Kini, sudah masuk sebulan Ammar dan Faziera bernikah serta menjalani hubungan suami isteri yang 'suam-suam kuku'.
(Ammar POV)
Usai solat Subuh, aku duduk mengambil angin sambil menikmati udara pagi di balkoni rumahku. Faziera pula sedang menyediakan sarapan untuk kami berdua.Sayang? Abang? Semuanya hanya lakonan semata-mata. Akal waras meminta aku akur pada takdir tapi, jauh di sudut hati masih tetap setia pada cinta pertamaku, Vivi.
Cinta pertama yang seharusnya menjadi cinta terakhir bagiku. Namun, semuanya lenyap setelah aku menerima akad Faziera. Bukan mudah untuk aku melupakan walaupun, berkali-kali aku cuba.
Aku khilaf.
Aku tersilap.
Ternyata, aku hanya menipu diri sendiri. Kerana cinta, aku menjadi buta. Kerana sakit di hati, aku melukakan perasaan orang-orang sekelilingku. Termasuk perasaan Faziera.
"Maaf."
-----
(Flashback Malam Perkahwinan Ammar & Faziera)
Selesai mandi, Faziera melihat Ammar duduk termenung merenung sesuatu di telefonnya. Dia risau andai Ammar melihat video nyanyian Vivi yang menjadi viral tersebut.
"Erkk! Awak tengok apa?"
"Ehh, dah siap?" tanya Ammar teragak-agak setelah menyedari kehadiran Faziera dibelakangnya. Pertanyaan di balas pertanyaan oleh Ammar. Dia segera meng'off'kan telefonnya.
"Dah.. Awak nak apa-apa? Air panas ke?" Faziera juga kelihatan janggal. Insan yang selalunya di panggil 'bos' sekarang, sudah menjadi suami sahnya. Mimpi yang realistik.
"Its okay. Tadi, saya dah turun ambil sendiri masa awak tengah mandi." Ammar tersenyum janggal. Andai yang dihadapannya itu adalah Vivi pasti situasinya tidak jadi begini.
Janggal.
Sepi."Ohh.. Okay." balas Faziera pendek.
"Sorry pasal tadi. Saya saja nak bergurau.." Ammar tersengih menutupi rasa janggalnya.
'Jadi, tadi semuanya hanya gurauan semata-mata? Sudahlah Faziera, jangan bermimpi! Ingat, hati dia tu milik orang lain..' pujuk hati Faziera.
Ammar menghirup air nescafe panas yang diambilnya tadi sedikit demi sedikit. Dia menjeling ke arah Faziera yang sedang termenung jauh itu. Ada riak sedih di matanya.
"Okay?" soal Ammar sambil memandang ke dalam mata Faziera.
"Oo-okay. Saya mengantuk, nak masuk tidur dulu bolehh?" Faziera cuba mengelak dari bertentang mata dengan Ammar. Seboleh-boleh hatinya ingin menolak puing-puing cinta yang mulai terbit itu. Faziera lantas berpaling menuju ke katil tidur mereka.
"Haa? Aaa... Oo-okayy.. " Ammar juga tergagap membalasnya. Dia pun turut bangun dan menyimpan telefonnya di dalam poket seluar.
"Erkk.. Aa-awak nak perr-gi mann-na?"
"Nn-nak pergi.. pergi.. aaa.. Nak pergi sana!" teragak-agak Ammar membalas sambil menunjuk ke arah bilik air yang bertentangan dengan katil tidur mereka. Entah dia tak tahu apa yang bakal terjadi nanti. Dia perlu menenangkan dirinya terlebih dahulu. Dia juga cuba meyakinkan bahawa dia boleh melupakan cinta pertamanya itu walaupun mengambil masa yang lama sekalipun.
Faziera melepaskan keluhan yang berat apabila pasti kelibat Ammar hilang di sebalik bilik air itu. Fikirannya berperang diantara perasaannya dan perasaan sebenar Ammar. Dia tahu, tidak mudah bagi Ammar untuk melupakan Vivi. Jadi, dia perlu memujuk hatinya supaya melupakan hasrat untuk meraih cinta dari Ammar. Faziera berpura-pura melelapkan matanya apabila perasan kelibat Ammar baru keluar dari dalam bilik air.