Awal-awal pagi lagi, Vivi menghantar Wany ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.
Sepanjang hari itu, Vivi cuba melupakan tentang hatinya yang asyik bermain lagu Dag Dig Dug.
Tiba waktu petang, makin kuat hati Vivi berdebar. Duduk tidak kena, berdiri apatah lagi. Debarannya lain macam. Entah apa yang di rasa, dia sendiri tidak mengerti.
'Takkanlah..' Vivi meluru ke bilik Stella. Hatinya lega apabila melihat Stella sedang berehat di balkoni ditemani mama Suzannenya.
'Tak mungkin pulak Ammar ada kat sini kan? Mesti dia tengah bahagia sekarang dengan isteri dia.' Runtun hati Vivi. Malam tadi, dia mendapat mimpi. Namun, mimpi yang samar-samar iaitu mimpi kedatangan Ammar di Kota London. Apakah petandanya?
"Bella.." Tegur seseorang membuatkan Vivi berpaling dan spontan tersenyum.
"Dr. Rayna.. Yes, anything to say?"
"Jom kita duduk kat situ.." ajak Dr. Rayna sambil berjalan menuju ke ruangan rehat.
Vivi tersentak. Dr. Rayna boleh berbahasa Melayu? Keningnya turut berkerut.
"Tak payahlah pelik macam tu. Acik pun orang Malaysia jugak.." Dr. Rayna turut tersenyum.
"Ohh.. ya? Dr. Rayna asal mana?" Tanya Vivi ramah. Dia tidak menyangka bahawa Dr. Rayna adalah orang Malaysia jugak.
"Tak payahlah Dr. Rayna bagai. Acik je dah okay.. Acik ni orang Sabah. Berkahwin dengan orang sini. Dah lama dah duduk sini jadi, dah macam orang sini lah jugak.. huhuu.."
"Ouhh.. patutlah acik ni cantik, rupanya orang Sabah.."
"Haha.. cantik ke? Biasalah kita ni orang perempuan kenalah jaga sikit penampilan diri kita ni, takkan nak slumber badak main taram je apa nak di pakai kan.."
Terkesima sekejap Vivi. Kalau dulu, dia memang begitu. Pakai ikut done jerr.. tapi, setelah bergelar model dan pelakon terkenal dia belajar menjaga penampilan dirinya.
"Bella kenapa nampak runsing je ni? Ada masalah?"
Tersentak lamunan Vivi. Perlahan-lahan kepalanya di geleng.
"Bukan masalah apa pun acik.. cuma entahlah hati ni semacam jer.. tak tahu kenapa.."
"Ouh.. cuba tarik nafas, istighfar.. mungkin banyak sangat fikir tu.. Tu yang minda dan hati jadi tak tenang. Tak usahlah banyak fikir.. Bella ni muda lagi, perjalanan masih jauh.. taknaklah nampak tua sebab dahi asyik berkerut jerr.. yang berlalu, biarkan berlalu. Untuk masa hadapan ni kita berserah je pada Allah, perbaiki mana yang patut.." panjang pulak tazkirah Dr. Rayna berikan.
Vivi mengangguk tanda mengerti. Serba sedikit hatinya yang gundah menjadi tenang. Dia kembali tersenyum manis. "Terima kasih acik.. acik ni fasih kan bahasa Melayu walaupun dah lama duduk sini?"
"Sama-sama sayang.. A'ah.. bolehlah tahan sebab anak-anak acik memang berbahasa Melayu jer semua. Arwah suami acik pun belajar bahasa Melayu. Sebab katanya, senang nak faham. Jadi, kalau kat rumah memang kami berbahasa Melayu la.." cerita Dr. Rayna. "Acik nak tanya, Bella dah ada buah hati?"
(Vivi POV)
"Buah hati?" I'm single but, not available. Terangkat keningku sedikit. "Takda.." lambat-lambat aku membalas. Please, jangan cakap dia berkenan dengan aku nak buat menantu dahlahh.."Ouh.. baguslah.." balas Dr. Rayna pendek.
-----
Ammar memerhatikan lagak Aris yang bersahaja itu. Dia tidak menyangka ada juga orang yang jenis main redah jer. Yelah, dahlah perasan yang Vivi tu dia punya. Ada ke patut? (Tapi, kalau betul macam mana? Meranalah kau Ammar..)
