PT19-Ikan Masin

4.1K 100 4
                                        

Tiba sahaja hujung minggu, pasti Ammar akan menjadi bosan. Mungkin bagi semua orang, hujung minggu adalah hari untuk beristirehat bersama keluarga yang tersayang. Namun, tidak bagi Ammar. Dia seorang yang workholic jadi, dia akan mudah merasa bosan jika terpaksa duduk diam tanpa berbuat apa-apa.

Pada awal-awal pagi lagi, Ammar akan keluar untuk berjogging memanaskan badan. Kemudian, dia akan pulang dan  merajinkan diri mengemas rumah walaupun tidak dipinta oleh Faziera. Sesudah itu pula, dia membantu Faziera menyidaikan pakaian di ampaian. Suami mithali sangat!

"Terima kasih.." ucap Faziera kepada Ammar sambil tersenyum manis.

"Untuk apa pula?"

"Sepanjang 3 bulan kita berkahwin ni, awak mesti takkan missed untuk tolong saya buat semua kerja rumah setiap hujung minggu.."

"Ohh.. Saya cuma nak menolong jer. By the way, most welcome!"

"Sebagai ganjaran, awak nak makan apa malam karang?"

"Nasi goreng ikan masin boleh?" balas Ammar teruja. Sudah lama dia tidak makan hidangan kesukaannya itu.

"Ikan masin? Saya rasa kita takda stok ikan masin kat rumah."

"Siapa cakap takda? Saya simpan kat 'port' baik punya laa.. Tengok?! Awak pun tak jumpa saya simpan kat mana kan? Hehe.." Ammar tersengih sambil mengeluarkan ikan masin yang dibungkus elok yang diletakkan di dalam peti ais.

"Saya tak pernah bongkar, sebab tu tak jumpa kot."

"Takpela, takdalah kantoi orang macam saya ni suka makan ikan masin, kan?" Ammar tersengih lagi. "Eh, awak jangan bagitahu orang lain pulak, tahu?" pesan Ammar lagi.

"Baik, bos!" Faziera turut tersengih dan memberikan tabik spring pada Ammar.

"Okay, good!" lalu, Ammar pantas mengucup dahi Faziera membuatkannya terdiam. "Hadiahh.." bisik Ammar sebelum berlalu pergi.

-----

Setelah bangun dari tidur petang, Ammar curi-curi memerhatikan gaya Faziera yang sedang memotong sesuatu di dapur. Sambil bercekak pinggang, Faziera seperti sedang tekun melihat sesuatu di telefonnya.

"Tahu tak nak masak macam mana?" tanya Ammar membuatkan Faziera terkejut.

"Ishh.. Terkejut saya! Saya tengah try cari resepi nasi goreng tu kat internetlah ni. Saya tak pernah masak so, risaulah tak sedap pulak awak rasa nanti." balas Faziera panjang lebar. Keningnya juga turut berkerut seperti terlalu memikirkan sesuatu yang amat berat.

'Comel!' bisik Ammar sambil tersenyum.

"Saya nak awak masak guna hati.." ucap Ammar sambil tersenyum manis ke arah Faziera.

"Tapii.." Faziera menjadi cemas. 'Kalau tak sedap nanti macam mana?'

"Kalau taknak guna hati, guna kasih sayang awak pun dah okay." lalu, Ammar pun beredar meninggalkan Faziera yang jelas blur-blur di situ.

-----

"Faziera.. Faziera.. Hahaha.. Comel!" bisik Ammar perlahan sambil melihat gelagat Faziera di dapur. Lama-kelamaan, tawa kecil Ammar tercetus melihat gelagat Faziera yang berhempas pulas memasak nasi goreng ikan masin yang di pintanya tadi.

"Awak gelakkan apa?" tanya Faziera yang terkejut dengan kehadiran Ammar.

"Gelak? Mana ada! Ss-saya nak minum airlah!" terkocoh-kocoh Ammar membuka peti sejuk lalu, meneguk sebotol air.. "Apa ni? Kenapa masam?" tersembur air yang ditelannya tadi akibat terkejut dengan rasa yang pelik itu. Actually..

Putus TerpaksaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang