Sesudah berbuka puasa, Vivi bergegas ke rumah Mak Yah untuk menyiapkan hantaran. Vivi cuba menghindarkan segala rasa dengan menyibukkan dirinya. Dia masih menolak bayangan Ammar daripada menghantui dirinya.
"Mak Yah, boleh tak pegangkan bunga ni untuk V? V nak gamkan dia.." Vivi meminta Mak Yah membantunya memegangkan tiga kuntum bunga rose kembang yang bewarna hijau pucuk pisang sebagai perhiasan di atas dulang hantaran. Vivi sudah memanaskan hot glue gun bagi melekatkan bunga tersebut. Dia ternanti-nanti supaya Mak Yah membantunya.
"V, Mak Yah nak pergi ke bilik air sekejap. Kalau V nak cepat, tu mintakan Wany tolong V ya?" Mak Yah pun berlalu meninggalkan Vivi dan Wany di ruang tamu.
Mula-mula, suasana di situ hanya di temani dengan bunyi yang datang dari cerita yang disiarkan dalam televisyen. Namun, tidak lama selepas itu, Wany menutup televisyen tersebut. Vivi kira Wany ingin meninggalkannya sendirian.di situ. Tetapi, tekaannya salah. Lalu, terbit senyuman mekar di wajahnya.
"Kau nak aku tolong pegang yang mana?" Tanya Wany memecah kesunyian.
Vivi tersentak. Namun, cepat dia bertindak. "Okay, kau tolong pegangkan bunga ni, aku nak gamkan pakai hot glue gun tu."
Entah macam mana bunga di pegang oleh Wany terlepas. Vivi cuba menyambut bunga tersebut namun, hot glue gun yang panas itu terkena tepat pada jari manisnya. Serentak dengan itu, Vivi menjerit kuat. "Arghhh!!"
Sakit dan peritnya usah di kata. Tangan Vivi sememangnya tidak berlapik. Jadi, hot glue gun yang sangat panas itu terkena tepat pada kulitnya dan menghasilkan rona merah padam. Wajahnya berkerut menahan pedih.
"Kena tangan kau ke?"
"Eh, kena sikit jer. Takpa.." Vivi cuba menyembunyikan dengan senyuman yang dibuat-buat. Mana tak buatnya senyuman tu, sakit gila kot. Perit yang bersisa ditahannya. Dia meniup jarinya secara perlahan-lahan cuba untuk menyejukkan jarinya yang menunjukkan tanda lecuran.
"Eh, ada apa ni jerit-jerit? Terkejut mak dibuatnya tauu?" Mak Yah bertanya apabila dia baru sahaja selesai menunaikan hajat di dalam bilik air.
"Jomlah sambung, Mak Yah.." ajak Vivi. Tangannya masih disembunyikan di bawah meja.
"Jom! Wany jomlah tolong kami jugak.."
"Eh, takperlah Mak Yah, V boleh buat." Vivi berkata sambil menyusun bunga dan barang-barang hiasan di atas dulang hantaran. Dia terlupa seketika tentang jarinya yang melecur itu.
"V, kenapa jari tu? Mari sini Mak Yah tengok!" Belum sempat Vivi ingin menyorokkan jarinya, Mak Yah sudah berjaya memerangkapnya. "Ya Allah. Teruk jari kamu ni, V. Kenapa dibiarkan jer? Kena hot glue gun tu ke? Masya Allah.." kata Mak Yah risau sambil membelek jari manis Vivi yang sudah mengelembung lukanya.
"Aah.." belum sempat Vivi ingin bercerita. Mak Yah memotong.
"Jadi, nilah sebab kamu jerit kuat tadi? Ya Allah, jari kamu dah melecur ni V. Kalau cepat tadi, letak ubat gigi kasi sejukkan kulit tu. Tapi, ni dah terlambat. Kejap, Mak Yah amikkan ubat untuk sapu." Mak Yah pun hilang lagi ke dalam biliknya untuk mencari krim untuk lecur.
"V, kenapa kau tak cakap jari kau melecur?? V.. aku.." wajah Wany serba salah.
"Alaa.. melecur sikit jer. Takpe.." balas Vivi lagi. Tenang.
"Sikit kau cakap? Ni jari manis kau ni tau? Tak cantiklah nanti masa nak sarung cincin kalau luka macam tu."
"Care jugak kau kat aku lagi ek?" Sempat Vivi mengusik.
"V, aku minta maaf. Aku tak sengaja.."
"Its okay, Wany. Aku tahu, kau tak sengaja. Takpe. Sikit jer ni. Nasib bukan kau yang kena tau?? Kalau tak habislah.."