PT30

3.4K 79 4
                                    

"Saya baru nak berehat ni layan tetamu istimewa dari abang!" Kata Suzanne ceria.

"Hahaha.. tetamu istimewa? Haii.. siapa pulak ni Su?" Balas Dato' Harun tertanya-tanya.

"Seriously, Su rasa nak pengsan dah tadi. Mujur Su tak over-react.. buat malu je kat anak abang! Hishh.. abang pun satu, ada ke patut buat surprise gitu?"

"Eh, Su.. apa yang Su cakap ni? Abang tak fahamlah.." dalih Dato' Harun. Sungguh dia tidak faham.

"Vivi ada tu baru masuk rehat dengan kawan dia.."

"Vivi??! Maksud Su??"

"Eh, abang ni! Dia yang buat surprise dia tak tahu."

"No, no, Su. Seriously, i'm really dont understands, what are you talking about right now??"

"Its about Vivi Syabilla! She's here! I'm so, so exciting.. Tak sangka dapat jumpa dia juga akhirnya.." teruja sekali suaranya. Senyuman juga tidak lekang di bibirnya.

"Vv-vivi what?!"

"Vivi Syabilla! Why, abang??"

"Su.. Su dah bagitahu ke pasal dia??" Dato' Harun bertanya panik. Dia takut dengan segala kemungkinan yang bakal dia hadapi nanti.

"Belum.. Su ingat nak bagitahu tadi tapi, nampak macam diorang letih sangat. Tak sampai hati pulak nak bagi kejutan lain.." rahsia perihal Vivi pengsan tadi disimpan rapi. Semuanya atas permintaan Vivi sendiri.

"Vivi okay ke lepas tahu pasal Su?"

"Su rasa biasa jer. Dia memang jenis pendiam macam tu ke, bang?"

"Dia tak cakap banyak kalau dengan abang. Dengan orang lain pulak, abang tak berapa pastilah. Tapi, kalau dengan arwah ibu dia, dia jenis yang manja.." Cerita Dato' Harun sambil terkenang kisah Vivi apabila bersama arwah isterinya. Mereka sungguh bahagia sekali pabila bersama. Pemilik bahagia yang tiada kesudahan.

"Dia lebih banyak berdiam. Tapi, Su dapat rasa dia terkejut lepas tahu siapa Su. Yelah, wajah Su dengan arwah ibu dia kan ada iras. Dia nampak macam sedih. Mungkin sebab dia terlalu rindukan arwah kak Safira kot.. kesiannya dia, bang.." adu Suzanne. Dia juga menahan rasa sedihnya.

"Su, Su dengar cakap abang ni, ya? Jangan cerita apa-apa dulu pada dia. Abang taknak Vivi tahu. So, please.. i'm begging you.."

"Sampai bila nak simpan? Lambat-laun Vivi akan tahu jugak, bang.."

"Sekarang ni bukan masa yang tepat untuk ceritakan segalanya pada Vivi."

"Hmm.. habistu bila? Bila sesuainya?" Desak Suzanne. Beban yang di rasa juga tidak tertanggung lagi. Rahsia ini sudah di simpan lama. Bila-bila masa sahaja akan terbongkar

Dato' Harun hanya terdiam. Fikirannya semakin bercelaru akibat di desak begitu.

-----

"Vivi??!"

"Auntie?!"

"Vivi dan Wany buat apa kat sini??" Auntie Suzanne sangat terkejut melihat Vivi berdiri berhampiran katil itu.

'Jangan-jangan, Vivi dah perasan..' bisik Suzanne sendirian.

"Maafkan kami, auntie. Kami masuk sini tanpa izin auntie." Ucap Wany serba salah. Dia menunduk kerana takut di marahi.

Auntie Suzanne menghampiri mereka berdua dengan wajah yang sukar ditafsirkan.

"Mari, kita keluar?" Ajak auntie Suzanne cuba berdalih. Dia cuba mengalihkan perhatian Vivi dari terus melihat pesakit itu.

Putus TerpaksaWhere stories live. Discover now