PT16-Sama

3.5K 95 3
                                    

5 tahun yang lalu..

"Vivi, duduk sekejap. Ayah nak bercakap dengan kamu ni." Dato' Harun memanggil Vivi.

"Ada apa? Cepatlah cakap! Orang nak keluar ni."

Sejak kehilangan ibu, Vivi menjadi kurang ajar dengan ayahnya. Dia juga berubah sikap dari seorang yang manja kepada seorang yang liar dan kasar.

Vivi hilang tempat untuk bergantung dan bermanja kasih. Ayahnya terlalu busy, sampaikan tiada masa untuk bersama familynya. Membuatkan hubungan Vivi dengan ayahnya menjadi semakin renggang.

"Kenapa dengan kamu ni, Vivi? Keluar lewat malam, balik tengah pagi. Ayah tak suka tengok kamu macam ni. Kamu dah liar!"

"Hahaha.. Hebat!" ucap Vivi sinis sekali sambil bertepuk tangan. "Orang ingat ayah tak peduli pun pasal orang hidup ke, mati ke kat dalam rumah ni." tambahnya lagi semakin sinis.

"Vivi! Jangan kurang ajar!!" Dato' Harun sudah berdiri menahan amarahnya. Suaranya juga semakin meninggi.

"Siapa kurang ajar? Vivi atau ayah?" Vivi pula berdiri. " Sebelum ni ayah tak ambil kisah pun pasal Vivi dan ibu kat dalam rumah ni. Ayah busy kejar kerja ayah tu, syarikat ayah tu, title 'Dato' ayah tu.. Sampai ibu sakit, ayah tak peduli pun. Ibu tanggung semua derita dia sorang-sorang sampai hujung nafasnya.. Ayah kisah ke? Vivi tak nampak pun ayah kisah sedangkan ayah sendiri masa tu kat luar negera uruskan projek syarikat ayah tu.  Sudahlah ayah, Vivi malas nak bukak kisah lama, Vivi dah lifeless.. Takda sesiapa pun takpa.. " Vivi segera beredar meninggalkan ayahnya yang terkulat disitu.

Datang pula Mak Mah dan Pak Ali yang sedari tadi hanya mendengar dari dapur. Mereka cuba untuk menenangkan Dato' Harun.

"Sabarlah Dato', jiwa orang muda memang macam tu. Sebab tu cakap kita depa taknak dengaq." ujar Pak Ali.

"Pak Ali, Mak Mah.. Tolong tengok-tengokkan Vivi tu masa saya takda ya? Saya taknak dia terpesong lebih jauh lagi.."

"In shaa Allah, Dato'.." balas Mak Mah pula.

***

Dato' Harun duduk termenung di dalam wad yang di diami Vivi terkenangkan kisah lama. Vivi masih juga belum sedar sejak dia kemalangan semalam. Respon doktor hanya meminta untuk dirinya terus bersabar, berdoa, bertawwakal kepada Allah dan menunggu Vivi sedar.

Satu deringan telefon membingitkan suasana. Dato' Harun menjawab panggilan. Sesudah itu dia mengeluh pula.

"Mak Mah, tolong jagakan Vivi. Saya ada urusan sekejap." pinta Dato' Harun tergesa-gesa.

"Tuan nak pergi lama ke?"

"Mungkin lama. Ada hal penting yang saya perlu uruskan." sesudah itu, Dato' Harun terus beredar.

Vivi pula tiba-tiba sahaja, tersedar. "Masya Allah, Vivi. Kamu dah sedar nak?" Mak Mah terus meminta Pak Ali memanggilkan doktor untuk menge'check' keadaan Vivi.

"Alhamdulillah, semuanya baik. Cik Vivi juga tak mengalami kecederaan serius pun. Cuma mungkin dia mengalami kejutan sebab tu dia tidak sedarkan diri semalaman. In shaa Allah, esok dia boleh keluar wad dah." ujar Doktor Khairiati sambil tersenyum.

"Alhamdulillah, Vivi. Mak Mah bersyukur sangat kamu takda apa yang serius." kata Mak Mah ceria.

"Tapi, ayah masih sama.." ujarnya lemah sambil air mata berguguran. Sebenarnya Vivi terdengar panggilan telefon ayahnya tadi. Ternyata semua tanggapannya benar belaka. Ayahnya lebih sayangkan kerja berbanding dirinya sendiri. Sama keadaannya seperti ibunya masih hidup dahulu.

"Sabar ya, Vivi." Pak Ali dan Mak Mah tidak mampu berbuat apa-apa apabila Vivi meminta mereka untuk keluar dari wad tersebut.

"Wani, kau ambil aku ya kat hospital. Sekarang!" ucap Vivi selepas panggilannya di jawab oleh Wani.

*****
Alhamdulillah.. Dapat update dua chapter untuk minggu ni. Mungkin lepas ni akan lambat untuk update yang seterusnya. Jadi, harap pembaca suka. Hehe..

Terima kasih daun keladi yaa. 😘😘😘
Stay vote and comment kay? 😊

Putus TerpaksaWhere stories live. Discover now