pemberian hadiah ni. Saya gembira sangat dapat hadiah dari suami saya. Tapi, maafkan saya. Saya tak boleh memakainya.

Abang hadiahkanlah baju ini pada isteri abang nanti. Saya harap dia suka sepertimana saya gembira masa dapat hadiah ni dulu.

Kalau abang dan si dia sudi, abang pakailah masa hari pernikahan abang nanti, ya? Mesti segak. Sama cantik dan padan. Itupun kalau sudilah. Tapi, saya harap sangat, abang sudi.
Apa-apa pun, saya tetap sayangkan abang dunia akhirat.

Lagi sekali, terima kasih abang.

Isterimu, Faziera.

"Allahu.."

Berderai air mata Vivi sesudah membaca isi nota itu. Dia tersentuh di atas pengorbanan arwah Faziera. Mesti berat rasa yang ditanggungnya selama ini.

Vivi mengambil pula sepasang baju kurung moden berwarna merah yang terlipat kemas di dalam kotak itu. Jari-jemarinya yang runcing menyentuh lembut baju itu.

'Cantik.'

Walaupun kehadiran Faziera hanya sementara di dunia ini tetapi, dia masih berkesempatan untuk bahagia bersama dengan orang yang paling dia cintai dan sayangi. 'Amm, awak beruntung sebab Faziera terlalu cinta dan sayangkan awak.'

Sedangkan Vivi masih tidak tahu siapa yang akan menjadi pendamping dirinya di dunia yang sementara ini. Vivi tertunduk lemah. Nota itu diletakkan ke dadanya. Dia merasa sedikit menyesal kerana pernah menolak dari berjumpa dengan Faziera dahulu.

Titisan air mata setia menemani dirinya. Sesudah itu, dia terus ke bilik air untuk mengambil wudhu' dan menunaikan solat sunat Hajat untuk memohon ketenangan dari Allah SWT. Ketenangan amat penting untuk dirinya buat ketika ini. Allah SWT sahajalah tempat mengadu rasa hatinya.


"Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.

Putus TerpaksaWhere stories live. Discover now