Ammar bersendirian selepas dia selesai makan malam. Langit yang luas di pandangnya dalam. Bintang-bintang di angkasa membawa mindanya ke satu masa..
"Amm.."
"Ya, paa.. kenapa?"
"Papa nak tanya something pada Amm ni, boleh ke?"
"Haii paa.. sejak bila ni minta izin nak bertanya? Selalunya main redah jer.. Hmm?" sempat lagi Ammar memerli papanya. Mereka anak beranak memang begitu, suka bergurau senda. Huhuu..
"Amboii.. main kasar nampak?! Hahaa.." Dato' Adam langsung tidak ambil hati kerana mereka sudah terbiasa begitu. Tapi, bergurau pun tetap ada juga batasnya. "Kenapa Amm tak bantah masa papa dan mama nak jodohkan Amm dengan Iera? Sedangkan Iera tu hanyalah pekerja Amm sahaja..?" soal papanya kembali serius.
Ammar tersenyum penuh ikhlas. "Sejujurnya Amm dah ada yang terikat di hati. Tapi, Amm memilih untuk redha dengan jodoh yang Allah dah tetapkan untuk Amm. Amm ada juga buat solat Istikharah dan Amm masih tak dapat jawapannya, pa... Jadi, Amm sendiri memilih untuk ikut sahaja apa yang Allah tunjukkan sekarang. In shaa Allah, Amm redha untuk semua yang berlaku ni, paa.."
"Habistu, yang bertakhta di hati Amm tu macam mana?"
"Dia sudah pun pilih jalan dia, paa.. Walaupun hati kami sama-sama sakit tapi, Amm tetap doakan yang terbaik untuk dia. Moga dia bahagia juga akhirnya." tenang balasan Ammar. Dia tersenyum merenung ke hadapan. Wajah Vivi sedang tersenyum manis terlayar di mindanya. Dalam beberapa hari lagi, dia akan sah menjadi suami kepada Faziera, PAnya.
"Amm tahu tak, papa kagum dengan Amm.."
Kening Ammar bertaut. Pelik dengan kenyataan papanya itu.
"Untuk pengetahuan Amm, papa dan mama juga di jodohkan oleh family kami. Seriously, kami berdua menolak untuk di jodohkan. Tapi, tulahh.. kalau Allah dah kata kami ni berjodoh dari azali lagi, sampai sekarang nilah jodoh kami bertaut dan papa harap sangat hubungan kami akan kekal hingga ke Jannah Allah.." bersungguh dan penuh makna papa Ammar menyampaikan cerita. "Papa tak sangka jugak, mama kamu sangat sempurna di mata papa. Dia melengkapkan hidup papa dan papa bahagia sangat. Sedangkan pada asalnya lebih teruk dari situasi Amm ni.. Kami saling membenci, tau? Bayangkanlah, dari benci tulah lahirnya sayang dan cinta.."
"Papa harap Amm juga belajarlah menyintai Iera nanti. Dia baik orangnya.. Papa yakin, dia boleh bahagiakan Amm.."
Ammar terdiam mendengar nasihat dari papanya. Dia juga tidak menyangka situasi papanya sama seperti dia sekarang. Tapi, sedikit berbeza kerana dia dan Vivi saling menyintai tetapi, ego untuk mengalah. "Paa.. Amm nampak terpaksa sangat ke? Patut ke Amm tarik diri sekarang?"
"Ammar tak tolak permintaan papa dan mama sebab apa? Sebab Amm takut papa dan mama cakap Amm anak derhaka ke?" Soal papanya.
Ammar terdiam lagi. Soalan papanya membuatkan dia kehilangan kata-kata.
"Papa dan mama nak jugak tahu, Amm berani atau tidak untuk bantah permintaan kami. Tapi, Amm memilih untuk mendera perasaan Amm sendiri.. Jawapannya ada pada Amm, hati Amm terpaksa atau tidak, tu hanya Amm yang tahu. Dan.. kalau Amm rasa nak tarik diri sekarang, terpulanglah pada Amm.. bahagia Amm, bahagia kami juga.." kata papanya sambil menepuk bahu Ammar.
Kata-kata papanya menyelusup masuk ke dalam hatinya. Berkecai segala ego yang ditahannya selama ini. 'Terpaksakah aku?' Hatinya menyoal sendiri.
"Paa.. berdosakah Amm menyintai orang lain selain isteri Amm sendiri nanti?" Ammar tertunduk lemah. Malu.
Papanya tersenyum. "Berdosa kita menyintai malah merindui orang yang bukan halal bagi kita, Amm.. perlahan-lahanlah terima Iera seadanya.. jangan kerana kita kejar sesuatu yang tak pasti, yang kita pegang tu terlepas.."
"Dan.. andai satu hari nanti, Amm berpeluang mengejarnya balik, Amm jangan sia-siakan peluang tu pulak. Kejarlah dia sampai dapat.."
Kata-kata papanya memberikan seribu satu makna dalam dirinya. Ammar mengangguk penuh makna.
"Paa.. Amm janji, Amm akan kejar dia selagi Amm masih berpeluang untuk memiliki dia!"
'Mana awak pergi ni, V??'
-----
"Bella.."
Nama panggilannya semasa kecil jelas diseru pada pendengarannya. Fikirannya berpusing. Matanya pula berusaha memandang sekelilingnya.
Vivi cuba mencari seseorang. Dan apabila dia dapat menangkap pemilik mata yang redup itu, Vivi bingkas bangun.
"Ayahh.. ampunkan V.." rintih Vivi sambil memeluk tubuh Dato' Harun. Air matanya tidak berhenti mengalir.
"Shh.. ayah ampunkan V, dahh.. rehat yaa? V lemah lagi ni.." pujuk ayahnya.
Vivi menggeleng tanda dia okay sahaja. Vivi melepaskan pelukan, dia mencari lagi seseorang. Vivi memandang auntienya penuh kasih sayang lalu, di peluknya erat.
"V minta maaf, auntie.. V minta ampun banyak-banyak.."
"Bella tak buat salah pun, sayang.. mama maafkan.." Auntie Suzanne tetap juga membahasakan dirinya mama. Lagi sekali, Vivi terharu.
"V nak jumpa Stella.."
"Mari, mama bawakkan.."
Auntie Suzanne memimpin tangan Vivi ke katil Stella. Dato' Harun pula hanya menjadi pemerhati.
Tangan Stella dicapai oleh Vivi. Di salam dan di ciumnya juga penuh kasih. "Stella, maafkan V.." air matanya jatuh pada pergelangan tangan Stella. Jari Stella memberikan respon dengan bergerak sedikit. Matanya terbuka lemah tanda sedar.
"Sebenarnya, Stella disahkan menghidap kanser tulang lepas setahun dia sedar dari koma tu. Sampai sekarang ni, macam nilah keadaan dia.."
"Allahuu.. Stella.."
Pipi Vivi yang basah dengan air matanya itu diusap lembut oleh Stella.
"Ni ke Bella, mama??" Serak suara Stella menyoal.
Auntie Suzanne mengangguk. Bergenang lagi air matanya apabila melihat Stella membalas pegangan tangan Vivi.
"Bella datang ni, Stella.." Vivi menahan rasa untuk tidak memeluk kakak kembarnya kerana takut berlaku kerapuhan pada tulangnya.
"Stella happy sangat dapat jumpa Bella.."
"Bella pun happy sangat.. Stella rehat yaa? Nanti kita borak lagi.."
"Tapi, Stella takut kalau Stella pejam mata, esok Stella tak dapat buka mata dah.."
"Stella sayang, please jangan cakap macam ni.. ayah tak suka dengar.. Stella rehat ya?" Pujuk Dato' Harun pula. Dia tabah menyembunyikan getar pada suaranya.
"Okay...."
Entah mengapa hati Vivi tidak tenang. Dia tidak mahu bahagia yang mulai di rasa kini perlahan-lahan pergi.
"Is there another way to save Stella, doctor?" Soal Vivi kepada Dr. Rayna yang setia di sisi Stella.
Semua mata terpaku mendengar soalan dari Vivi.
*****
Alhamdulillah.. dapat juga update sikit untuk kisah Vivi dan Ammar. Harap pembaca suka. :)
Maaf sangat-sangat sebab saya busy dengan kuliah, assignment, dan komitmen-komitmen yang lain hmm..
In Shaa Allah, saya akan update tapi jarang-jaranglah..
But, hopefully, korang akan setia membaca..
Sebelum terlupa kat media tu Angela Baby, konon watak Vivi k gaiss.. hikhikhik..
Stay tuned k guyss..
♡♡♡
