Ammar mundar-mandir di dalam bilik tidurnya. Fikirannya berserabut dengan semua masalah yang melanda. Bayangan Vivi juga ada di mana-mana, menambahkan resah di dalam hatinya.
"Apa yang patut aku buat?"
'Kau patut ambil wudhu' dan buat solat Istikharah. Minta petunjuk dari yang Maha Esa sana.' Bisik suara hatinya sendiri.
Ammar melakukan sama seperti gerak hatinya tadi. Dia menarik nafas dalam-dalam cuba mencari kekuatan dirinya.
Sesudah itu, Ammar tidur merehatkan dirinya. Penat. Penat memikirkan semua masalah ini.
-----
Keesokkan harinya..
"Faz, harini tolong cancelkan semua temu janji saya. And.. kalau ada sesiapa cari saya, cakap saya outstation, tak mahu diganggu. Okay?" Ammar berpesan melalui interkom. Sejujurnya, sekarang dia masih tidak mampu bersua muka dengan Faziera.
"Baik, bos.." Faziera membalas pendek. Sejujurnya juga, Faziera masih merasa malu tentang kejadian semalam di rumah Ammar.
Tanpa berlengah lagi, Ammar mengemas semua barang-barang miliknya. Lalu, dia tergesa-gesa keluar dari pejabat. Faziera yang sedang menyaksikan tingkah lakunya hanya dibiarkan sepi.
'Kalau papa cari saya, cakap saya outstation.'
Satu mesej ringkas dihantar kepada Faziera. Ammar berharap Faziera akan mengerti maksudnya.
Ammar meneruskan niatnya. Mujur pagi tadi, dia sudah menyiapkan beberapa pasang pakaian sebelum pergi ke tempat kerjanya. Jawapan yang dia dapat dari Istikharahnya harus di sahkan.
Laju jari Ammar mendail nombor telefon Wani, pengurus Vivi a.k.a kawan baiknya. Namun, tidak berangkat. Kereta yang dipandu Ammar melencong ke arah Pantai Timur. Mengikut hasil siasatannya, Vivi akan berada di Terengganu selama beberapa hari.
Selama lebih 4 jam lebih memandu, Ammar sampai di destinasi yang ditujunya. Dia bergegas pula ke Pantai Batu Buruk dan meninjau di keadaan sekeliling. Kelibat Vivi masih tidak kelihatan.
Ammar berjalan tanpa arah tujuan. Dia memeriksa laman sosial milik Vivi tetapi, tidak ada apa-apa update. Baru sahaja dia ingin menutup Instagram miliknya, naik satu gambar yang baru beberapa saat diupload oleh Wani. "Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kau permudahkan urusanku.."
Ammar meneruskan perjalanannya, untuk mencari kawasan di mana Vivi berada. "Ingat Amm, apa-apa yang kau buat fikir dulu implikasinya. Vivi tu public figure, kau tahu kan apa akan jadi bila public tahu pasal hubungan kau dan dia?" Ammar memberikan amaran kepada dirinya sendiri. Mata Ammar melilau mencari kelibat Vivi. Dia tidak berhenti berdoa supaya dipertemukan dengan Vivi dengan segera.
"Cepat aku jumpa dengan dia, cepat aku dapat jawapan!" Tingkah Ammar serius.
Dari jauh, Ammar ternampak Vivi seperti sudah habis sesi bergambar. Lalu, terlintas satu idea supaya dia dapat berjumpa dengan Vivi. Ammar menulis sesuatu di buku notanya. Lantas, Ammar melihat sekelilingnya. Kelihatan beberapa budak perempuan dan lelaki sedang bermain berhampiran dengannya.
"Assalamualaikum dik, boleh tak tolong abang berikan nota ni pada kakak tu?" Ammar menegur salah seorang budak perempuan di situ.
"Kakak cantik tu ke, abang? Boleh!"
"Tapi, jangan bagitahu abang ada kat sini. Bagi jer nota ni. Okay? Penting tau.."
"Boleh! Boleh! Sekejap.." Budak perempuan itu terus berlari mendekati Vivi. Ammar hanya mampu melihat dari jauh. Di kejauhan, Vivi sudah pun menerima nota kecil itu dan disimpan di dalam beg tangannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/74011919-288-k11102.jpg)