Dato' Adam memasuki pejabatnya dengan hati yang sangat gembira. Akhirnya, anak tunggalnya itu pulang juga ke tanah air untuk membantunya menguruskan perniagaan keluarga mereka yang sudah lama dibangunkannya.
"Kenalkan, ini anak tunggal saya, Ammar Nielham. Dia akan gantikan tempat saya dalam syarikat ni. Saya minta semua beri tunjuk ajar ya pada dia?"
Semua orang berbisik-bisik melihat ketampanan anak tunggal Dato' Adam itu. Terutamanya, pekerja-pekerja perempuan muda yang ada di situ.
Lebih-lebih lagi, Ammar memiliki pakej yang sempurna untuk menjadi seorang pemimpin. Dia tampan dan berkaliber dalam setiap apa yang dilakukannya. Dia pasti boleh melakukannya kerana itu adalah impiannya. Jika impian Vivi adalah untuk menjadi supermodel yang terkenal, Ammar juga punya impiannya yang tersendiri. Dia mahu papanya bangga dengannya. Jadi, dia memilik untuk meneruskan legasi Dato' Adam.
Ammar tersenyum memandang semua staffnya.
Faziera yang berdiri di celah geng-geng Keypooh hanya membatukan diri. Tiga sekawan itu sudah membawang sesama sendiri. 'Tak habis-habis nak dikomennya.. Itulah, inilahh.. Apalah orang zaman sekarang ni, ada sahaja yang tak kena di matanya..' desis hati Faziera.
"Assalamualaikum.." sempat juga Ammar berdehem membetulkan anak tekaknya. Tiada riak gemuruh di wajah Ammar. "Awak semua boleh panggil saya, Mr.Ammar." Ammar menghadiahkan pula sebuah senyuman pendek sambil memandang kepada semua yang berada di situ.
'Ammar..' bisik hati Faziera. Nama itu bisa menggetarkan hatinya walaupun hanya dari satu pandangan biasa saja.
Terasa bahunya dicuit. "Apa?" Tanya Faziera perlahan ke arah Miza, ahli geng Keypooh yang berada di belakangnya.
"Bestlah kau, jadi PA Mr.Ammar yang handsome letops kebaboom tu..." puji Miza.
"Eh, ni kau puji ke perli?" Tanya Faziera kebingungan.
"Terserah.." balas Miza dan dia kembali bergosip dengan dua orang lagi ahli geng Keypooh iaitu Idham dan Syerry.
"Ada apa-apa lagi nak ditanya?" Dato' Adam kembali bersuara. Semua menggeleng tanda tiada soalan. "Okay, semua sudah boleh mula kerja. Hmm.. Faziera, tunggu sekejap."
"Ada apa ya, Dato'?" Tanya Faziera setelah semua pekerja berlalu pergi. Ammar melihat gadis di hadapannya itu dengan pandangan yang biasa. Tiada riak di wajah Ammar. Jelas yang Ammar bukan jenis playboy.
"Mulai hari ini, awak akan jadi PA Ammar. Bantu dia apa yang patut. Okay?"
"Baik, Dato'." Balas Faziera pendek. Di jeling pada wajah bos barunya itu sekilas. 'Huhh! Sombong!' Bisik hati Faziera apabila Ammar sedikit pun tidak memandangnya.
"Kalau ada apa-apa nak tanya atau tak tahu, boleh panggil papa. Okay?" Dato' Adam berpesan sebelum bergegas ke biliknya untuk menyambung kerja. Dibiarkan Faziera membimbing Ammar.
Ammar hanya menghantar Dato' Adam dengan pandangan biasa sahaja.
"Mari, Mr.Ammar saya tunjukkan biliknya." Faziera memang sudah sedia maklum bahawa dia akan menjadi pembantu anak bosnya itu.
Ammar menuruti sahaja pembantunya itu. Mereka sampai di satu bilik yang sederhana besar. Lengkap sama seperti kemahuannya yang di minta dari papanya.
"Mr.Ammar, boleh duduk dulu. Pertama kali, kat luar belah kanan tu, meja saya. Kalau ada apa-apa, Mr.Ammar boleh panggil saya guna interkom, dail je nombor 2. Nombor 1 untuk Dato' Adam. Nombor 3 untuk customer service. Yang ini antara fail yang Mr.Ammar kena semak. Esok baru start meeting.. Ada apa-apa lagi?" Panjang dan lebar penerangan dari Faziera.