Bab 52

1.8K 59 0
                                    

Vivi terkenang suasana beraya di kampungnya, Johor. Di Johor, Syawal disambut sebulan. Aktiviti wajib dalam bulan Syawal di Johor adalah Marhaban dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Tidak cukup dengan itu, juadah yang dihidangkan juga adalah pelbagai. Ada ketupat, rendang, lontong, sambal kacang dan sebagainya. 'Rindu pulak nak balik Johor.' Bisik Vivi.

Tiba-tiba, satu panggilan video masuk. Vivi menjawabnya pantas sambil tersenyum.

"Assalamualaikum, ayah!"

"Waalaikumussalam, apa khabar anak-anak ayah?"

"Alhamdulillah, Bella dan Stella sihat je kat sini. Ayah? Mama?" Balas Stella yang datang secara tiba-tiba.

"Alhamdulillah, kami pun sihat-sihat sahaja. Bila agaknya nak balik?" Kedengaran suara Dato' Harun seperti sayu. Sayu merindui puteri-puterinya yang jauh dimata namun, dekat dihati.

"Mama pun rindu sangat kat kamu berdua! Baliklah cepat, ya sayang?" Mama Suzanne pula mencelah.

"Mama!" Teruja Vivi dan Stella menjerit.

"In shaa Allah, lusa kami baliklah. Sebab nak lepaskan kenduri kat rumah Ayie, umi dia jemput. Ayah dan mama janganlah risau, okay?" Balas Vivi.

"Okaylah, kalau macam tu, balik nanti elok-eloklah drive. Kita beraya dengan sanak-saudara belah ibu pulak, nanti apa pula mereka kata, kita dah lama tak jenguk mereka. Okay?"

"Okay, in shaa Allah, ayah. Bye, assalamualaikum.." Selepas memberi salam, dia terus sahaja mematikan panggilan.

Lalu, Stella duduk di muka pintu sambil bermain telefon bimbitnya. Manakala, Vivi pula mengambil tempat di sebelah Mak Yah yang sedang menonton televisyen cerita kegemarannya iaitu 7 Hari Mencintaiku.

"Eh, cerita ni bukan ke dah ditayangkan sebelum ni?" Tanya Vivi apabila perasan watak-watak di dalam cerita itu sama seperti cerita yang ditontonnya sebelum ini.

"Dah. Tapi, Mak Yah suka tengok cerita ni. Betapa sabarnya Khuzairi tu layan perangai Mia yang sombong tu. Kalau Mak Yah lah kat tempat suami si Mia tu, dah lama Mak Yah ganyang-ganyang mulut isteri yang celupar tu. Tapi, tu lah kan.. Khuzairi ni penyabar betul."

"Eh, Mak Yah ni, terlebih feeling pulak dia layan drama. Hahaha.."

Mata Vivi berkalih ke arah luar rumah, terlihat susuk tubuh Stella yang sibuk bergayut dengan telefon bimbitnya. Baru sahaja tadi bervideo call, sekarang bergayut pulak. Kelibat Wany pula tidak kelihatan. Mungkin duduk di dalam biliknya.

"Siapa yang telefon tu?" Tanya Mak Yah tetapi, matanya masih ralik menonton televisyen.

"Ayah. Ada mama sekali."

"Eh, apa khabar mama kamu? Lepas dia balik dari majlis si Wany tu, Mak Yah tak telefon-telefon dia, terlupa.." tanya Mak Yah apabila teringat untuk bertanyakan khabar Mama Suzanne.

"Alhamdulillah, mama sihat jer. Dia kirim salam pada Mak Yah dan semua. Ayah pun kirim salam pada Mak Yah."

"Ouhh.. yelah, Waalaikummussalam.. Diorang suruh V dengan Stella balik ke?" Mak Yah tersenyum. Wajah tenang dipamerkan.

"Hmm.. Aah. Katanya nak beraya rumah keluarga belah arwah ibu. Arwah ibu ada seorang abang. Tulah satu-satunya yang tinggal lagi. V pun dah lupa rupa dia macam mana sebab dah lama sangat tak jumpa." Vivi tersenyum. Sememangnya dia sudah lama tidak berjumpa dengan pakcik saudaranya iaitu abang kepada arwah ibunya.

"Ouh, kalau macam tu balik jelah. Lagipun dah lama V kat sini. Mak Yah bukannya nak menghalau tapi, kesianlah jugak pada ayah dan mama V tu. Mesti diorang nak V dan Stella balik beraya kat Johor pulak. Takpe, Mak Yah faham."

Putus TerpaksaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang