Ammar pulang ke rumah selepas selesai semua urusannya pada petang itu. Dengan langkah longlai, dia berjalan menuju ke biliknya.
Ammar mencabut tali lehernya dan di buka pula butang pada lengan bajunya. Tidak lama selepas itu, pintu biliknya di ketuk. Ammar sudah dapat mengagak siapa yang datang.
"Masuklah." Jemput Ammar lemah.
"Nah, air.." Datin Aqilah meletakkan secawan air oren di atas meja kecil.
"Terima kasih, maa.."
"Kenapa muka masam jerr ni? Ada apa-apa ke??" Tanya Datin Aqilah prihatin. Diusap kepala anak tunggalnya itu penuh kasih.
"Nothing la ma. Penat je."
"Hmm.. okay, malam ni jangan lupa dinner kita, tahu?"
"Dinner?"
"Ha! Lupalah tu.."
Puas Ammar mengingat kembali. "Erkk.. Okay, maa.."
"Mama harap Amm bersedia." Sebelum keluar bilik sempat lagi mamanya berpesan.
"Bersedia untuk apa ma?"
Datin Aqilah hanya membalas dengan senyuman yang sukar dimengertikan oleh Ammar. Ammar kebingungan.
---
"Amm! Amm! Dah siap belum? Turunlah sekarang.. tetamu dah sampai niii.." jerit Datin Aqilah yang berada di tingkat bawah.
"Okay, ma! Sekejap!" Ammar menarik nafas dalam-dalam sebelum menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Baju Melayu cekak musang berwarna hitam yang dipakainya selepas solat Maghrib tadi di betulkan sedikit.
"Hah! Turun pun anak kita ni pa, bermake-up macam perempuan! Dahlah, jom kita makan ya? Kenal-kenal dulu dengan bakal besan kita." Ujar Datin Aqilah lagi sambil tersenyum simpul.
"Wait, apa ma?"
Dato' Adam dan Datin Aqilah terus berlalu ke meja makan. Ammar pula berjalan lambat-lambat di belakang papa dan mamanya.
Ammar mengambil tempat bersebelahan dengan mamanya. Lalu, matanya galak memerhatikan tetamu-tetamu di hadapannya itu. Ada tiga orang tetamu berada di situ. Ammar cuba mengamati wajah-wajah yand ada di situ, sampai di satu wajah, dia berhenti.
"Heii? Apa awak buat kat sini??"
"Hehe.." Tetamu itu tersengih.
Ammar mengangkat kening pula tanda dirinya tidak faham dan pelik dengan kehadiran Faziera di rumahnya.
Faziera membuat 'peace yow' sambil tersengih lagi.
"Kita makan dulu ya, Amm? Sekejap lagi kita bercerita." Dato' Adam cuba mengalihkan perhatian.
"Hah, jemputlah makan Farid, Khalida. Iera pun jangan memalu, makan banyak-banyak. Okay?" Pelawa Datin Aqilah sambil mensendukkan nasi ke dalam pinggan suami, anak dan tetamu-tetamunya.
"Terima kasih, Datin Aqilah." Faziera mengucapkan terima kasih.
"Eh, tak payah berdatin bagai. Panggil je mama. Lebih mesra!"
'Mama ni buang tebiat ke apa?' Bisik hati Ammar. Hatinya juga berdebar melihat sikap mamanya yang terlebih mengambil berat tentang Faziera sejak kebelakangan ini.
"Amm lunch kat mana sekejap lagi?" Tanya Datin Aqilah sesudah Ammar mengangkat panggilannya.
"Hmm.. tak pasti lagi, maa.. kenapa?"
"Jomlah kita lunch sekali? Mama ada kat luar ni. Papa Amm ada meeting dengan kawan dia. So, mama sorang-sorang ni."
"Hmm.. Amm baru ingat nak puasa harini.."
