PT44

1.9K 60 3
                                    

Vivi dibantu oleh Wany untuk menyiapkan meja. Mak Yah pula sibuk mengisi lauk dan hidangan lain di dalam mangkuk kaca. Almaklumlah, tetamu jauh nak datang jadi, dia mahu kelihatan special.

"Pinggan dan cawan lagi kat mana?" Tanya Vivi apabila mengira pinggan dan cawan tidak mencukupi.

"Ramai sangat ke tetamu kita ni V? Tak cukup ke set pinggan yang ada tu?" Wany masih menyoal.

"Jangan banyak soal, pergi cari set pinggan dan cawan mak yang corak bunga-bunga merah tu. Mak ada simpan dalam kabinet tepi peti ais tu. Jangan lupa bilas dulu dan lap. Kalau di ikutkan jumlah tetamu kita, memang tak cukup pinggan yang kita biasa pakai tu." Mak Yah mencelah.

Soalan Wany terjawablah sedikit oleh Mak Yah.

"Mujur meja makan ni muat.."

"Kalau kita duduk bawah pun takpe, Mak Yah. V tak kisah. Lagi seronok. Tapi,.." Vivi teringat sesuatu.

"Takpe, Mak Yah faham. Tapi, maaflah rumah Mak Yah ni tak besar mana."

"Besarlah ni jugak. Luas! Boleh lari-lari.. Hahaha.." sempat Vivi bergurau.

"Kamu ni, V. Ada-ada saja.. Pukul berapa diorang nak sampai?"

"Sekejap lagi sampailah tu. Nak dekat berbuka dah ni."

"Yelah.."

"Bukan Ayie dengan umi ke tetamu kita, mak??" Wany kira tetamu yang dirahsiakan oleh Vivi dan maknya itu adalah Ayie dan umi sekeluarga.

"Apa pulak Ayie dengan umi. Bukanlah!" Vivi tergelak kecil. Ni mesti kat dalam fikiran penuh dengan Ayie, Ayie, Ayie!

"Kita tunggu dan lihat jerlah, ya Wany. Bawakkan bersabar dan istighfar bebanyak. Sekejap lagi sampailah tetamu kita tu."

"Diorang dah ada dalam kampung ni, sekejap lagi sampailah tu." Kata Vivi teruja.

Tiba-tiba, masuk sebuah kereta BMW 7 series berwarna hitam di perkarangan rumah Mak Yah. Vivi tersenyum lebar kerana dia amat mengenali pemilik kereta tersebut. Dia menunggu tetamunya keluar daripada kereta dengan hati yang berdebar-debar.

"Assalamualaikum.." sapa si tetamu.

"Mama!" Vivi berlari menghampiri si tetamu yang di nantinya. Vivi pantas bersalaman dan berpelukan dengan Mama Suzannenya.

"Mak, orang macam pernah nampaklah perempuan yang V salam dan peluk tu. Tapi, siapa ya??" Wany tertinjau-tinjau untuk melihat tetamu yang disambut oleh Vivi itu.

"Tu mungkin mak sedara Vivi, cantik macam orang puteh.." omel Mak Yah.

"Aikk.. Auntie Suzanne ke? Sejak bila?" Wany terkejut melihat perubahan mak sedara kawan baiknya itu.

Keluar pula seorang lelaki separuh abad yang sangat dirindui oleh Vivi. Vivi bersalaman dan mengucup lama tangan ayahnya itu.

"Ayah apa khabar??"

"Alhamdulillah, ayah baik-baik saja.."

"Ehemm, ehemm.. Assalamualaikum.." tegur satu suara pula.

"Stella!!!" Jerit Vivi sambil berlinangan air mata. Dia memeluk erat kakak kembarnya itu. "Stella dah pulih??"

"Bella tengok Stella macam mana??"

Vivi masih juga menangis. Dia menjadi serba salah apabila teringatkan kisah lalu. Jika ada masalah, dia selalu sahaja memilih untuk melarikan diri daripada menghadapinya. Itulah Vivi Syabilla!

"Hey, apa ni nangis-nangis? Kita jumpa nak happy-happy kan?" Stella tersenyum bahagia. Dia mengeratkan lagi pelukan Vivi.

"Bella minta maaf." Vivi mengucup tangan Stella. Menitis air matanya di tangan Stella.

Putus TerpaksaWhere stories live. Discover now