Awal-awal lagi, Vivi memilih untuk keluar menikmati suasana pagi di kota London ini. Wany pula bertindak sebagai peneman kepada Vivi. Adakalanya menghiburkan dan adakalanya menjengkelkan. Well, begitulah sahabat kan?
-----
Akhirnya... Sampai juga aku di sini. Wahhh! Ommo! Eksited habis ni.. "Lotte World, aku datangggg!" jerit ku tanpa menghiraukan sekeliling. Ah! Peduli apa, orang bukannya kenal aku pun. Hehe..
Aku dah melting gila tengok bangunan dalam ni memang cantik ala-ala gaya istana Barbie weii.. Kan best kalau aku boleh hidup macam Barbie, memula hidup takdalah seindah mana tapi, akhirnya tetap akan ada seorang Prince Charming yang datang menyelamatkan keadaan. Cewahh..
Patutlah Running Man selalu datang sini, taman tema ni memang the best ever yang ada kat Korea. Woo! Tak rugi aku datang bercuti kat sini.
"Nak berjalan sambil berselfie lah!" dengan menonong aku berjalan tanpa arah tujuan. Banyak gila tempat menarik untuk berselfie wei.. Memang penuhlah nanti Instagram aku dengan gambar kenangan, video pendek dan story kat timeline.
Dari satu tempat ke satu tempat, aku berjalan. Tiadalah sesak mana pun suasananya. Musim sejuk ni tak ramai orang keluar. Jadi, peluang yang ada ni tak akan di sia-siakan. Kuikuii..
Walaupun aku berjalan berseorangan aku tak rasa bosan sangat. Haishh.. Tapi.. Tak best jugak! Next time, aku akan heret Wany sekali nanti. Yeayy!
Aku membuka perakam di dalam handphoneku. Apa lagi, nak buat video la. "Assalamualaikum gaiss, sekarang V ada kat Lotte World. Tahu tak kat mana? Korea!!" Teriakku sambil membuat gaya eksited. Aku berpusing-pusing bagi merakam pemandangan di sekelilingku. "Okaylah, V nak chow kit road dulu. Pape, roger kay? Annyeong!!" Aku berpamitan sambil melambai riang.
Ni jer dunia yang mampu buat aku bebas. Bebas dari semuanya. Aku dan duniaku. Semenjak ketiadaan arwah ibuku. Aku sunyi. Namun, ayahku tidak pernah mengerti dan hanya mementingkan dirinya sendiri. Aku sendiri sepi.
Dari riang, aku menangis. Air mata pula tidak mahu berhenti walaupun telah aku usap berkali-kali. Kenangan-kenangan lama bersama arwah ibu merantai perasaanku. Aku rindukan arwah ibu. "Ibu, V rindu ibu sangat. Hampir setahun dah ibu pergi. V harap ibu gembira di sana. Tunggu V ya, ibu." Rintihku perlahan. Aku usap lagi air mataku. Aku menunduk, gusar orang lain melihat aku dalam keadaan begini.
Tiba-tiba, ada satu tangan menghulurkan sapu tangan untukku. Tangan yang menghulur itu kelihatan kasar. Jadi, ku kira orang itu adalah lelaki. Namun, aku tidak mampu mendongak kerana malu. Aku masih berkira-kira sama ada mahu mengambil atau membiarkannya sahaja. Tetapi, orang itu masih tidak berganjak membuatkan aku terpaksa juga menerimanya.
"Thank you." Kataku perlahan. Dalam keadaan menunduk, aku kira lelaki itu sudah melangkah pergi dari aku. Jadi, aku berani mendongak.
Sapu tangan itu aku usap pada wajahku, mengelap sisa-sisa air mata. "Terima kasih.." ucapku lagi sekali dalam Bahasa Melayu pula. Aku membelek sapu tangan ditanganku. "Bintang?" Soalku pelik. Rasa deja vu sekejap.
-----
"V.."
"Vivi.." panggil Wany perlahan menyentakkan fikiran Vivi yang menerawang tadi. Air mata di pipi, diusapnya lembut.
"Kau kenapa ni?" Tanya Wany pula panik.
Vivi menggeleng lemah. Wany tidak mampu membaca maksud dari gelengngan Vivi tersebut.
"Kau teringat seseorang ke?" Tanya Wany lagi. Prihatin.
"Ibu.." rintih Vivi. Lalu, dia memeluk erat tubuh Wany di hadapannya.
