PT 9

3.7K 105 2
                                    

Sudah seminggu Vivi berendam air mata. Dia tidak mahu makan dan tidak mahu keluar dari biliknya. Wani menjadi semakin risau dengan keadaan kawan baiknya itu.

Wani mundar-mandir untuk mencari akal. Lalu, dia berhenti apabila ideanya muncul. Wani hilang sebentar bersama dompet dan handphonenya.

"V! Tengok ni aku beli apa??" Ujar Wani sambil menunjuk semua beg plastik yang dibimbitnya.

Vivi memandang sekilas.

"Makanan favourite kau kot, takkan taknak?" Wani menggigit ayam dengan cara yang paling bergaya. Wani juga bermain-main dengan ayam goreng KFC di hadapan Vivi untuk memancing selera Vivi.

"Wani, kan aku cakap aku takda selera.." Vivi malas mahu melayan kerenah Wani. Dia masih memikirkan tentang Ammar. Di kotak fikirannya di penuhi dengan nama Ammar. Ammar! Ammar! Ammar!

"V, kau dah seminggu macam ni. Tak makan, asyik minum air je. Aku risaulah tengok kau macam ni.."

"Takpayahlah risau, aku cuma takda selera je. Kau nak makan, makan jelah."

"Kau makanlah sikit, sikit je. Pleasee... aku ada beli bubur McD jugak ni. Semua yang aku beli ni semuanya makanan kesukaan kau.." pujuk Wani tidak mahu berputus asa.

Vivi mengeluh kecil apabila Wani membuat muka kesian.

"Kau tak kesiankan aku ke, V? Susah payah aku belikan semua ni untuk kau tau? Sampai hati kau.."

"Wani.. tolong, tolong jangan paksa aku?" Vivi masih menolak.

Wani tersentap. Habis segala dayanya untuk memujuk Vivi lagi. Dia mengaku kalah. Hati Vivi memang keras seperti batu. Takkan mudah untuk dilembutkan. Dia mengemas semua makanan yang dibelinya tadi dan ingin membawanya ke dapur. Tetapi, belum sempat dia memulas tombol pintu bilik Vivi, ada satu tangan yang menghalang tingkahnya.

"Okay, aku makan bubur tu. Tapi, sikit jer."

"Betul ni??" Tanya Wani tidak percaya.

"Betullah.. Tapi, lepas ni jangan beli dah semua ni. Aku takda selera nak makan. Membazir je nanti kalau kau tak habis nak makan semua ni.." Vivi tersenyum kecil.

"Jom makan, aku suapkan!" Beriya Wani menarik tubuh Vivi supaya duduk.

"Eh, kau ni! Aku bukan budak kecil lagilah kau nak suap-suapkan bagai.." Vivi menolak apabila sesudu bubur McD disuakan ke bibirnya.

"Malu aku, aku dah suap tapi takda orang nak sambut. Baik kau bukak mulut cepat!"

"Bukannya ada orang pun.."dalih Vivi.

"Bukak cepat!" paksa Wani lagi.

Vivi membuka bibirnya muat-muat untuk sesudu bubur masuk. "Okaylah, aku taknak dah!"

"Okay, good girl!" Wani menepuk-nepuk tangannya seperti memberikan Vivi semangat.

"Aku bukan budak kecik lagi lah!" Vivi mencebik.

"Haha.. ingatkan 'baby' tadi, nak bermanja-manja dengan aku bagai!" Usik Wani pula sambil menekankan perkataan baby. Tercetus tawa antara mereka.

"Terima kasih sebab kau amik berat pasal aku, Wani. Kau sahabat aku dunia akhirat!" Vivi memeluk erat tubuh Wani yang kering itu.

"Aku sayang kau, aku tak mau kau sesedih. Aku kan ada untuk hiburkan kau!" Wani tersengih.

"Aku sayang kau jugak, sorry sebab banyak susahkan kau."

"Its okay, babe!"

"By the way, macam mana shooting semua? Apa kau cakap kat producer?"

Putus TerpaksaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang