PT57

1.9K 54 3
                                        

"Apa yang berlaku ini semua Allah SWT telah tentukan, Bella. Mama nak Bella sabar dan tabah. Mama tahu apa niat sebenar Bella untuk berjumpa dengan Amm dan keluarganya. Ingat sayang, Amm tak bersalah. Jangan mainkan hati dan perasaan dia. Jujurlah dengan dia. Bagitahu dia apa tujuan Bella sebenarnya. Allah SWT sentiasa ada untuk hambaNya, sayang. Kalau Bella tak pasti, buat solat sunat Istikharah minta pentunjuk dariNya."

Pesanan terakhir Mama Suzanne semasa bersalaman sebelum mengikut Ammar untuk bertemu keluarganya sentiasa mengganggu fikiran Vivi. Fikirannya jadi buntu.

Kadang-kadang tuduhan tak berasas itu boleh memakan dirinya sendiri. Dalam mencari kebenaran, Vivi juga takut ramai yang akan terluka termasuk dirinya sendiri. Tetapi, dia harus melakukan pengorbanan ini demi mendapatkan jawapan yang dicari.

Tayangan drama di kaca televisyen langsung tidak menarik perhatiannya. Vivi bangun untuk menutup televisyen dan duduk semula di sofa.

Setiap penjuru di dalam rumah itu, dibeleknya. Rumah ini banyak menyimpan kenangan dua tahun yang lepas, di mana dia terpaksa lari dan menyembunyikan dirinya dari semua orang. Rumah yang banyak menyimpan saat-saat dukanya apabila dia terpaksa meninggalkan Ammar dahulu. Dia terpaksa lari dari semuanya dan rumah inilah yang menjadi pelindungnya.

Kini, dia kembali semula ke rumah ini. Tiada apa yang berubah. Masih sama seperti dahulu. Vivi mendapat satu idea untuk mengubah sedikit reka letak barang-barang dan perabot di dalam rumah itu bagi memberikan kesan kehidupannya yang baru.

Sedang asyik Vivi mengemas, satu panggilan dari nombor yang asing masuk. Dia membiarkannya sepi. Baginya kalau panggilan itu penting sangat pasti orang itu akan menelefon semula.

Tidak lama selepas itu, masuk lagi panggilan yang sama buat kali yang kedua. Lambat-lambat Vivi mengangkatnya. Takut scammer. Yela, sekarang banyak scammer yang menggunakan telefon sebagai alat untuk menipu orang.

"Assalamualaikum?" Sapa suara dihujung talian.

Vivi terdiam apabila mendengar suara orang yang menghubunginya.

-----

"Ada apa aunty nak berjumpa dengan saya?" Vivi memulakan bicara.

"Sebelum tu aunty nak tanya, Amm tahu?"

Vivi menggeleng dan tersenyum. "Tak, aunty jangan risau." Macam mana dia nak tahu, mereka berhubung pun tidak.

"Baguslah kalau macam tu.. Hmm.. Aunty nak minta maaf untuk semalam, aunty banyak berkasar dengan Vivi. Aunty tak bermaksud apa-apa pun. Aunty cuma tak boleh terima sikit."

"Vivi faham, aunty tak sengaja pun. Vivi okay saja. Aunty tak perlu minta maaf pun.." Vivi tersenyum memandang Datin Aqilah.

"Aunty tetap akan rasa serba salah. Vivi maafkan aunty ya?" Bersungguh Datin Aqilah meminta kemaafan dari Vivi. Dia menggapai tangan Vivi tanda dia benar-benar jujur.

Vivi mengangguk dan tersenyum manis. "Vivi dah lama maafkan."

"Boleh tak kalau aunty nak tanya sesuatu?" Datin Aqilah memandang tepat ke dalam anak mata Vivi. Vivi mengangguk lemah. "Aunty nak tanya sikit, aunty harap Vivi tak marah. Kenapa Vivi tak datang dan pilih untuk tinggalkan Amm sorang-sorang masa kat airport dulu?"

Vivi tersenyum lagi. Dia sudah mengagak soalan itu yang akan ditanya oleh Datin Aqilah.

"Maafkan saya, aunty. Saya ada sebab yang tersendiri. Cukup untuk aunty tahu yang Vivi terpaksa." Vivi menjawab dengan jujur. 'Saya terpaksa sebab Amm pun terpaksa, aunty.' Desis hatinya.

Putus TerpaksaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang