Vivi dan Mak Yah sudah terjegil mata. Rahsia yang sudah lama mereka simpan bakal berakhirkah malam ini?
Mungkin ya dan mungkin tidak.
Sempat Vivi menyinggul lengan kakak kembarnya tanda memberi amaran.
Wany tersenyum pendek sambil menghela nafas. "Mestilah Wany tak sabar! Sahabat Wany kan dah nak bertunang. Haishhh.. Apalah Stella ni duk tanya gitu.. Beruntungnya Vivi, kan Stella?" Ada cemburu dalam nada suara Wany. Namun dia masih tidak perasan tentang maksud sebenar di dalam soalan Stella sebentar tadi.
Stella mengangguk perlahan. Dia sudah tahu majlis ini adalah kejutan Vivi buat Wany tetapi, dia tidak tahu asbab kenapa kembarnya itu melakukan ini semua.
Vivi dan Mak Yah menarik nafas lega. Kalau tidak, pasti kejutan mereka akan gagal.
Vivi memandang anak mata Wany yang termenung jauh sambil melihat pelamin kecil itu. Dia faham benar dengan perasaan sahabat baiknya itu.
'Cubalah kalau kau ni tak degil, Wany. Mesti kau akan berlipat kali ganda bahagianya bila kau tahu semua ni untuk kau. Dan lebih tepatnya, kau bahagia pada hari bahagia kau!' Tingkah Vivi di dalam hati kecilnya. Berkali-kali Vivi menggelengkan kepalanya.
Stella sudah tersengih seperti kerang busuk. 'Nyaris!' Dia pun menarik nafas lega apabila Wany tidak menyoal apa-apa.
"Tapi kan, pelamin ni tak terlalu simple ke?" Soal Stella lagi, kali ini cuba untuk mengubah topik.
"Kenapa? Tak cantik ke?" Soalan di balas soalan oleh Wany. Dahinya berkerut. Risau menerjah.
"Tak! Tak! That's not what i mean."
"V, kau memang tak pilih ke nak design yang macam mana? Sebab yang pelamin designer tu cakap, kau tak pilih apa-apa. Naik buntu aku dibuatnya.." Cerita Wany. Dia teringat betapa kelam-kabutnya dia membantu pelamin designer yang diupah oleh Vivi itu untuk menghiaskan pelamin mini tersebut. Naik confius dibuatnya, ini majlis Vivikah atau dirinya sendiri?
Mana tidaknya, Vivi memang sengaja membiarkan Wany membuat designnya sendiri untuk pelamin mini itu. Dia sudah berpesan kepada designer yang diupah supaya mengikut apa-apa sahaja permintaan daripada Wany.
"Takpelah, not bad jugak taste kau ni kan?" Puji Vivi sambil tersenyum lebar. "Macam kau pulak yang nak bertunang aku rasa!" Saja Vivi mengusik. Dia tergelak kecil melihat reaksi serba salah Wany.
"Eh, kau janganlah cakap macam tu.. Sorrylah, kalau kau tak suka idea aku. Kita boleh tukar, in shaa Allah sempat aku rasa.." Wany menunduk tanda serba salah.
"Tentulah aku suka, babe! Asalkan kau bahagia!" Vivi tersenyum bahagia. Dia tumpang bahagia melihat sahabatnya itu gembira.
"Betul ni?"
Vivi mengangguk sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya. "By the way, mana kau dapat semua idea ni?"
"Entah! Ini semua dalam angan aku. Tapi, takpelah demi kawan baik aku yang tersayang, aku sanggup korbankan pelamin angan aku ni.."
"Wow! Wow! Angan kau? Kau berangan nak kahwin dengan siapa ni? Mak Yah, Wany dah gatal nak kahwin ni!" Usik Vivi lagi. Berdekah-dekah dia ketawa.
Mak Yah dan Stella turut ketawa geli hati. "Kalau dah ada yang berkenan, apa salahnya kan?" Jawab Mak Yah. Wany sudah tersipu malu.
"Mana nak ada mak, orang ni single plus hati masih tertutup untuk yang lain, #forlone!" Balas Wany mendatar.
"Kita geng, Wany. #forlone!" Stella pun turut tumpang sekaki bersama Wany, mengekek ketawa.
