PT42

1.7K 59 2
                                    

Riuh suara Vivi berborak bersama Mak Yah semasa bersarapan pada pagi itu. Pelbagai isu-isu berkaitan perancangan perkahwinan di utarakan oleh mereka berdua. Sedikit pun, kewujudan Wany seperti tidak dirasai di situ. Membuatkan Wany makan hati.

"Lepas makan nanti, datang ke ruang tamu. Ada hal sikit nak cakap." Wany menghabiskan suapan terakhir nasi goreng. Lalu, dia mencuci tangannya dan beredar dari situ.

Selesai mereka berdua bersarapan, mereka duduk di ruang tamu seperti yang di minta oleh Wany.

"Ada apa ni Wany, macam serius jer mak tengok.. Ada apa-apa ke?" Mak Yah memulakan bicara.

Wany menarik nafas panjang. Lalu, dia memandang ke arah dua wajah di hadapannya itu. "V.."

"Ya?" Vivi menyahut.

"Aku rasa kau tahu apa yang aku akan cakap ni."

"Aku tak faham?" Kening Vivi terangkat.

"Aku minta maaf, aku tak boleh terima apa yang jadi sekarang."

"Ouh, yang tu. Takpe, aku faham. Aku faham sangat apa maksud kau tu." Vivi tersenyum.

"Apa semua ni? Mak tak faham. Kenapa ni V? Wany? Ada apa-apa yang mak tak tahu ke?" Mak Yah kelihatan risau melihat reaksi serius anaknya itu.

Vivi masih lagi tenang. "V dah siap kemas semua barang-barang V, Mak Yah. In shaa Allah, tengah hari karang, V keluar ya.."

"Keluar? Nak pergi mana pulak?" Mak Yah masih tidak mengerti. "Apa maksud V ni, Wany?"

Wany terdiam. 'Betul ke apa aku buat ni?' Soal dirinya kembali. Dia pun masih tidak pasti dengan keputusan yang dibuat itu. Wany tertunduk mengesali diri.

"Tapi, Wany.. Tolong izinkan aku datang rumah kau tiap-tiap hari Khamis dan Sabtu sepanjang kita berpuasa ni untuk siapkan hantaran tu. Aku dah niat nak buat sendiri hantaran tu sebagai hadiah."

Wany memandang maknya yang terkejut mendengar kata-kata dari Vivi. Dia mengangguk perlahan. "Okay." Balas Wany pendek sambil menunduk lagi.

"V.." seru Mak Yah meminta Vivi supaya berterus-terang.

Vivi kekal bersahaja.

Perbualan mereka tamat di situ. Mak Yah terpinga-pinga. Tidak mengerti apa yang terjadi. Vivi masuk ke bilik untuk mengemas semua barang-barangnya yang bersisa. Dia sudah dapat merasai, ini bakal terjadi. Jadi, dia hanya mampu berdoa agar semuanya dipermudahkan Allah SWT.

"Habis tu, takkan V nak masuk puasa ni sorang-sorang esok?? Tinggal jelah kat sini.." Pujuk Mak Yah tanpa henti.

"V dah biasa, Mak Yah. Mak Yah janganlah risau."

"Kalau macam nilah jadinya, Mak Yah rasa elok kita terus terang sahaja dengan Wany. V?"

"Mak Yah, apa-apa pun, V taknak Mak Yah bocorkan rahsia kita. V nak surprisekan Wany. Apa yang V usahakan ni, semuanya untuk balas balik kebaikan Wany dan Mak Yah pada V selama ni. Nanti hari Khamis, V datang lagi okay? Mak Yah jangan risau. Jangan bagi tahu Ayie dan umi apa yang terjadi ni. V taknak diorang berdua ikut risau. Janji?" Vivi menunjuk jari kelengkengnya kepada Mak Yah.

"Mak Yah bukan budak-budaklah nak buat macam tu." Namun, tetap jugak di sambut jari runcing Vivi itu. "In shaa Allah.. V jaga diri kat luar tu. Cari tempat yang selamat tahu? Kalau tak jumpa, V datang semula kat rumah Mak Yah ni. Pintu rumah Mak Yah ni sentiasa terbuka untuk V. Takdalah Mak Yah risau sangat V sorang-sorang kat luar sana tu.."

"Ishh, Mak Yah ni. Janganlah risau. V tahu jaga diri V ni. Nanti kirim salam pada Wany tahu?" Kata Vivi lagi sambil melihat ke arah bilik Wany yang tertutup rapat. Sejak tamat perbualan mereka tadi, Wany hanya berkurung di dalam biliknya. Jadi, tidak sempat Vivi untuk berjumpa dengannya.

Putus TerpaksaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang