Seminggu selepas itu..
Ammar seperti hilang punca. Vivi Syabilla betul-betul sudah meninggalkannya. Ternyata di dalam mimpinya itu bukanlah Vivi Syabilla. Bukan bekas kekasihnya itu.
Ammar sedang duduk di atas satu kusyen lembut sambil tangannya berjabat dengan seorang lelaki seperti tok imam. Dia sempat menjeling ke arah kanannya. Kelihatan seorang perempuan cantik berpakaian putih bersih sedang duduk memerhatikannya disebalik purdah yang menutupi separuh dari wajahnya.
"Cantik.." puji Ammar di dalam hati.
Ammar meraup wajahnya kasar. Berkali-kali bayangan wajah yang memakai purdah di dalam mimpinya bermain di fikirannya. "Ya Allah, kau pertemukanlah aku dengan si pemilik mata yang cantik itu. Jika bukan Vivi Syabilla, siapa dia, Ya Allah? Kau tunjukkanlah kebenarannya.."
Lalu, terdetik satu nama di fikirannya. Lantas, di dail nombor pembantu peribadinya itu untuk bertemu.
"Bos, ada apa ajak saya keluar lunch ni?" Tanya Faziera sambil menyuap makanannya. Semenjak pertemuan keluarganya dengan keluarga bosnya, dia menjadi sedikit kekok apabila berhadapan dengan Ammar.
"Saya ada benda nak tanya awak ni, Faz."
"Aikk, bos ni. Macam serius ja! Haha.. takut saya." Faziera tersengih.
"Do you like me?"
Faziera terdiam, dia tidak memberikan sebarang reaksi. Lama mereka berkeadaan begitu. Tiba-tiba, Faziera tergelak besar. "Bos sihat tak?" Masih bersisa tawanya.
"Sihat. Saya tanya serius ni, Faziera."
"Hahahaha.. bos ni, lawaklah!"
"Susah sangat ke nak jawab suka atau tidak??" Terangkat kening Ammar.
"Takdelah bos. Tetiba ja tanya soalan pelik. Aduyaii, kelakarlah bos ni.." Faziera malu sebenarnya apabila di soal begitu.
"Saya nak tahu perasaan awak pada saya. Awak suka saya tak?" Berkali-kali pertanyaan itu di soal.
"Hahaha.. masih kelakar!" Faziera masih tergelak, dia tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Mungkin orang di sekitar situ memikir Ammar sedang membuat lawak jadi, Faziera ketawa dengan galaknya.
Namun, reaksi Ammar yang semakin serius membuatkan Faziera perlahan-lahan memberhentikan tawanya.
"Opps! Sorry bos.."
"Kelakar sangat ke?" Dengan sinisnya Ammar bertanya.
Faziera tersengih. "Alaa boss.. sorry lah." Tanpa di duga, sudu yang dipegang oleh Faziera terlepas dari pegangan tangannya. "Opps, sorry.." Faziera menunduk mengambil sudu yang berada di bawah meja sambil matanya tepat memandang Ammar yang sedang memerhatikan tingkah lakunya itu.
Ammar terpana saat melihat wajah Faziera yang separuh di hadapannya ketika ini.
Anak mata Faziera tepat menikam renungan mata dari Ammar. "Kenapa bos?" Terbit soalan itu dari bibir Faziera. Dia kembali membetulkan posisi duduknya apabila berjaya menjumpai sudu yang terjatuh tadi.
"Tak mungkin.." bisik Ammar namun, dapat didengari oleh Faziera.
"Aikk, apa yang tak mungkin?"
Ammar kembali serius. "So?"
"So? So apa bos?" Faziera jadi keliru dengan tingkah Ammar di saat ini.
"Awak suka saya tak??"
"Erkk.. Ss-suka." Lambat-lambat Faziera membalas. Ya, dia memang sukakan Ammar tetapi, dia hanya mampu memendam perasaan disebabkan dia tahu siapa yang bertakhta di hati Ammar.
"Okay, bulan depan kita kahwin!"
"What, bos??!"
---
Tergempar di media massa apabila anak tunggal Dato' Adam akan berkahwin dengan PAnya sendiri.
Berita itu sampai ke pengetahuan Vivi yang di maklumkan oleh pengurusnya a.k.a kawan baiknya sendiri.
"Kau okay tak ni, V?" Tanya Wani setelah dia menceritakan segalanya kepada Vivi.
"Aku okay. Erkk, harini kita ada apa-apa tak?" Vivi cuba mengalihkan perhatian dan fikirannya. Actually, lebih kepada melupakan berita yang diketahuinya sebentar tadi.
"Takda." Balas Wani pendek. Serba salah jadinya.
"Okay, kalau ada sesiapa cari aku, cakap kat diaorang aku nak berehat. Kau baliklah dulu.." Vivi sudah tidak tentu arah. Namun, dilemparkan juga senyuman tawar pada kawan baiknya itu.
"Kau nak pergi mana?"
Pertanyaan dari Wani tidak disambut oleh Vivi. Sebaliknya dia hanya berdiam diri.
"Hmm.. Okay, hati-hati. Jaga diri. Kau jangan buat hal tak tentu arah pulak!" Pesan Wani sebelum berlalu pulang.
Vivi memandu tanpa arah tujuan. Air mata sedia menemaninya. Perasaan sakit hatinya yang disimpan sedari tadi tidak dapat dibendung lagi. Lalu, dilampiaskan semuanya apabila dia bersendirian.
'Kenapa kau menangis?'
"Sakit hati!"'Tapi, bukan ke ini yang kau minta?'
"Aku tak minta dia bersama yang lain!"'Kau sayang Ammar??'
"A-aku.. aku sayangkan Ammar. Sayang sangat-sangat.." rintih Vivi kuat.'Kau tipu!'
"Tidak!"'Tipuu..'
"Tidakk!!"'Habistu, kenapa kau buat dia macam tu?'
"Aku terpaksa.."'Kau EGO, V! EGO!!'
Berulang-ulang kali Vivi memukul stereng keretanya agar terlepas semua amarahnya. Perkataan EGO masih mengganggu fikirannya.
Vivi lemas dalam kelutan perasaannya sendiri.
"Egokah aku??"
*****
Last Edited : 10 November 2017
