PT29

3.2K 80 7
                                    

"V??"

"Kau dah sedar? Macam mana rasa? Kau okay tak ni? Kalau tak, kita pergi hospital." Wany cemas.

"Haa? Kita kat mana ni?" Dalam mamai Vivi bertanya. Kepalanya  masih lagi berpusing. Jadi, Vivi hanya bersandar sahaja di kepala katil.

Mata Vivi meliar melihat keadaan sekelilingnya. Rupanya dia hanya bermimpi. Mimpi yang dia sendiri tidak tahu apakah petandanya. Sudah sekian lama dia tidak mengalami mimpi itu. Tetapi, sekarang mimpi itu muncul lagi.

"Kita kat rumah auntie kaulah.. kau kenapa pengsan ni? Tak sihat ke? Dah lama kau tak macam ni. Buat aku risau jelah.." kata-kata Wany, melenyapkan fikiran Vivi yang menerawang tadi.

"Aku mimpi lagi.."

"Kau mimpi apa pulak kali ni?" Tanya Wany penuh minat.

"Kali ni mimpi tu makin jelas. Tangan aku penuh dengan darah. Kepala aku pulak makin lama, makin sakit.. Sakit yang aku rasa tu memang real sangat. Wajah budak kecil tu pun makin jelas. Tapi, aku tak dapat pastikan lagi dia tu siapa." cerita Vivi sambil memegang kepalanya yang masih lagi berdenyut.

"Mimpi jer tu. Dah, tak payah pikir sangat. Kau rehat je okay? Aku pergi ambil bubur satt untuk kau. Tunggu sini.." arah Wany. Setelah itu, dia menghilang.

Vivi mengangguk tanda mengerti. Sebenarnya, mimpi tadi masih lagi bermain di fikirannya.

'Siapa budak tu? Kenapa aku tak ingat apa-apa?'

"Arghhh!!!" Jerit Vivi.

Terkocoh-kocoh Wany masuk bersama auntie Suzanne yang membawa semangkuk bubur dan segelas air.

"Vivi, kenapa ni?!"

"V, kau okay tak?!"

"Sorry.."

"Kau buat kami risau jelah jerit-jerit macam tu. Haishh.. terkejut aku tadi! Nak tercabut jantung aku ni, tau?"

"Vivi macam mana? Dah okay?" Tanya auntie Suzanne prihatin sambil membelai ubun Vivi.

"Pening sikit." Balas Vivi perlahan.

"Mari, mama suapkan bubur.." kata auntie Suzanne sambil menghulurkan sesudu bubur ke arah Vivi.

Vivi menggeleng lemah.

"Makanlah, sikit jerr.." pujuk auntie Suzanne lagi.

"V, kau jangan nak degil sangat eh? Dari siang tadi kau tak makan lagi kan? Karang kena gastrik kangg.."
Opps!

"Apa? Vivi tak makan lagi??" Mata auntie Suzanne sudah mencerlung ke arah mereka berdua. "Makan sikit jer. Alas perut tu, karang masuk angin. Lagi susah.." pujuknya lagi. Kali ini Vivi kalah. Dia teringat akan ibunya yang suka menyuapkan bubur untuknya sewaktu dia sedang sakit.

"Ibuu.." tangis Vivi dan tanpa di sedarinya, dia telah memeluk auntie Suzanne.

"Shhh.. sabar sayang.." pujuk auntie Suzanne lagi.

Seakan terpujuk hati Vivi apabila memeluk auntie Suzanne. Dakapannya seakan-akan sama dengan arwah ibu Vivi.

'Ibu, V rindu..' bisik Vivi perlahan.

-----

Auntie Suzanne tersenyum melihat mangkuk bubur Vivi licin. Kuikuii..
"Alhamdulillah.. habis juga bubur ni." Auntie Suzanne meletakkan mangkuk bubur itu di atas meja. "Mama rasa kamu berdua pun dah penat sangat. Lepas makan, eloklah masuk berehat dulu. Mari, mama tunjukkan bilik.."

Vivi merenung wajah auntie Suzanne dalam-dalam. Wajahnya memang mirip arwah ibu Vivi. Terubat sedikit rindu di hatinya.

"Auntie, bukan ke kami stay bilik ni je?" Tanya Wany sambil tersengih.

Putus TerpaksaWhere stories live. Discover now