PT11- Oh No!

4.3K 121 3
                                    

Vivi masih duduk termenung di dalam biliknya. Tiap kali dia nerasa sedih, dia akan cuba mengimbas kembali kekurangan dirinya. Lalu, dia berbalik kepada Yang Maha Esa. Hanya kepada Penciptanya dia boleh mengadu dan mencurahkan segala isi hatinya tanpa rasa malu.

"Allah.. Kau pupuklah hatiku supaya menerima Qada' dan QadarMu.. Kau kuatkanlah aku supaya redha dengan semua ketentuanMu. Dan.. Kau ujilah aku dengan kemampuanku." Doa Vivi setelah menunaikan solat sunat Hajat.

Vivi duduk berteleku di atas kerusi malas di dalam biliknya. Sejak kebelakangan ini, dia lemah dan mengalami demam. Mungkin tubuhnya mengalami kejutan dengan kejadian yang melandanya sejak kebelakangan ini.

Vivi mengurut dahinya cuba mengurangkan rasa sakit di situ. Tanpa disedari Vivi, Wani datang dan menggantikan tangannya untuk mengurut di dahi Vivi.

"Takpa, kau rehat je kay? Itu, aku ada bawakan jugak horlick suam untuk kau. Minumlah.. bagi tenaga sikit kat badan kau." Kata Wani perlahan.

Tidak lama selepas itu, telefon Wani berlagu nyaring. Wani meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut dan bergerak jauh dari Vivi.

Terdengar satu keluhan berat. Lepas satu, satu yang terjadi. Wani naik rimas. Dia kemudian menghampiri tubuh Vivi dan menyambung mengurut dahi serta bahu Vivi. Muka Wani jelas runsing dan berkerut.

"Kenapa?" Tanya satu suara yang amat dikenali Wani.

"Takda apa, V. Biasalah, pakwe aku buat hal." Dia cuba menyembunyikan.

"Kau jangan tipu aku, Wani. Aku kenal kau, kau mana ada pakwe." Vivi meraup wajahnya. Jelas riak diwajahnya yang dia sedang bersedih sekarang.

"Heee.." Wani tersengih.

"Encik Luq ada cari kau ke? Pasal performance tu?"

"A'ah." Balas Wani lambat-lambat.

"Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal? Berapa kali dah dia call kau? Ugut kau?"

"Termasuk ni dah 3 kali."

"Wani, kenapa kau tak bagitahu aku? Kau tahukan dia tu macam mana? Dia takkan nak dengarnya alasan kita ni. Bila rancangannya? Live kan?"

"Sorry, aku kesian tengok kau. Aku tak sanggup nak bagitahu kau. A'ah, rancangan tu live. Kau kena nyanyi, macam yang diorang mintak." Terang Wani kalut.

"Menyanyi?" Vivi tercengang. Namun, dia cuba kuatkan hatinya. Lupakan Ammar! Andaiannya, jika dia sibuk dengan kerja pasti mudah untuk dia melupakan Ammar.

"Ya, kau boleh kan?"

"Hmm.. Bolehlah." Vivi balas lambat-lambat.

"Kau okay tak ni? Just take your time, stabilkan diri tu dulu, lagipun lambat lagi rancangan tu.. Jangan sebab kau takut untuk hilang kerja kau ni, sampai kau tak jaga diri kau. Aku tak suka.."

"In Shaa Allah, aku okay. Just treat me as usually." Vivi bingkas bangun menuju ke ruang mandinya untuk membersihkan diri.

"Aku harap kau okay je, V. Aku sayang kau. Tabahkan hati kau. Moga kau ketemu cinta sejati kau nanti." Bisik Wani.

sudah beberapa kali dia menolak tapi, pihak-pihak yang tidak memahami terus-terusan memaksanya. Malah, mengugut untuk menyaman Vivi jika Wani cuba mengelak lagi. Dia buntu.

Mahu memaksa Vivi? Wani kasihan melihat keadaan Vivi sekarang. Tapi, dia juga kasihan jika Vivi ditimpa lagi masalah lain. Wani melepaskan keluhan yang amat berat. Berat, seberat-beratnya.

...

Tiba malam yang dinantikan, rancangan live. (Konon je kayy)

Vivi kelihatan cantik mengenakan dress hitam labuh dan bertudung bewarna silver. Dia duduk bersama Wani menunggu gilirannya untuk membuat persembahan di acara tersebut.

"Di jemput pula, Cik Vivi Syabilla supermodel dan pelakon terkenal kita untuk membuat persembahan lagu yang bertajuk 'Oh No' dari Tasya Mansyahar. Dipersilakan.." Pengacara menjemput.

Vivi pantas bangun lalu, mempersiapkan diri untuk membuat persembahan. Semua tetamu tertanya-tanya, bolehkan Vivi si supermodel dan pelakon terkenal menyanyi?

Namun, yang lebih pelik, Vivi tertanya-tanya kenapa dirinya memilih lagu tersebut. Kenapa ek?

Tetapi, semuanya terpegun apabila melihat Vivi berada di tengah-tengah pentas tersebut. Lagi-lagi, apabila melihat Vivi memakai tudung menutup rambutnya yang ikal mayang itu. Cantik dan manis sahaja.

Ya, sebelum ini Vivi tidak bertudung. Disebabkan dia mahu mencari 'diri'nya semula, dia mengubah dirinya ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah..

*check media*

Sedar aku yang salah
Buta memilih cinta
Hancur naskhah hatimu
Maafkan aku

Opening lagu Oh No bermula, semua terdiam memberi perhatian.

Silap aku yang tidak setia dengan dirimu
Sedar aku yang salah
Maafkan aku

Oh sayang
Dengar dulu penjelasanku
Sebelum aku kehilanganmu
Riak wajahmu aku tahu
Sinar matamu semakin layu
Ku cuba beri segalanya
Tanpa ku sedar kau terluka
Maafkan aku, aku merayu..

Lama-kelamaan, Vivi seakan-akan mendalami lagu itu sehingga dia menangis semasa menyanyikan lagu tersebut.

Oh no, Oh no
Jangan tinggalkan ku
Oh no, Oh no
Jangan pergi dulu

Setitik demi setitik, air mata Vivi mengalir mengiringi nyanyiannya. Seakan-akan bait lirik tersebut adalah luahan rasanya supaya Ammar tidak pergi meninggalkannya. Namun, semuanya sudah terlambat. Ammar sudah pun menjadi milik orang lain!

Maafkan semuanya silapku
Bukan niat aku begitu
Oh no, Oh no
Jangan tinggalkan ku

Sukar merungkai mimpi
Entah apa aku cari
Sukar buat pilihan
Mana aku tidak pasti
Berikan aku peluang bersamamu
Berikan aku peluang maafkan ku
Sukar ku hadapi tanpa kamu di sisi

Oh no, Oh no
Jangan tinggalkan ku
Oh no, Oh no
Jangan pergi dulu

Maafkan semuanya silapku
Bukan niat aku begitu
Oh no, Oh no
Jangan tinggalkan ku

Usai dia menyanyikan lagu tersebut, tepukan gemuruh diberikan kepadanya. Penonton juga saling bercerita sesama mereka mengenai Vivi yang terlampau menghayati lagu tersebut.
Kontroversi mungkin.

---

"V, persembahan kau malam tu jadi viral seyhh.. Ni ha, ramai yg call aku minta kau nyanyi lagu yang mereka buat. Guano ni?"

"Sorry, Wani. Aku rasa aku nak stop jadi pelakon and model semua. Aku nak jadi diri aku yang sebenar." Balas Vivi lembut. Dia sudah tenang. Tenang, setenang-tenangnya.

"What?! Betul ke ni?" Wani kaget.

"In shaa Allah, doakan aku.."

"Alhamdulillah.. Okay, V. Aku tetap sokong kau!"

"Dengan imej yg aku bawak sekarang ni, aku akan lebih berjaga-jaga. Habis je pengambaran cerita Encik Aris tu, aku akan berehat. Kau bolehlah, try apply kerja lain pulak. Aku taknak susahkan kau dah." Bergenang air mata Vivi. Berat rasa hatinya untuk melepaskan Wani tapi, apakan daya.

"V, tak maulah cakap macam tu. Kau kan sahabat aku. Aku takda orang lain dah selain kau. Kau sahabat aku. Kau family aku. Kau partner in crime aku. Kau jugaklah 'peneman hidupku'. Tanpamu, aku rinduu.." Dalam sedih, sempat lagi Wani berjenaka. Mereka saling berpelukan melepaskan rasa dihati. Ikatan persahabatan mereka yang sudah lama terjalin membuatkan mereka sukar berpisah.

"Aku sayang kau!"

"Aku sayang kau jugak, V! Ke mana pun kau pergi, aku pasti akan ikut." Wani tersenyum bahagia.

"Terima kasih, sahabat."

...

Video Vivi menyanyi itu menjadi viral dan sampai ke pengetahuan seseorang.

Siapa?

Putus TerpaksaWhere stories live. Discover now