Aku bersendirian lagi di dalam bilikku. Termenung melayan perasaan. Membayangkan gelak tawa kembarku. Dia bahagia.
"Ni ada lagi bunga dan coklat untuk Bella.." tegur Mama Suzanne memecah lamunanku.
"Mama bagi sahajalah pada Stella. V tak nak." Tolakku perlahan.
"Tapi, Aris pesan suruh bagi Bella bunga ros ni."
Aku memandang Mama Suzanne yang sedang memegang sejambak bunga Ros merah. Mukanya penuh pengharapan. "Letak jelah kat situ maa, nanti V tengok."
"Okay. Sekejap lagi turun makan ya? " Sempat lagi Mama Suzanne berpesan.
Harini dah masuk 3 hari semenjak kehadiran Ammar bersama Aris tempoh hari. Dan selama tempoh itulah, mereka berdua tidak berhenti menggangguku.
Ada sahaja tiap-tiap hari, sesuatu kejutan akan datang dari Aris. Aris memang tidak mahu mengaku kalah membuatkan aku terpaksa bersuara.
'Pukul 5 jumpa saya, di Latte De'Caprio.'- Vivi
Laju sahaja dia membalasnya.
'Okay, pukul 4 saya sampai!'-Aris
-----
"Assalamualaikum.." tegurku. Aris sudah terpacak ingin menarik kerusi buatku. "Terima kasih."
"Waalaikumusalam dan sama-sama." Tidak lekang senyuman dari bibirnya. "Sihat?"
"Alhamdulillah. Awak?"
"Alhamdulillah, macam nilah saya. Awak makin kurus, tak makan ke?"
Aku endahkan soalannya itu. Lalu, aku tersenyum biasa.
"Awak memang cantik V, tanpa make-up pun awak cantik." Puji Aris lagi membuatkan aku tidak selesa.
"Pukul berapa sampai?" Dalihku.
"Pukul 4."
"Tak solat Asar dulu?"
"Dah, sambil tunggu awak saya pergi solat dulu tadi."
"Ohh.. baguslah.."
Aris tersenyum bangga. "In shaa Allah.. kalau awak tanya sama ada saya sudah bersediakah untuk menjadi imam awak. Saya akan jawab, ya! Dan sepatutnya saya tanya awak balik, sudah bersediakah nak jadi makmum saya?"
Aku terkesima. Ni usikan atau punchline? Hatiku sedikit pun tidak terusik membuatkan kata-kata Aris tadi di biarkan sepi.
Aku menarik nafas dalam-dalam. "Aris, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf andai apa yang ingin saya sampaikan ni bakal mengguris hati awak." Aku memulakan mukadimah dengan wajah yang pra-serius. Tidak mahu mewujudkan suasana yang tegang di antara kami.
"Cakaplah.. saya bersedia mendengarnya." Makin lebar senyuman Aris.
Aku tarik nafasku lagi untuk mengumpul kekuatan dalaman. Aku pandang anak matanya.
'Kau memang baik wahai Aris Farhan tetapi.. maaf, hatiku tidak mampu menerima kau. Malah, sesiapa pun lagi buat masa sekarang ni. Mungkin belum tiba masanya untuk aku membuka hati ni buat sesiapa pun lagi.'
"Aris, lepas ni tak perlulah awak hantar hadiah-hadiah tu semua. Terima kasih banyak-banyak, saya hargai sangat. Tapi, awak tahu kan jawapan saya? Hati saya tak mungkin untuk awak, Aris. Selama ni, saya hanya anggap awak kawan saya. Tak lebih dari itu."
Hilang senyuman di bibir Aris buat seketika.
"Aris, maafkan saya. Saya minta maaf sangat-sangat sebab buat awak tunggu lama. Harini saya akan bagitahu jawapan saya pada awak. Saya harap awak dapat terima dengan seikhlasnya."
