PT24- Untuk Satu hari

4.1K 98 26
                                    

"Macam mana?"

"Saya kehilangan jejak dia, tuan. Ada kemungkinan dia sekarang dah tiada di Malaysia."

"Dia ke mana?"

"Minta maaf, tuan. Saya dah cuba cari maklumat ke mana dia pergi tapi,..."

"Cari dia sampai dapat, baru boleh minta maaf.." kata lelaki itu lantas berlalu pergi.

-----

Ammar berada di satu tempat yang dia sendiri tidak tahu di mana. Dia kekaburan. Dia cuba mencari jalan keluar namun, masih buntu. Tidak lama kemudian, Ammar terlihat satu sosok tubuh yang amat dikenalinya.

"Pernah terfikir tak kenapa kita macam ni?" soal perempuan itu.

Ammar dapat memahami setiap ucapan itu dengan hanya renungan mata. "Tak pernah."

"Ego. Sebab kita sama-sama ego. Terutamanya, ego pada diri sendiri. Berat mengaku."

"Tak.. Saya jujur." betah Ammar.

"Tengok, awak sendiri ego nak mengaku yang diri awak tu sebenarnya ego.."

Ego!

Ego. Bergema-gema suara yang mengatakan dirinya ego. Egokah dia?

"Ammar.. Bangun.." kejut Faziera lembut.

"Haa?" terpisat-pisat aku bangun. Aku bermimpi rupanya. Mimpi Vivi!

"Bangun, dah nak dekat Maghrib. Awak dah Asar?"

"Dah. Lepas solat tadi saya tertidur kat sini."

"Bangunlah.. Mandi ya? Saya akan sediakan makan malam."

Lalu, aku meninggalkan Faziera untuk pergi membersihkan diri. Namun, mimpi yang aku alami tadi asyik bermain di mindaku. Egokah aku?

-----

Selesai makan malam, aku duduk di balkoni untuk mententeramkan jiwaku. Aku tenggelam dengan perasaan sendiri. Pelbagai soalan yang timbul di benakku. Sehinggalah Faziera datang menyapa diriku.

"Minumlah, luar ni sejuk tau? Nanti awak selsema pulak." ujarnya sambil menghulurkan secawan coklat panas.

"Terima kasih.." ucapku sambil merenungnya. Mungkin sudah sampai masanya, aku mengaku segalanya. Faziera hanya menunduk sebelum mengatur langkah. "Awakk.." seruku pula.

"Ya?" Faziera berhenti dari melangkah.

"Saya nak tanya sesuatu pada awak." aku menarik nafas lalu, menghembusnya perlahan. "Boleh ke seseorang tu menyintai dua insan sekali gus?"

Faziera tersenyum. "Ammar.. Tak salah pun awak nak menyintai sebanyak mana orang yang awak suka. Tapi, jangan sesekali lupa.. Cintailah mereka kerana Allah. In shaa Allah, Allah redha dan akan permudahkan segala urusan awak." tenang sahaja wajahnya ketika menuturkan segalanya.

Aku menatap wajahnya lama. Tenang. Jawapannya juga menenangkan aku. "Saya sayangkan awak, Faziera. Saya betul-betul sayangkan awak.."

Putus TerpaksaWhere stories live. Discover now