PT60

3.1K 65 0
                                    

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam ke atas tiap-tiap perkara dan kenikmatan.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah dariNya. Demi Allah, mereka sekeluarga redha dengan kebenaran itu dan  menerima semua ketentuannya.

-----

Vivi berjalan perlahan menuruni tangga dari biliknya. Sampai di hujung tangga, Vivi berhenti lalu, menoleh ke arah Mama Suzanne yang sedang asyik menyediakan sesuatu dengan Kak Siti di dapur.

Mama Suzanne tersenyum manakala, Kak Siti pula melambai-lambai ke arahnya memanggil untuk menyertai mereka. Vivi membalas dengan anggukan kecil. Dia datang menghampiri mereka berdua.

"Selamat pagi, tuan puteri!" Tegur Kak Siti ceria sambil mematah-matahkan kacang panjang. Tangannya ligat membuat kerja. Almaklumlah sudah terbiasa dengan kerjanya itu.

"Selamat pagi Kak Siti, Mama.. Hehehe.. Nak masak apa harini? Macam banyak jerr.." Vivi tersengih. Menyedari keterlanjurannya yang bangun lewat hari itu. Bukannya sengaja, dia sedang ABC a.k.a Allah Bagi Cuti.

"Kami nak masak ayam masak kicap permintaan Stella, kacang panjang goreng chap chai dan ikan jaket bakar bersambal sahaja. Vivi nak tambah apa-apa lauk lagi ke?" Tanya Kak Siti lagi.

"Ehh, cukupah tu. Semua sedap! Tak sabar nak makan! Hehehehe.." Vivi tersengih lagi.

"Mama ada simpan nasi goreng tu bawah tudung saji. Pergilah makan kalau lapar."

Dia berasa amat terharu kerana Mama Suzanne sentiasa mengambil berat terhadap mereka sekeluarga.

Sesekali Vivi juga merasa hairan. Adakah mamanya itu langsung tidak mahu berkahwin? Sampai bila dia mahu sendiri? Namun, persoalan itu hanya bermain dimindanya, tidak mampu diluahkan. Takut Mama Suzanne terasa.

"Vivi?"

"Eh, kejap lagilah V makan. V nak tengok orang ke depan tu."

Vivi berjalan pula ke arah Dato' Harun yang sedang mengusik Stella dan Hafiz di ruang tamu. Dia turut tersenyum apabila tatapan mata mereka berdua bertembung.

"Alhamdulillah, ayah nampak gembira sangat. Maafkan V yang selalu derhaka pada ayah.." Bisik Vivi dalam diam sambil merenung Dato' Harun.

Dato' Harun berhajat untuk mengadakan kenduri kesyukuran buat mereka sekeluarga.

'Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?'-Ar-Raĥmān:13

Jika kita merasakan ujian yang dihadapi sebesar kapal, maka yakinlah nikmat Allah SWT itu adalah seluas lautan.

Vivi memandang ke arah Stella yang tersimpul malu duduk bersebelahan dengan Hafiz. Dia dan kakak kembarnya itu sudah nekad, selepas apa yang berlaku, mereka berdua akan meneruskan kehidupan seperti biasa. Semua itu hanyalah ujian Allah SWT untuk menduga keimanan mereka. Apa-apa pun mereka tetap bersyukur kerana ujian itu jugalah yang menyatukan mereka sekeluarga.

Kisah lampau sudah dijadikan sejarah. Bak lagu P. Ramlee, 'barang yang lepas, jangan dikenang'. Jadi, semestinya mereka akan meneruskan kehidupan seperti biasa. Kebahagiaan menjadikan kita sentiasa bersyukur tetapi, dengan bersyukur hidup kita akan menjadi lebih bahagia. Semuanya dengan izin dari Allah SWT.

Sekarang, Vivi telah menjadi seorang yang baru. Dia lebih tabah dan tenang jika nak dibandingkan dengan dahulu sikapnya yang lebih cepat mengalah dan suka lari dari masalah menjadikan dirinya tampak lemah. Mujur dia ada keluarganya yang sentiasa menyokong setiap keputusan yang dibuatnya. Dia juga terharu kerana mempunyai Wany dan Mak Yah yang selalu sahaja ada di saat memerlukan.

Putus TerpaksaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang