PT36

2.7K 85 19
                                    

"Ammar!"

Aku nekad. Harini akan aku luahkan semuanya. Pedulikan istilah perigi mencari timba! Aku perigi emas kalau dia lepaskan aku memang rugilah dia. Huhuu..

Ammar berpaling ke arahku. Jantungku mula berdegup hebat. Dia memang lain daripada yang lain. Dalam banyak-banyak lelaki sombong, dialah yang double cute dan triple macho. Phewww!

Aku berjalan dengan berani menghampiri si dia. Sempat aku menjeling matanya, dia hanya memandangku seperti biasa. Kosong.

"Aku nak bagitahu kau sesuatu." seperti biasa aku akan menggunakan panggilan aku-kau dengannya. Aku melihat ke dalam matanya cuba memancing reaksi. Namun, hampa. Wajahnya pandai menyembunyikan segalanya.

Ammar terdiam menunggu sambungan kata dariku. Keningnya di angkat. Membuatkan aku semakin berdebar. Kening itu yang selalu buat aku tak keruan. Aku tarik nafas lagi. "Dan aku nak kau reject aku. Mungkin lepas aku dapat jawapan penolakan dari kau, aku akan slowly move on. Berkemungkinan semua ni hanya mainan perasaan aku." Tergagap aku menyambung.

Tiada patah perkataan yang keluar dari bibirnya. Reaksi wajahnya juga masih sama seperti tadi. Kosong.

Aku tarik nafas dalam-dalam, mencari kekuatan batin. Lalu, aku luahkan, "Ammar, aku sukakan kau! Aku tak tahu bila perasaan ni hadir tapi, tolong, tolonglahhh.. kau reject aku! Pleasee.." aku dah separuh merayu kepada Ammar. Matanya aku tatap lama. Tanda aku benar-benar jujur.

"Kenapa kena reject? Perasaan tu satu anugerah dari Allah. Sesiapa pun tak kan boleh nak halang." tenang sahaja Ammar membalas. Membuatkan aku semakin tak keruan. Apa maksud dia ni?

Kalau aku tak boleh nak move on nanti macam mana? Adakah seumur hidupku hanya mampu membayangi dirinya? Ahhh! Aku tak sanggup!
Pleasee.. say something, Ammar.

"Aku rasa aku dah gila! Gilakan kau. Setiap apa yang kau buat, menyakitkan hati aku. Tapi, at the end, benda tu jadi lain, back to normal. Berulang-ulang kali, aku sakit sebab kau, reaksi kau pada aku, macam aku ni nothing. Kau ignore aku. Kau buat aku macam tak wujud pun. Everything about you, make my heart hurt so, so much! Aku benci bila aku yakin dengan perasaan aku. So that, aku nak minta kau reject aku! Bila kau dah reject aku, bolehla aku stop dari sukakan kau."

Aku menunduk malu. Malu dengan apa yang aku katakan tadi.

"Why you should stop it? Love is love. Nobody cant stop it."

"Sebab aku akan semakin terluka."

"Then, izinkan saya rawat luka di hati awak?"

"What do you mean? Nak main-main ke apa ni?" Tiba-tiba, aku rasa macam nak pitam. Mukaku semakin membahang. Malu.

"Selama ni, usaha awak tak sia-sia, Vivi Syabilla.."

Aku tercengang. Mimpi ke apa ni? Aku tarik rambutku. Aduh! Okay, ni real punya..

Ni firstime aku terjatuh suka kat orang then, sekarang aku tengah confess face-to-face kat dia. Dan diaa.. dia tengah mengayat aku ke apa ni?

Ammar tersenyum manis. Semanis gula-gula kapas bakhang! Matanya aku tatap dalam-dalam cuba mencari kejujuran daripada kata-katanya.

"Katak!" Ammar menjerit sambil menunjuk ke arahku.

"Ha?! Mana? Mana?" Terkinja-kinja aku melompat.

"Awaklah.. tak penat ke melompat-lompat dalam hati saya? Hahaha.."

Firstime and ever, aku dengar dia gelak. Kau rasa? Comelnyaaa..
Memang super duper comel!

Dia berjalan meninggalkan aku di situ. Eh, eh dia ni. Nak main kan perasaan aku ke apa ni?

"Heyy!"

Pendengaranku terganggu dengan panggilan 'heyy' itu. Minda ku terimbas kembali saat pertama kali bertemu dengan Ammar. Dia juga meng'heyy' padaku.

"Heyy, Vivi? Saya ingatkan awak ikut belakang saya, yang awak berdiri tengah panas je ni kenapa? Tak takut gelap?"

Oyemgiee.. aku baru perasan. Lalu, aku membuntutinya menuju ke kafe berhampiran.

"Dah lama sebenarnya, saya tunggu awak confess face-to-face dengan saya. "

"What?! Nak cakap aku perigi cari timba la ni?"

"Nope! Bagi saya tidak. And.. boleh tak, awak sopan sikit dengan saya, saya ni tua dua tahun tahu dari awak??"

"So?" Aku mencebik.

"Awak special tau, lain daripada yang lain. Sebab tu saya suka awak."

Sekarang aku akan biarkan dia pula yang menagih cinta daripadaku. Cehh.. jual mahal sikit. Acah satt..

"Ohh.. yeke? Kalau dah habis cakap, baguslah. Saya pergi dulu. Annyeongg.." aku terus berlalu pergi meninggalkannya sambil tersenyum simpul.

Tadi, niat ku lain. Sekarang, dah jadi lain. Hatiku kembali berbunga-bunga. Berbunga disebabkan oleh insan yang bernama Ammar Nielham.

"V.."

"Vivii.. Heyyy!"

Imbasan kenangan berkecai di dalam benak fikiranku. Fokusku mula teralih pada suara yang memanggilku.

"Kau okay tak ni? Aku panggil banyak kali tak dengar. Lain macam jer kau ni. Tak sihat ke?"

Aku memegang pipiku. "Aku okay.." aku tersenyum janggal. "Kau dah solat?"

"Sudah.. hmm.. kau ada benda nak share dengan aku tak?"

"Takda apalah."

"Baik kau luahkan dari kau pendam jer. Aku dapat rasa hati kau tengah sakit, fikiran kau bercelaru, V."

Lama aku terdiam. Mengeluh.

"Ammar.." aku seru namanya.

"Ammar? Kenapa dengan dia? Aku ingat kau dah slowly move on."

"Haritu lepas kau balik, Ammar datang sekali dengan Aris."

"What?! Macam tak percaya jerr.."

"Kau percaya atau tidak tu hal kau."

"Serious la wehh.. macam mana diaorang boleh together?"

"Aku pun tak tahu tapi, diorang nampak rapat. Aku rasa diorang berkawan kot."

"Weii.. drama wei drama! Bekas kekasih hati kau berkawan baik dengan orang yang crush kat kau! Perghh..!"

"Banyaklah kau! Sakit kepala aku ni memikir tauu?"

"Tenang weii tenang.."

"Ada lagi yang lebih menyakitkan hati, jiwa dan raga aku." Kataku perlahan.

"Apa dia?"

"Stella sukakan Ammar." Suaraku mula mengendur. Luka berdarah lagi apabila aku menuturkan kata-kata itu.

"Allah.. Stella tahu tak Ammar dah berkahwin?"

"Ammar tak bagitahu apa-apa. Aku tak faham. Kenapa dia nak rahsiakan tentang status dia? Dia macam mempermainkan perasaan orang. Aku tak boleh terima tu!"

"Mesti ada sebab tu. Kau janganlah fikir bebukan, kay?"

"Macam mana aku tak fikir bebukan, Wany? Dia seolah-olah menipu kami. Aku rasa tertipu."

"Sepatutnya kau tanya dan minta kepastian dari dia, bukan lari macam ni, V. Kau dah lari daripada masalah. Bukan memudahkan tapi, kau makin menyulitkannya lagi.."

Kata-kata Wany menusuk ke dalam hatiku. Salahkah apa yang aku buat sekarang?

Putus TerpaksaWhere stories live. Discover now