PT38

2.5K 69 12
                                    

Sesudah makan malam, Vivi pamit ke biliknya. Dia membuka telefon barunya. Kosong. Tiada apa-apa notification yang masuk.

Vivi duduk termenung mengenangkan keluarganya yang jauh di mata. Lalu, tanpa dia sedari, tangannya pantas mendail nombor telefon Mama Suzanne.

"Hello.." suara di hujung talian menyapa. Suara yang amat di rinduinya iaitu suara Mama Suzanne.

Vivi seakan-akan terbangun dari mimpi dan menyedari keterlanjurannya, lantas dia membatalkan panggilan itu. Selepas itu, dia kembali termenung. Kenangan-kenangan bahagia mereka terlayar di mindanya.

"Hah! Tenunglah pepuas handphone tu!" Sergah Wany, mengejutkan Vivi.

Vivi membalas dengan satu kali jelingan yang agak 'maut'. Lalu, kembali termenung.

"Elehh.. kau ingat aku takut??" Wany mengambil tempat di sebelah Vivi. "Haishh.. V, V, V... macam manalah nak masuk notification tu kalau nombor pun kau tak beri kat orang?"

Tiada jawapan dari Vivi.

"V, haishh.. kau dengar tak ni aku cakap?" Desak Wany.

"Dengarlah.." dengan malas Vivi menjawab. Sejujurnya, dia tiada mood untuk berbalah dengan Wany.

"V.."

"Wany, please.."

"Okay, okay.. Sorry beb! Ni pasal siang tadi ke? Buat kau teringat kat mama, Stella dan ayah kau?"

Perlahan-lahan Vivi mengangguk.

"V, kan aku dah cakap.. kalau ada apa-apa, just share with me?"

"Tahu.."

"V, kau tahu kan aku sayang kau?"

"Tahu.."

Wany tersenyum. "So, kalau kau sayang aku, kau tahu apa kau perlu buat kan?"

"Hmm.. okay. Thanks, Wany.. aku saa..yang sangat kat kau!"

Wany memeluk bahu Vivi dari tepi. "Tahu.. aku pun sayang kau sangat-sangat! Aku cuma ada mak aku dan kau ja, sahabat aku dunia akhirat.. kalau korang berdua takda, aku akan sedih tauu.." Wany sudah bersuara sedih.

"Yelah tu.. Dahla, jangan sedih-sedih. Nanti aku menangis, kau jugak yang susah nak pujuk aku."

"Ngek laa.. Hahaa.. potong stim betul lah kau ni!" Marah Wany manja.

"Hahaha.." sambut Vivi dan mereka berdua pun bergelak ketawa bersama.

"V, aku nak tanya sikit boleh?" Wany memulakan ayat untuk bertanya.

"Tanyalah.." Vivi seperti sudah menghidu apa soalan Wany. Dia tersenyum pendek mempamerkan keikhlasan.

"Kau tak rinn.." belum habis pertanyaan Wany, Vivi sudah mencelah.

"Rindu. Rindu sangat. Tapi, aku tak kuat lagi nak berjumpa dengan diaorang semua."

"Habistu bila, V? Aku tengok kau asyik macam ni je dari kau sampai sini lagi. Balik-balik diam, termenung sana sini, bercakap pun tak banyak. Dah-dahlah pendam perasaan tu.."

"Aku pun tak tahulah apa yang aku buat ni betul ke tak. Aku tak tahu.."

"Takpelah.. kau rehatkan minda kau kay sepanjang kat kampung aku ni. Tenangkan fikiran kau. Lama-lama nanti kau dapatlah jawapannya. Ha, kau nak aku call mama kau tak, tanya khabar diaorang?" Cadang Wany.

"Entahlah.."

Wany menarik nafas dalam-dalam. "V, dah sebulan dah kau macam ni.." Wany masih cuba memujuk.

Putus TerpaksaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang